Resepi Kehidupan



Assalamualaikum.


Dulu-dulu, standard la main masak-masak. Kutip-kutip daun, tumbuk guna batu. Budak kan. Sampai la satu hari terkutip daun pahit and lepas tu makan nasi guna sudu sebab tangan rasa pahit amat =.= Lepas tu stop main masak-masak tipu-tipu.



Kita main dekat dapur betul.


Masa kecik kalau tolong mak buat kuih atau kek, mesti jadi tukang licinkan bekas adunan tu. Tak payah cakap dulu. Sekarang pun =.= So, melalui pemerhatian dan rasa, rasa butter dan gula yang telah dipukul adalah sedap. Dan pada masa tu, sebagai seorang kanak-kanak comel, I wonder, macam mana rasa butter dan gula yang kita kacau atas dapur, guna api, dalam kuali.

Where's the sugar?

Disebabkan perasaan ingin tahu yang tinggi, seorang kanak-kanak comel berada di dapur bersama sudip dan kuali. Dia buka api dapur dan memasukkan butter dan gula ke dalam kuali, mengharapkan suatu penemuan baru yang awesome. Tapi tidak. Hanya ada asap dan campuran butter dan gula yang mengeras dan melakat di kuali. *muhun jangan tiru aksi ini*



Mengeras. Melekat.  And yeah,, kuali umi.



Kanak-kanak comel tersebut pun cepat-cepat memberus kuali dan menghilangkan segala bukti. Dan selepas itu, tiada lagi ekperimen butter dan gula dalam kuali atas api. Serik baq hanggg .



Caption?



Okay. itu cerita dulu. Cerita yang tak pernah cerita kat sesape.



Sekarang bila dah besar ni, dah makan macam-macam jenis makanan, dah jumpa macam-macam jenis orang, dah tengok kat tv macamm-acam jenis masakan, rasa kelakar bila ada orang argue pasal kunyit dan garam. Yang mana nak letak dulu kalau nak goreng ikan? Kunyit ke garam?



It just mehhhh =.=



Setiap orang ada cara tersendiri untuk buat sesuatu benda. Tak kisahla nak letak mana dulu, garam ke kunyit ke yang penting ikan tu boleh makan. Lain la kalau dia nak masak dulu ikan, lepas tu baru siang tu bolehla nak argue sambil tumbuk sambal belacan. Sambal lain pun boleh. Okay,, enough.



Kesimpulannya, elakkan perbalahan yang tidak perlu seperti pebalahan kunyit dan garam atau dalam erti kata lain perbalahan kecil-kecilan. Hormati perbezaan sekiranya ia tidak membawa kemudaratan.  Dan perkara ni bukanlah hanya untuk bidang masakan je. Tapi untuk kehidupan.




It is okay to comment and complain in a right way, not comment and complain to say that your way is the only right way exist.


Dalam hidup, 
Yang indah itu gula dan butter, 
Yang duka itu garam dan pepper.

Memang realitinya orang mahukan yang indah belaka,
Tapi tanpa garam dan pepper, tanpa duka,
Cukupkah perasa?





Note: Abaikan kalau macam tak jumpa kesinambungan. Hoho. K bai.


Menjadi



Assalamualaikum.


Tengok budak-budak kecik memang melting. Kalah coklat dalam oven. Nak-nak kalau kembar. Melting kuasa dua.


Macam boleh tambah dalam collection strawberry stuff.. ehhhhhhhhh





Balik rumah-cuti. Pergi kenduri. Jumpa anak jiran dekat sini. Kembar. Dua-dua lelaki. Pakai kopiah. Umur dalam 5-6 tahun. Duduk atas kerusi makan- sambil goyang-goyang kaki. Comel kuasa lapan.




"Sekolah kat mana?"


"Tadika KEMAS"


"Kembar dah hafal surah apa?"    my mom tanya since mak dia memang ajar mengaji rasanya


"Surah Al- Lail, Surah Dhuha, Surah Yasin....................."


*Nganga*


*I wonder in the future,, will I have..................*

****************************************************************

Be the person you want to be with,
If you want to have a good friend, be one.
If you want to find a nice person, be one.


Be the person you want your child to be,
If you want a good child, be one.
If you want your child to be a successful person here and hereafter, be one.


Be the person that you want to be, 
Not the person that others want to see. 



