Bicara Malam

Assalamualaikum.


****************************
Gusar.
Fikiran melayang.

Mencari penawar,
Dalam bayang.

Hilang,
Dalam hitam.

Merenung bintang,
Di larut malam.



Bulan,
Cahayanya tidak suram.

Bintang pula bergemerlapan,
Tapi aku kusam.

Sinar keduanya terang,
Menyinari alam.

Aku? Tidak tenang
Muram.


Bulan, 
Bintang,
Sudi dengar aku bicara?


Bulan,
Walau kau hanya memantulkan cahaya,
Tak pernah kau berputus asa.
Menyinar malam, menyinar jalan.


Kau dihargai manusia,
"Kalau rindu, tengoklah bulan sebab walau di mana kita berada,
kita tetap lihat bulan yang sama"
Walau tipikal ayatnya,
Tapi , kau tetap tak dilupa.


Bulan,
Walau kau dilindung awan,
Kecantikan kau tak pernah padam.
Hatta hanya bayang di lautan,
Kecantikan kau tak pernah suram.



Bulan,
Aku cemburu.
Kerana kau tak pernah jemu.
Memantulkan cahaya yang bukan milikmu.
Kau dihargai tapi tidak aku.
Kau begitu cantik dan berbeza denganku.







Bintang,
Aku juga cemburu.


Kau berkelipan,
Tapi tak bermakna cahaya kau kurang.
Itu keistimewaan.


Kelipan kau bukan kelipan biasa,
Terjadi apabila cahaya kau merentas atmosfera,
Terbias ketika menembusinya,
Sehingga cahaya kau sampai ke mata manusia.


Yang menariknya,
Cahaya kau boleh sampai ke dua tempat berbeza,
Pada masa yang sama.
Dan kadang aku tertanya,
Adakah 'dia' di sana sedang melihat cahaya yang sama?


Lagi istimewa, 
Cahaya yang aku sedang lihat,
Bukanlah cahaya yang kau keluarkan sekarang.
Aku sedang melihat cahaya kau yang sebelumnya.
Mungkin cahaya semalam? Atau Setahun lepas? Atau mungkin seratus tahun yang lalu?


Hairan kau kata?
Bukankah cahaya kau mengambil masa untuk merentas atmosfera?
Walau lambat, ia menghasilkan sesuatu yang hebat,
Kerana aku ibarat sedang memandang ke belakang.
Melihat semalam. Masa lepas. Masa lalu


Dan kerana masa lalu,
Aku cemburu.

Masa lalu kau membawa sinar,
Tapi masa lalu aku menambah gusar.


Jeda menyapa. Seketika cuma.



Bulan,
Sikap tidak putus asa kau akan ku jadikan teladan,


Perihal dihargai,
Aku yakin aku tidak rugi walau tidak dihargai,
Kerana aku percaya yang rugi itu adalah orang yang tidak menghargai.


Tentang kecantikan,
Aku pasti setiap yang diciptakan ada kelebihan, 
Lagipun kecatikan itu subjektif bukan?



Bintang,
Walau masa laluku tidak bersinar,
Aku akan berhenti gusar, 
Kerana masa hadapan sedang menanti untuk dilalui tanpa gentar.




Monolog bulan dan bintang berakhir sendirinya.
Masih termenung di jendela.



"Sungguh indah ciptaan Tuhan,
Alam ini satu peringatan.


Ingat ya,
Jangan lupa Pencipta.
Yang mencipta aku dan alam semesta,
Serta kamu yang membaca.


Moga Allah redha.
Moga Allah ampun dosa."




Kasut Gajah



Assalamualaikum :)



Dari diari curi:


Hari ini, sekali lagi dia menjadi eskapis. Dari petang, berjalan membawa diri. Melangkah tanpa destinasi. Lari dari timbunan realiti. Tanpa sesiapa menemani. Hanya membawa hati. Dan wallet, of course.



Dia melangkah masuk ke dalam LRT. Sengaja hari ini dia tidak mahu memandu sendiri. Tempat kosong yang hujung dipilih, kegemarannya setiap kali. Terdengar keluhan. Keluhan yang berat itu bagai dilepas bagi menggambarkan betapa berat beban dihadapinya sekarang.


