Peduli




Assalamualaikum



Dari diari curi




Tepi tiang, Dalam masjid, 04.54 pm.


"Pernah tak dengar kisah tentang seorang raja yang sangat zalim yang mana setiap hari pada waktu malam dia akan suruh setiap rakyat dia tuang secawan susu  ke dalam satu tempayan besar yang dia dah sediakan depan istana dia? Kalau dalam keluarga tu ada 6 orang, tak kisah bayi ke, warga emas ke, keluarga tu kena tuang 6 cawan susu dalam tempayan tu."


"Tak pernah. Kenapa kena bagi susu dekat raja? Cerita dari mana tu?"


"Cerita rekaan mungkin berlatarbelakangkan zaman dulu-dulu.Aku dapat cerita ni sebab kawan aku share masa sekolah dulu."


"Kau tak jawab lagi soalan aku. Kenapa kena bagi susu kat raja?"


"Oh haah. Lupa pulak. Raja minta secawan susu setiap orang sebagai cukai, tapi sebenarnya rakyat dia tak mampu nak penuhi permintaan raja sebab diorang pun hidup dalam kemiskinan. Kadang-kadang susu yang diorang dapat pada hari tu tak cukup pun untuk minum dan dan kegunaan harian yang lain. Tambah pulak, cukai tu orang tua dan bayi pun dikira, dan siapa yang tak dapat tunaikan permintaan raja akan dihukum."


"Okay, then?"


"Untuk bertahun-tahun, pada waktu malam memang dah jadi rutin rakyat negara tu keluar dari rumah untuk tuang susu ke dalam tempayan besar. Pada suatu malam, ada satu keluarga ni, diorang memang kehabisan susu pada hari tu. So, pada malamnya diorang pun buat keputusan untuk tuang air instead of susu ke dalam tempayan.  Pada pendapat diorang tiada siapa pun akan perasan susu tu dah bercampur dengan air."



Tak. Dalam tempayan tu takde cornflake pun. Lulss
Sumber


"Ha, kan bijak macam tu. Bukan orang perasan pun. Buat apala nak ikut cakap raja yang zalim tu. Kenapa la dari awal lagi tak buat macam tu."


"Cerita aku tak habis lagi. Kau tahu apa yang jadi esoknya?"


"Apa?"


"Tempayan besar tu dipenuhi dengan air. Bukan susu."


"Padan muka raja tu. Siapa suruh zalim."


"Point utama cerita aku bukan pasal raja zalim tu. Tapi tu betul,jugak. Boleh jadi teladan. Kalau jadi pemerintah, jadi pemerintah yang adil."


"Jap, aku rasa aku dapat dah. Point utama cerita kau ni pasal  keluarga yang habis susu tu kan? Bila diorang nak tuang air instead of susu, diorang rasa perbuatan diorang takkan bagi kesan pun sebab diorang fikir orang lain akan tuang susu. Tapi, bila setiap keluarga fikir benda yang sama, nak tuang air instead of susu, of course air je la yang akan ada dalam tempayan."


"Yup. Tu lah point aku. Dan kita boleh bawak contoh dalam hidup kita. Dalam satu komuniti contohnya, kalau setiap orang lepas tangan, tak buat apa-apa sebab mengharapkan ada orang lain yang buat, at the end, takde sesapa pun yang buat apa yang sepatutnya dibuat. Macam nampak sampah tapi tak buang sebab harap orang lain buang. Maka, mereputlah sampah tu kat situ."


" Hm. betul la tu. Dah nak dekat 5.15. Jom balik. Futsal. Tapi sebelum keluar tu jomla lipat sejadah-sejadah ni dulu. Kalau bukan kita siapa lagi kan..


"Yela... Tapi, kan bagus kalau setiap orang pandai lipat sendiri lepas guna."


"Depa pandai je, tapi tak buat. Common sense kurang. Hm.. kalau nak cerita pasal common sense aku rasa kau kena bawa cerita raja lain pulak. Haha."


***************************


When someone do nothing at the beginning,
Probably no one do something at the end.
@misshatulis


**********************************************


Mari jadi orang yang peduli.
Bukan orang yang lepas tangan angkat kaki.




Till then :)






Show Comments: OR

7 comments:

  1. Benda lebih kurang mcm ada kita pernah dgr ada ahli psikologi sebut as "Bystander Effect" kot. Macam ada diffusion of responsibility. Org ni rasa ouh org lain akan buat kot but then org lain tu rasa org lain buat and lastly takdak org buat pun. In case dlm cite kat atas satu rumah ni rasa org lain akan bagi susu tapi org lain rsa camtu jgk but lastly semua xbagi susu. Hehe. Nice entryy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru google bystander effect. Menarik!! tq for info. Rasa macam boleh kupas lagi nanti.. hihihi.

      Delete
  2. ohoo deep... ada kaitan jugak dengan zaman sekarang ni, huahuah ( "^ v ^)~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaaa... harusla kena ikut isu semasa. lullss XD

      Delete
  3. Perangai 'alaaa, biar laa nanti orang lain buat..' ni memang kuat dlm masyarakat kita.
    Semua dr kita mesti paling tak sekali buat macam tu, contohnya nak pam jamban tandas awam, nak tolong peminta sedekah, nak bg seat dekat makcik tua dlm LRT...

    Tapi semuanya boleh berubah kalau kita peduli, kan?
    Kita jadikan pemula kpd benda baik. InsyaAllah akan ada yg ikut nanti :)

    Very nice entry :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuat dalam masyarakat, dan juga dalam diri sendiri :(

      Okey. jom buat perubahan. mula dengan diri sendiri 💪💪

      Delete
  4. hurmmm.. saya dah lama latih diri sendiri angkat tray dan buang sampah kat tempatnya bila dah makan kat fastfood outlet... rasa macam, dah jalankan tanggungjawab ke diri sendiri.. koh koh koh

    ReplyDelete
:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t  
:)   :(   :*   :X   :3   :')   XD   =D   =P   =O   =?   =S   =G   =I   =Y   =/   =F   =H  

Thanks for visiting,
Double thanks for following,
Million thanks for dropping your comments.

Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.