Notis Hero Penyelamat



Assalamualaikum.

Currently, I'm at home now.



Bukan cuti pun. Saja balik buat macam takda kerja. Padahal...... =.=' Exam pun dah tak lama. Kurang sebulan lagi. Heh, macam biasa, jadual kiteorang memang lain dari biasa.


Kalau ikutkan, baru 2 minggu leps balik rumah. Masa tu still cuti sekolah. Masa tu semua hero-hero masih ada kat rumah. (hero = younger brothers)


Masa cuti sekolah tu, kira heaven jugakla pasal semua kerja berat-berat ada orang tolong buat. And especially kerja as 'penyelamat'.


Walaupun rumah ni kawasan perumahan, tapi kadang-kadang kalau pintu belakang ni tak tutup betul-betul, ada makhluk asing yang datang melawat dan pada masa tu lah bantuan penyelamat ni diperlukan.

Ni lah makhluk asing tu, tapi tak secomel niii.. errrrr


Sepanjang dua minggu cuti, (tapi I sempat seminggu je kat rumah masa diorang ada) memang banyak kali khidmat 'penyelamat' ni diperlukan. Tak kira la pagi ke petang, siang ke malam, tngah tidur or tengah jaga. Sometimes, my Walid akan campur tangan jugak, tapi takkan la katak seekor pun 3 orang tak boleh nak setelkan kan? So, biasanya , diorang bertiga akan take turn untuk keluarkan makhluk ni. Kadang-kadang boleh nampak sinar keterpaksaan terpancar di wajah mereka. Haha.*evil sister is laughing*


Dan, kelmarin, bila balik rumah dan pergi pintu belakang, I saw something that make me smile,, until now.

'Cantik betul tulisan.' 'Tersusun' pulak tu AMARAN dekat bawah :p


Haih.
I miss my brothers. :)
The three heroes

But of course,,
My Walid is my first hero :)
~Happy Father's Day ~




Ujian Hati


Assalamualaikum :)


Dari diari curi


Tangannya mencapai telefon bimbit yang sedang berbunyi.

"1 message received"

Dia lihat nama pengirim di skrin. Hanya nombor yang tertera. Unknown number.



Hatinya mengeluh. Again. Nombor ini muncul lagi.

"Assalamualaikum. All the best for tomorrow"


Sudah puas dia bertanya rakan-rakan sekelas siapa pemilik nombor tersebut, namun tiada siapa yang tahu. Dia pernah bertanya pada pengirim tersebut sekali, namun dia tak dapat jawapan yang dia mahukan. Tapi dia ada instinct yang pemilik nombor itu seseorang yang dia kenal.

"Entah-entah budak-budak ni saja nak prank aku kot"

Dan, seperti biasa,, SMS itu dibiarkan begitu sahaja.



********************************************

"  One down, five to go." Dia mengomel sendiri.

Laju kaki melangkah ke library. esok ada 2 paper yang nak kena hadap.Sejurus selepas dia duduk, telefon bimbitnya berbunyi meminta perhatian.


"Assalamualaikum, macam mana exam tadi?"


"Eh.....How come dia boleh tahu jadual exam aku yang sememangnya tak pernah sama dengan fakulti lain?" Hatinya bermonolog.


" Who are you actually?"

"Why should I tell you ?"


Dia letak kembali smartphone di tepi. Buat sakit hati je berkomunikasi dengan orang yang macam tu. Cukuplah satu sahaja pesanan ringkas itu dibalas. Itupun sebab tadi dia betul-betul curious siapa pengirim misteri tersebut.


Telefon bimbitnya berbunyi lagi. Lambat - lambat tangannya mmbuka message yang baru diterima. Dan dia boleh agak siapa pengirimnya.


"Eh, kau marah ke? Aku Hafiz la"


Adam Hafiz merangkap classmate dia. Adam Hafiz? Classmate? Tapi..


"Apsal tetibe sekarang bgtahu nama . Kenapa takde orang tahu no ni?"