Dia bersandar. Matanya memandang ke luar. Berharap agar dapat melihat keindahan alam semesta. Tapi hanya kegelapan dan lampu jalan yang  tersedia. Juga sinar bulan.



Dia senyum. Cahaya bulan itu bagai meberi sinar padanya, walau itu bukan punca senyumannya. Senyum itu kerana dia teringat kepada seseorang yang pernah berkata,



"Kalau tengok bulan , selain ingat Penciptanya, ingat orang yang bercakap ni tau. Sebab, walau di mana kita berada, walau jauh kita terpisah, kita tetap tengok bulan yang sama. "






Kini, tiada lagi suara yang sama. Kerana pemiliknya telah berjumpa dengan Pencipta manusia. Dia rindu, rindu pada abangnya,  si pemilik suara. Kerinduannya pada tahap infiniti, tak terkira tingginya. Sesiapapun pasti  akan merasai rindu yang sama apabila berada di tempatnya. Mana mungkin tidak rindu, dari sebelum lahir lagi mereka berkongsi segalanya. Merekalah penyeri keluarga. Hanya mereka berdua sahaja.



Pada hari kejadian, dia sepatutnya bertemu abangnya di rumah. Pelbagai aktiviti sudah dirancang untuk menghabiskan cuti. Namun, sekelip mata segalanya berubah. Berita kemalangan abangnya masih tidak boleh dilupakan sehingga hari ini.



Pintu LRT terbuka. Masuk sebuah keluarga. Nampak bahagia.


"Ibu.. tengok adik ni. Dia ambil buku kakak."

"Mana ada. Ni adik punyala. Bukan kakak punya"

"Takla, tu kakak punya. Adik kan dah ada mainan"


Rindu menerjah buat kesekian kalinya. Teringat zaman kecil mereka. Situasi yang sama. Watak yang berbeza. Cuma, abangnya akan mengalah akhirnya. Dan sambil memberi barang yang direbut, abang akan kata,


"Takpe,takpe. Nah, ambiklah. Elephant shoes."


[link]


Pernah dia bertanya, elephant shoes tu apa. Tapi abang tak bagitahu. Abang kata tu tagline dia. Tak boleh tiru. Setiap kali bagi barang, atau nak balik kolej, mesti abang sebut perkataan tu. Selepas dia tidak mendapat jawapan dari abangnya, dia tak pernah mencari apa makna elephant shoes, sehinggalah di katil hospital sebelum abangnya menghembuskan nafas terakhir,,


"Adik, sini. Nah ambik ni" Abang hulur jam tangan dia yang dah tak nampak jarumnya. Retak. Darah.


Lepas dia ambil jam dan pegang tangan abangnya, abang ada cakap sesuatu, dan dia tak dengar. Tapi dia boleh agak. Abang cakap elephant shoes, sebab itu tabiat abang. Cuma dia sengaja suruh abang ulang sebab baru dia perasan sesuatu. Bila abang sebut elephant shoes tanpa suara,, gerak mulut abang macam abang cakap,,


"I love you."


Dan saat itu dia tahu, itu yang abang maksudkan selama ni.


LRT berhenti . Begitu juga lamunannya. Namun, perebutan buku masih belum habis. Biasalah bebudak.



"Adik, mintakla balik buku kakak tu. Tu kan kakak punya. "

"Adik nak pinjam kejap je. Kakak tak sayang adik ke?"





 Dia pandang keluar. Stesen seterusnya adalah destinasinya.


"Dah nak sampai."


Dia bangun dan menuju ke arah keluarga tadi. Dua kanak-kanak tadi ditegur,


"Hai adik. Adik sayang tak kakak adik ?"


"Sayang."


"Kakak pula sayang tak adik?"


"Sayang"


"Kalau sayang , kena baca buku sama-sama tau. Tak baik bergaduh."



Dua kanak- kanak comel itu angguk. LRT berhenti dan dia melangkah keluar sambil tersenyum dan melambai kanak-kanak tersebut. Laju langkahnya ke tempat meletak kereta. Terpandang langit malam yang dihiasi bintang, spontan mulutnya berkata,



"Abang, if i have given a chance, I will reply you,, but instead of saying I love you too, I'll say olive juice. Abang, moga tenang di sana" :)



[link]



People Die, Memories Don't.



