Notis Hero Penyelamat



Assalamualaikum.

Currently, I'm at home now.



Bukan cuti pun. Saja balik buat macam takda kerja. Padahal...... =.=' Exam pun dah tak lama. Kurang sebulan lagi. Heh, macam biasa, jadual kiteorang memang lain dari biasa.


Kalau ikutkan, baru 2 minggu leps balik rumah. Masa tu still cuti sekolah. Masa tu semua hero-hero masih ada kat rumah. (hero = younger brothers)


Masa cuti sekolah tu, kira heaven jugakla pasal semua kerja berat-berat ada orang tolong buat. And especially kerja as 'penyelamat'.


Walaupun rumah ni kawasan perumahan, tapi kadang-kadang kalau pintu belakang ni tak tutup betul-betul, ada makhluk asing yang datang melawat dan pada masa tu lah bantuan penyelamat ni diperlukan.

Ni lah makhluk asing tu, tapi tak secomel niii.. errrrr


Sepanjang dua minggu cuti, (tapi I sempat seminggu je kat rumah masa diorang ada) memang banyak kali khidmat 'penyelamat' ni diperlukan. Tak kira la pagi ke petang, siang ke malam, tngah tidur or tengah jaga. Sometimes, my Walid akan campur tangan jugak, tapi takkan la katak seekor pun 3 orang tak boleh nak setelkan kan? So, biasanya , diorang bertiga akan take turn untuk keluarkan makhluk ni. Kadang-kadang boleh nampak sinar keterpaksaan terpancar di wajah mereka. Haha.*evil sister is laughing*


Dan, kelmarin, bila balik rumah dan pergi pintu belakang, I saw something that make me smile,, until now.

'Cantik betul tulisan.' 'Tersusun' pulak tu AMARAN dekat bawah :p


Haih.
I miss my brothers. :)
The three heroes

But of course,,
My Walid is my first hero :)
~Happy Father's Day ~




Ujian Hati


Assalamualaikum :)


Dari diari curi


Tangannya mencapai telefon bimbit yang sedang berbunyi.

"1 message received"

Dia lihat nama pengirim di skrin. Hanya nombor yang tertera. Unknown number.



Hatinya mengeluh. Again. Nombor ini muncul lagi.

"Assalamualaikum. All the best for tomorrow"


Sudah puas dia bertanya rakan-rakan sekelas siapa pemilik nombor tersebut, namun tiada siapa yang tahu. Dia pernah bertanya pada pengirim tersebut sekali, namun dia tak dapat jawapan yang dia mahukan. Tapi dia ada instinct yang pemilik nombor itu seseorang yang dia kenal.

"Entah-entah budak-budak ni saja nak prank aku kot"

Dan, seperti biasa,, SMS itu dibiarkan begitu sahaja.



********************************************

"  One down, five to go." Dia mengomel sendiri.

Laju kaki melangkah ke library. esok ada 2 paper yang nak kena hadap.Sejurus selepas dia duduk, telefon bimbitnya berbunyi meminta perhatian.


"Assalamualaikum, macam mana exam tadi?"


"Eh.....How come dia boleh tahu jadual exam aku yang sememangnya tak pernah sama dengan fakulti lain?" Hatinya bermonolog.


" Who are you actually?"

"Why should I tell you ?"


Dia letak kembali smartphone di tepi. Buat sakit hati je berkomunikasi dengan orang yang macam tu. Cukuplah satu sahaja pesanan ringkas itu dibalas. Itupun sebab tadi dia betul-betul curious siapa pengirim misteri tersebut.


Telefon bimbitnya berbunyi lagi. Lambat - lambat tangannya mmbuka message yang baru diterima. Dan dia boleh agak siapa pengirimnya.


"Eh, kau marah ke? Aku Hafiz la"


Adam Hafiz merangkap classmate dia. Adam Hafiz? Classmate? Tapi..


"Apsal tetibe sekarang bgtahu nama . Kenapa takde orang tahu no ni?"

"Saja, baru misteri sikit. Ni no private"

"Oh.. patutlah"


Mesej yang dibalas hanya sepatah sebab dia masih tak habis mencerna. Sungguh dia tak boleh nak relate. Adam Hafiz itu kategori pendiam di kelasnya. Kategori baik. Kategori yang boleh berkomunikasi and tolerate. Kategori "good teamate".

Tapi kenapa pengirim msteri itu dia? Dan apa sebabnya?

Bunyi ringtone menghentikan lamunannya.


