Timeline

Assalamualaikum :)


Hari nak buat timeline sikit. Eh, bukan timeline facebook tu. Kalau timeline facebook tu, memang semua orang dah ada dan ia menyemakkan. Err,.. Ini timeline arnab je sebenarnya.




Mac 2012:


Arnab hitam dan putih dibeli.


7/7/2012:

Subuh. Bunyi bising kedengaran dari sangkar. Rupa-rupanya Hitam telah beranak tapi cuma seekor. Dan anak itu telah pun mati ketika kewujudannya disedari. Kami supek, anak arnab tu lemas, sebab ada tanda kebiru-biruan. Masa tu, tak expect pun Hitam tu bunting, dan yang menambah kemusykilan, kenapa janya seekor? Bukankah arnab sepatutnya beranak banyak? Maka kami buat konklusi sendiri. Mungkin arnab tu 'berlatih' melahirkan anak. <-----teori dari amatur.


11/7/2012

Arnab terlepas dari sangkar.

Kisah ini telah diabadikan di sini dan sini.


8/8/2012:

7.00 a.m: kelihatan bulu Hitam telah gugur.. Mengikut teori, kalau bulu arnab betina gugur, itu petanda yang dia akan beranak dan arnab tersebut hendaklah diasingkan dari arnab jantan. Tapi,  kami tak asingkan pun sebab kami buat teori sendiri.




"Kan arnab tu dah beranak masa bulan lepas. Takkanlah dalam masa sebulan dia nak beranak yang lain. Mungkin anak yang lahir tu tak cukup bulan.Sepatutnya arnab akan beranak kalau bulu dia gugur Tapi hari tu, bulu dia tak gugur pun. Mungkin anak dia sepatutnya lahir hari ni." ------- ini teori kami :D haha



Sambungan kisah di entri Kelahiran.


Teori sebenar: Bulu arnab itu bukan gugur, tapi arnab tu yang cabut. kegunaan bulu yang dicabut adalah untuk menyelimutkan anaknya yang baru lahir kerana anak arnab lahir tanpa bulu. Boleh google gambar anak arnab baru lahir kalau nak tengok.



9/8/2012:



3.00 p.m : Mengemas sangkar. Kelihatan jasad anak arnab yang telalu kecil dan kurus di sebalik timbunan bulu yang jatuh. Rupanya, kalau dijumlahkan, ada 7 ekor yang lahir semalam.



10/8/2012:


Seekor anak arnab berolek keluar dari sangkar dan luka di perut. Jadi nurse sekejap hari ni. :)


(Anak arnab ni sihat dan diberi nama messi. Paling gemuk antara semua. Hehe. )



11/8/2012:


Telinga anak arnab dah mula menegak. Tapi mata masih belum terbuka.



28/8/2012:


Hari ni buat photoshoot. Tapi sebelum photoshoot, semua anak arnab terlepas dari sangkar. Haha. Maka, missha pun berlari berkejaran menangkap mereka, namun seekor pun tak berjaya ditangkap. Usaha diteruskan sehingglah mata ini menangkap sesuatu. Si comel neymar telah jatuh ke dalam longkang depan rumah. Lalu, uncle depan rumah dipanggil untuk membantu mengangkat besi longkang sekaligus menyelamatkan si comel neymar.  Anak-anak arnab yang lain pula dimasukkan dalam sangkar oleh adik comel, jiran sebelah rumah.  Photoshoot diteruskan dalam keadaan neymar yang basah.


Gambar di entri Photoshoot.


9/9/2012

7.00 a.m 1 message received. Dari umi. Katanya, Hitam beranak lagi 5 ekor Err.. sungguh musykil . Kenapa begitu sekejap jarak masanya? Sedangkan Hitam dan Putih hanya diletakkan bersama pada awal bulan 9 baru-baru ini. unexplainable.<---- word baru. :)


Semua tarikh anak arnab lahir semua cun-cun :)


11/9/2012

Dapat berita yang anak arnab 5 ekor yang baru lahir semua mati. 2 dimakan kucing, 1 mati sebab tak pandai menyusu, 2 lagi mati kena pijak. :'(



15/9/2012


Dapat 2 arnab baru jenis argus. Pernah dengar arnab jenis argus?  So comelll.  Kali ni nama diorang bukan lagi nama pemain bola. Nama mereka Alvin and Brittany. :) *nanti missha upload gambar*


26/10/2012

Perkembangan





note: diri sendiri pun takde timeline yang diabadikan sedetail ni. haha









Show Comments: OR

12 comments:

  1. suka dengar tapi kalau tgk sendiri sure KA geli geleman punyalah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. missha pun bukan pegang sangat arna ni...hehe

      Delete
  2. Amboii bertuahnya arnab arnab nii. Nasib tak pandai membaca diorang tu semua. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. kalau diorang baca , mesti bangga..haha

      Delete
  3. ehh :) misha bela arnabb ye ? heee . samelaaah kitee . nama arnab apa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa..bela arnb jugak ye? gengla kite :)

      semua nama pemain bola.. huhu.. adik yng letak.

      Delete
    2. ceyt si missha ni tau jer bela tp nk pegang tu x berani...LOL

      Delete
    3. oitt.jangan hebohkn.. haha

      Delete
  4. wow..mesti comel anak2 arnab tu kan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah. ank2 arnab memng super duper cutee :)))

      Delete
  5. leh ingat timeline arnab tu ngan detail ye?? kagum2..

    ReplyDelete
  6. suka sangat ngn arnab.... hehehe.....

    ReplyDelete
:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t  
:)   :(   :*   :X   :3   :')   XD   =D   =P   =O   =?   =S   =G   =I   =Y   =/   =F   =H  

Thanks for visiting,
Double thanks for following,
Million thanks for dropping your comments.

Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.