********************************************************************




Orang kata ni tanda nak dapat adik. Betul ka?


**************************************************************


Terfikir...


Berapa ramai yang sedar sebelum mencari kena menjadi?
Nak cari kawan yang baik, kena jadi kawan yang baik dulu.



Berapa ramai yang sedar semua bermula dari sendiri?
Nak yang baik tapi buat tak mahu.



Berapa ramai yang sedar masa depan dipengaruhi hari ini?
Tapi tetap buat tak tahu.



Memang hakikatnya 'berapa ramai' itu terlalu subjektif untuk diberi jawapan.
Tapi mungkin boleh dimulakan dengan soalan,
"Sedarkah aku sekarang atau masih di awangan?"





Nota kaki: Cakap pasal melting teringat pulak, "Some people are worth melting for" :)



Review Ringkas (?)


Assalamualaikum.


Review ringkas 2013.


Ehem... pertama sekali haruslah kita cerita pasal gigi. Sebab? Gigi sebahagian dari hidup dan memang itu yang dihadap hari-hari =.= Naik tahun dua silibus dia makin dasyat dan subjek paling lejen adalah operative technique sebab dia ada 13 credits serta menguji skill, mental, fizikal dan tahap kesabaran. Dalam subjek ni segala yang melibatkan praktikal akan diajar contohnya nak tampal gigi. 


Ada dalam lebih kurang 12 task yang kena buat dan setiap task ada 3-4 steps yang perlu dicompletekan. Setiap step pulak ada requirement yang kena ikut. Habis satu step, dapatkan tandatangan dan lepas tu baru boleh teruskan dengan step lain. Kalau tertinggal satu step atau terlupa nak tunjuk dan dapatkan tandatangan untuk step sebelumnya, kena buat semula atau dapat tanda soal.


Mula-mula kena kumpul gigi. Siap classify baqq hanggg. Sampai tercabut sticker.

Lepas tu susun sampai jadi satu set.


Pandangan depan. Say cheeseee. Ish.. comot.

Dalam lab ni, standard la kalau kena marah, stress, kena re-do, rasa mcam mata masuk habuk dan segala macam rasa lagi. Tapi kita kena hadapi dengan tabah walaupun rasa macam nak lari tak cukup tanah. *kalau boleh*. Tapi sebenarnya, seronok buat benda ni. Masa ni lah nak praktis betul-betul sebenarnya. Masa ni lah nak praktis sabar. Masa ni lah nak tahu siapa kawan yang betul-betul kawan.


Kawan dalam practical lab. Sampai sekarang takda nama. haha. (gmbar google)

Say aaaaaaaaaa... (pun gambar google)
Sebab apa gambar google? Sebab tak pernah bawak masuk handset dalam lab. Budak baik katakan. Haha. *Sila percaya*

Radiograph untuk rawatan akar.

Nak menempuh semua ni sensorang? Memang tak mampu. I'm glad I am surrounded by good friends and of course,, million thanks to mom and dad. They are always there for me,, every moments. And above of all, I have HIM. :) Yeah, we have HIM.


Siapa cakap dentistry lagi senang dari medik sila betulkan persepsi. Dentistry tak senang tapi tu tak bermaksud medik lagi senang dari  dentistry. Semua benda ada pros and cons sebenarnya.  So, kepada adik-adik yang nak ambil dentistry sebab rasa dentistry lagi senang, sila cari reason lain. Cari reason lain, bukan course lain. Baca elok-elok naa...  Nak buat apa-apa pun, kita kena ada reason yang kukuh sebab in the end, reason tu yang akan menyebabkan kita bertahan dan kuat menghadapi apa jua cabaran. :)


Dah habis cerita pasal belajar. Cerita satu subjek cukup. 11 subjek lagi kita simpan. 


Sambung pasal birthday pula. Birthday tahun lepas paling terharu sebab dapat kad besar amat dan dua kek. T.T Dan ucapan birthday paling lejen ----> "Malula nak cakap" *ulang ayat sama dekat doploh kali =.=


Kad gergasi,


Yummy.

Rasanya macam ni jelah yang boleh dikongsi. Lulz.. Yang pahit, masin tawar dan masam kita simpan tempat lain. Tak menarik untuk diabadikan. Haha. Till then..



Nota kaki: Warming up entri.