"Mesti kau pelik kan kenapa aku mesej kau. Sebenarnya aku suka kat kau. Mula-mula aku ingat tu macam cinta monyet je, tapi aku pun tak tahu macam mana aku boleh dpat keberanian ambik nombor kau and started a conversation tapi tak berani bagitahu nama. Abaikan sebab mesagge ni tak penting :) "


Dan selepas itu, dia memang betul-betul abaikan mesej tersebut dan mesej-mesej selepasnya.

Sehingga suatu hari.....


***********************

"Akak rasa tak baik awak buat dia macm tu.  At least bagi tahu dia something. Bagi tahu jawapan. Tak baik buat orang macam tu, even kita memang tak suka cara dia."

"Hmmm"


"At least, kalau awak bagitahu dia, maybe dia boleh cari orang lain yang care tentang dia. He deserve that"

"Dia yang kata abaikan, so, that's what I'm doing now."


"Hani Zafeerah."

"Yela, yela.. nanti la orang cakap"


Bila kakak dah panggil nama penuh, maknanya tiada lagi 'perbincangan' selepas tu.


****************



"Pasal hari tu, yang kau suruh abaikan tu, aku nak bagitahu...kau deserve someone better ,, seriously. K, salam. "

Butang send ditekan. Dan tak sampai seminit,,


"Kau reject ke?"


Haishh... soalan macam tu pun ada ke. Cakap 'ya' nanti rasa bersalah pulak. Kalau cakap 'tak' nanti , lagilah salah sebab jawapan yang sepatutnya adalah sebaliknya. Belum sempat dia memikirkan jawapan, mesej kedua diterima.


"Boleh bagitahu sebab?" 


Laju dia menekan button di telefon bimbitnya. Bukan untuk membalas, tapi 'turn off'.


Dia tarik nafas. Kepala direbahkan atas bantal strawberry.




Dia tahu dia bukanlah baik sangat. Dia tahu dulu dia pun pernah buat jahat. Tapi, dia taknak dua kali masuk dalam jerat.


Ujian hati. Dia taknak gagal lagi. Cukuplah terperangkap hanya sekali.


Mahu dia katakan "Saya sudah punya cinta"  pada yang bertanya, "Kenapa awak tak terima?" Tapi .... fahamkah mereka? Baginya, buat masa ini, cinta itu yang utama. Dia tidak tegar mengejar cinta manusia sedangkan cinta pada Nya masih belum sempurna. Lagipun, dia punya impian sendiri dalam cinta manusia. Selalu dia berdoa agar cinta highclass miliknya.


Ya, dia tahu dia masih belum baik sepenuhnya. Kerana itulah, buat masa sekarang,, dia tidak terima sesiapa yang muncul dalam hidupnya. Sebab,, janji Allah, "Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik". Dan, soalan yang sering ditanya pada dirinya, "Sudah cukup baikkah aku untuk mendapat yang baik sekarang?"


Dia bukan mahu yang sempurna. Benar,, yang sempurna itu tiada. Tapi salahkah dia ingin menjadi lebih baik dari sebelumnya? Salahkah dia mahu yang terbaik untuk dirinya?


Dia tak harap orang lain faham pendirian dia. Dia tak harap orang lain terima impian "cinta high class"nya. Cuma dia harap, jangan berbicara sesedap rasa. Dia kini sedang dalam perjalanan mencari diri. Dan, antara cari dia atau Dia, dia pilih yang kemudiannya.



Butang stop mp3 ditekan. Lagu Dani Setiawan- Menjemput Bidadari tidak lagi kedengaran. Dia ambil bantal, tutup muka. Moga esok bila bngun boleh terus lupa.





"You deserve someone better"

To you,
And me too.




'Snacks' and Sauce



Assalamualaikum :)


To be honest, i dont really like English.


Thats why kadang-kadang English- english kat sini jadi Manglish [bak kata Encik Kopi.]


Lain la kalau Encik Kamen Rider. Mula-mula blog dia dlu entri omputih semua.. (O.o)


K_square pun sama hebat BI... :D


Tapi- tapi,  nk kata hebat Bahasa Melayu pun tak jugak. Tak macam Encik H ayat bunga-bunga, pokok-pokok, akar-akar, kadang-kadang sampai tak tertafsir.  Andragogi , Antropologi , Perigi. Errr...