"Saja, baru misteri sikit. Ni no private"

"Oh.. patutlah"


Mesej yang dibalas hanya sepatah sebab dia masih tak habis mencerna. Sungguh dia tak boleh nak relate. Adam Hafiz itu kategori pendiam di kelasnya. Kategori baik. Kategori yang boleh berkomunikasi and tolerate. Kategori "good teamate".

Tapi kenapa pengirim msteri itu dia? Dan apa sebabnya?

Bunyi ringtone menghentikan lamunannya.


"Mesti kau pelik kan kenapa aku mesej kau. Sebenarnya aku suka kat kau. Mula-mula aku ingat tu macam cinta monyet je, tapi aku pun tak tahu macam mana aku boleh dpat keberanian ambik nombor kau and started a conversation tapi tak berani bagitahu nama. Abaikan sebab mesagge ni tak penting :) "


Dan selepas itu, dia memang betul-betul abaikan mesej tersebut dan mesej-mesej selepasnya.

Sehingga suatu hari.....


***********************

"Akak rasa tak baik awak buat dia macm tu.  At least bagi tahu dia something. Bagi tahu jawapan. Tak baik buat orang macam tu, even kita memang tak suka cara dia."

"Hmmm"


"At least, kalau awak bagitahu dia, maybe dia boleh cari orang lain yang care tentang dia. He deserve that"

"Dia yang kata abaikan, so, that's what I'm doing now."


"Hani Zafeerah."

"Yela, yela.. nanti la orang cakap"


Bila kakak dah panggil nama penuh, maknanya tiada lagi 'perbincangan' selepas tu.


****************



"Pasal hari tu, yang kau suruh abaikan tu, aku nak bagitahu...kau deserve someone better ,, seriously. K, salam. "

Butang send ditekan. Dan tak sampai seminit,,


"Kau reject ke?"


Haishh... soalan macam tu pun ada ke. Cakap 'ya' nanti rasa bersalah pulak. Kalau cakap 'tak' nanti , lagilah salah sebab jawapan yang sepatutnya adalah sebaliknya. Belum sempat dia memikirkan jawapan, mesej kedua diterima.


"Boleh bagitahu sebab?" 


Laju dia menekan button di telefon bimbitnya. Bukan untuk membalas, tapi 'turn off'.


Dia tarik nafas. Kepala direbahkan atas bantal strawberry.




Dia tahu dia bukanlah baik sangat. Dia tahu dulu dia pun pernah buat jahat. Tapi, dia taknak dua kali masuk dalam jerat.


Ujian hati. Dia taknak gagal lagi. Cukuplah terperangkap hanya sekali.


Mahu dia katakan "Saya sudah punya cinta"  pada yang bertanya, "Kenapa awak tak terima?" Tapi .... fahamkah mereka? Baginya, buat masa ini, cinta itu yang utama. Dia tidak tegar mengejar cinta manusia sedangkan cinta pada Nya masih belum sempurna. Lagipun, dia punya impian sendiri dalam cinta manusia. Selalu dia berdoa agar cinta highclass miliknya.


Ya, dia tahu dia masih belum baik sepenuhnya. Kerana itulah, buat masa sekarang,, dia tidak terima sesiapa yang muncul dalam hidupnya. Sebab,, janji Allah, "Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik". Dan, soalan yang sering ditanya pada dirinya, "Sudah cukup baikkah aku untuk mendapat yang baik sekarang?"


Dia bukan mahu yang sempurna. Benar,, yang sempurna itu tiada. Tapi salahkah dia ingin menjadi lebih baik dari sebelumnya? Salahkah dia mahu yang terbaik untuk dirinya?


Dia tak harap orang lain faham pendirian dia. Dia tak harap orang lain terima impian "cinta high class"nya. Cuma dia harap, jangan berbicara sesedap rasa. Dia kini sedang dalam perjalanan mencari diri. Dan, antara cari dia atau Dia, dia pilih yang kemudiannya.



Butang stop mp3 ditekan. Lagu Dani Setiawan- Menjemput Bidadari tidak lagi kedengaran. Dia ambil bantal, tutup muka. Moga esok bila bngun boleh terus lupa.





"You deserve someone better"

To you,
And me too.




Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.