Nak cakap Jepun? Oh.. lagilah tak . =.=' tak macam akak plain memang cayaq habisss guna bahasa Jepun.. (cayaq = cair) <---sekali sekala rosakkan bahasa. :p


Dulu, kalau nak cakap bi (yang spontan) , macam nk keluarkan emas dari mulut. =.=' Bukan tak boleh, tapi shaking yang lebih.  So, lepas SPM, parent hantar pergi tutor BI dengan seorang cikgu dari Nigeria bersma dua lagi sepupu. Sir Saheed tu memang tak faham BM, so, nak tak nak kena speaking juga.  Masa nak perkenalkan diri, of course la suara memang obvious sangat tahap keketarannya. Padahal nak kenalkan diri je pun. =.=' Dalam 2 minggu, adalah improvement  dan yang paling penting ada satu peristiwa yang memang tak boleh lupa sampai sekarang.



Peristiwa tu macam ni :

Setiap hari, kiteorang diberi satu homework, dan satu hari tu, tajuk homework adalah "Penglaman yang tak dapat dilupakan", (kalau tak silapla). So, I pun pilih tajuk yang paling senang iaitu pengalaman balik kampung.


Antara isi yang nak dicerita:

Balik kampung dari Pahang ke Kelantan, singgah Terengganu and then cerita apa yang ada kat Terengganu. Penyu, Pantai, Masjid Terapung, and last but not least keropok lekor.


"bla..bla.... And each time we at Terengganu, we always buy 'keropok lekor"

"Keropok lekor? What is that? "

"Keropok lekor is a type of snack in Malaysia. It is very delicious and popular"

Masa tu siap lukis gambar keropok lekor lagi sebab nak explain dengan detail la kononya, tapi disebabkan tangan bukan tangan seni, maka terhasillah lukisan macam ni,,



Dengan muka yang terkejuttt dan teruja, sir tu tanya,,

"You eat snacks here????"



Mula-mula , tak faham jugak kenapa dia pelik. Rasanya semua orang makan snack.

Dua tiga kali juga dia tanya,,

And jawapan I ,, "Yes,, Malaysians love this snack"

Lepas tu, dia ada jugak tanya,, "How do you eat snacks?"

To which i replied " Just buy the snacks, and eat them with chili sauce"

Soal jawab ni berpanjangan, sampailah I terpandang whiteboard balik, dan tengok lukisan huduh tu balik.


And i realisedd..


Ohmmaaaiiii.


I understand now.








Imagine: snake with chili sauce.


note: Terima kasih pada yang masih sudi singgah ::)



Menyumbang. Tumbang.

Assalamualaikum.


Its been a while. Fuhhhh.......

Seriously,
I don't know how or where to begin with.

And I think,
For the next part, let me just use Malay. Haha

(There you go for introduction) :D



Sem 2 dah nak masuk minggu ke-6.

Lagi 3 minggu midsem.

Dan dah 22 hari, dalam keadaan macam ni.



10 Mac 2013.


Join sukan. Netball. Konon nak aktif. Nak menyumbang.
Tapi.......


10.15 a.m
Second match, masa nak ambik bola, terjatuh.

Tertiarap.

Tapi, tetap bangun, konon kuat.

Even kaki serius sakit sangat.


5.30 p.m

Melawat tempat yang 'paling disukai'. (klinik)

Doktor, "Dalam seminggu baikla kaki awak ni."

As expected, painkiller and surut bengkak terpaksa ditelan.



20 Mac 2013.

1.00 p.m

Dipendekkan cerita, pergi hospital lepas ambil surat refer dari doktor kat kinik.

Bukan doktor klinik tu yang suruh, tapi I requested to....

X-ray.

Walaupun malas, tapi terpaksa, sebab umi paksa.


So...

Hospital..... here I come!!!!! *kononnya 'excited'*


Dan di bilik doktor di hospital,,

Doktor, "Awak nak X ray???!!!! Awak ingat orang patah boleh jalan ke???!!"

Luckily,
Sifat hormat pada yang lebih tua masih ada.

Walau dalam hati,
Nak je cakap,
"X ray tu bukan untuk kaki patah je. "


Selepas X ray,

Di bilik yang sama,

Dan doktor yang sama,

Tapi nada yang berbeza.

"Sebenarnya, dekat ibu jari kaki awak ni ada patah sikit. Tapi, sebab awak masih muda, kes awak ni kita akan rujuk pakar ye. Awak tunggu luar dulu, nanti kita akan panggil"


Diringkaskan,

Dr pakar kata tak perlu buat apa-apa. *maksudnya simen dan sebagainya yang berat-berat*

Pembantu dia just balutkan kaki.

"Just kurangkan berjalan, dan bergerak. Tulang kaki cepat baik. And nanti awak kena datang balik untuk appointment April nanti. Kita akan cek dah okay ke belum"


What? Hospital lagi?!!!


Before balik, pergi ambil ubat.

Again,,
Painkiller and surut bengkak.


23 Mac 2013.

Pergi private hospital pula. Mom insist.

Ohh..hospital  again.  =.='


Xray lagi.

Kaki dibalut, lagi.

Kali ni, balutan dia made me feel my kaki is more secure.

Tapi, belum jumpa pakar lagi.


25 Mac 2013

Meet the specialist.

Explanation from specialist here is much clearer.
*Although people here use 100% English* =.='

And i feel much better after balutan dibuka.


Again,
For the third time,
Painkiller and surut bengkak.



Dan,
Appointment dalam April juga


Today:

Kaki dah makin okay, cuma kalau jalan tetap sakit.


Sakit memang sakit,
Tapi bersyukur,
Sebab,
Ini hadiah dari Dia.
Pasti ada hikmahnya.


Last part,

Back there,
At the hospital,
I learned something from the doctor.
As a future doctor, (to be precise, a dentist)
I dont want to be like her.


Yeah.

Be nice to people.
Especially when we are dealing with them.
Because we don't know what kind of life they have been through.
Before we meet them.


Also,
Kalau sakit,
Mengadu pada Nya
Bukan tak boleh mengadu pada manusia,
Cuma,
Bersabarlah jika dikatakan berpura-pura,
Membuat cerita,
'Hypochondriac' semata.

Naa..

Till Then :)

ubat-ubatan, yang tak termakan. 


Banyak bunyi - Banyak makna.



Assalamualaikum. :D



Hari isnin hari tu....*lama gila simpan cerita*

Lepas discussion,

Sembang-sembang,

Pasal Lahad Datu,

Pasal tempat shopping,

Times Square, Jalan TAR, (antaranya)

Pasal dunia artis,

Lagu baru,

Cerita baru,

Juga pasal politik.

Dan...

Bila tiba bab ini,


anggap je lah ni cengkerik. *krik..krik..krik..*



Krik...krik..krik..


(Bunyi yg selalu dibuat bila tiada respons dalam discussion.)






Dan masa itu terkeluarlah satu statement

"Lama tak dengar bunyi cengkerik waktu malam dengan bunyi  katak panggil hujan"

Masa tu baru sedar,

Memang dah lama tak dengar,

Serius.

Memang dah lama sangat tak dengar.

Sangat lama.


ong gedek gedek ong ong ong




Truly, sangat rindu suasana kampung.

Air yang sejuk pagi-pagi yang membuatkan seseorang malas mandi,

Suasana yang panas waktu siang, membuatkan seseorang tak balik rumah sebab mandi sungai,

Suasana yang sejuk waktu malam membuatkan seseorang malas bngun esoknya.

Tidur dalam kelambu,

Pagi-pagi kait bunga,

Bunga kenanga, bunga melur,

Dan......

Banyak lagi.

Terlampau banyak.






Walaupun tak dibesarkan dalam suasana yang betul-betul kampung,

Sekali - sekala menjejak kaki di kampung,

Cukup untuk jatuh cinta,

Cukup untuk rasa satu perasaan yang dipanggil 'rindu' pada kampung.

Yeah. Rindu.

Pada kampung.






Dan juga sawah padi di 'future kampung',

Dan orang yg tinggal dekat dengan sawah padi,

Err... orang ye,

Bukan orang - orang.





Lupakan pasal bunyi dan suasana kampung.

Kita cerita pasal orang 'berbunyi' pulak.





Lepas habis discussion  tu,

Kelas BI,

Madam pula cerita,

Dia ada seorang kawan,

Dan bersama kawan tersebut,

Dia melawat seorang lagi kawan di hospital.





Kebetulan,

Doktor datang melawat kawan yang dilawat tu.

Dan,

Selepas doktor keluar,

Kawan madam tu cakap,

"You perasan tak bju kurung doktor  tadi? Tak silap I , I pernah nampak cleaner pakai bju macam tu. Lepas tu, you perasaan tak, kasut dia bukan kulit pun. Doktor bukan ke banyak duit? Patutnya dia guna la duit dia tu untuk beli something yang "better" untuk diri dia"




I dont know what to say,
Sebab bagi I kesederhanaan itu lebih baik,
Tak semestinya barang yang murah tak cantik,
Yang penting, selesa, bersih, kemas and nice :D




Nak 'banyak bunyi' tak salah,
Asalkan bermanfaat,
Bukan mengumpat. *Errrr*




U know,
Sometime silence is better,




Tapi kot kalau dah tak tahan duduk diam,
Zikir la,
Dapat pahala  :)

Tasbih digital yang memudahkan :) everybody should have one. seriously :D
Ohsemm dan bergaya tahu.



Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.