*************************************************


Note: It is said that the words elephant shoes and olive juice when said silently from a distance looks like you are saying 'I love you'. It is used when someone afraid of saying 'I love you', where they mouth 'I love you', but when asked what they had said, they answered elephant shoes or olive juice. Besides, it also used to trick people. You mouth 'elephant shoes' and make they think you said 'I love you'.  But please don't do this for the latter. It's not good playing with people's feeling :)




Till then.
Elephant shoes. Lulz.

Hantaran (?)







Hitam Putih



Assalamualaikum :)


Dulu, missha pernah bagi tahu dalam satu entri yang missha suka main chess. Err.. mesti dah tak ingat rasanya sebab dah lama. Tapi disebabkan entri tu macam tak best, so tak pyah la bagi link kot. Haha. Walaupun suka, tapi buat masa sekarang, memang dah lama tak main. Dan sebenarnya rindu sangat nak main. Serius rindu. Sangat.


Walaupun di zaman yang serba maju sekarang ni, boleh je kalau nak download game chess tu tapi bila main game download ni, feel dia tak sama macam kalau kita lawan dengan orang face-to-face. Lawan dengan manusia ni, feel dia berkali ganda lagi best dari lawan dengan komputer.


Banyak sebab lawan dengan manusia ni lagi best. Salah satunya, bila kita lawan dengan manusia, secara tak langsung ia melibatkan psikologi. Dan bila melibatkan psikologi ni, ia sangat-sangat menarik. :)  Trust me. Lagipun, bila lawan dengan komputer, kalau komputer menang pun, bukan dia tahu pun dia menang. Err...



Berbalik pada psikologi tadi, biasanya, setiap pemain catur dia ada trademark dia yang tersendiri sama ada dia sedar atau tak. Bagi missha, missha rasa seronok memerhatikan trademark diorang yang berbeza-berbeza, walaupun bukan dapat gaji pun buat kerja ni. Kalau dapat gaji, konfim i dah kaya uolssss. Haha. Ok, enough.


Sepanjang missha main chess ni, antara trademark atau gaya yang biasa ialah main sambil berdiri. Biasanya lelaki yang selalu guna trademark ni, Lepas tu , siap boleh jalan-jalan tengok orang lawan dekat meja sebelah.  Nampak macam berlagak tahap petala kan? Haha. Ok. Gurau.  Selalunya, trademark berdiri ni, orang-orang yang main meja depan selalu guna. So, no wonder la kan siap boleh jenjalan bagai? :)


*Dalam pertandingan catur, kedudukan perlawanan berdasarkan meja. Makin depan kedudukan meja, makin tinggi la ranking pemain tu .*


Selain dari berdiri, ada juga pemain yang jenis 'gerak dan hentak'.  Maksudnya, setiap kali dia buat gerakan, dia akan letak buah catur tu kuat-kuat. Lepas tu, tekan jam pun kuat-kuat. Bila kita lawan dengan orang macam ni, kita kena relax je sebab kalau kita terganggu dengan cara dia, maknanya kita dah 'kalah' sebab tu memng niat dia pun. Distraction.


Dalam banyak-banyak gaya, ada satu gaya je yang pernah buat missha distract dan gaya dia sangat rare. And dia lah satu-satunya lawan yang missha pernah seri. Gaya dia macam ni, dia akan letak tangan atas meja, dan akan buat circular motion guna jari telunjuk dia. As simple as that. Tak tahu la cemana boleh distract. Padahal sebelum tu, dah kaji dah behaviour dia. Hmm.




Kalau missha pula, biasanya missha akan bawa 'pensel hikmat' missha masa pertandingan. Err,sebenarnya, pensel tu bukanlah betul-betul hikmat ataupun dijampi untuk menjadi hikmat. Pensel tu hanya pensel mekanikal biasa warna hitam, tapi sebab missha dah guna dia lama dan dialah yang 'teman' setiap kali lawan chess atau buat presentation (nak bagi hilang nervous) , so sebab tu lah dia digelar pensel hikmat. Takde kaitan kan sebenarnya. Haha. =.='



So, setiap kali pertandingan, memang missha akan bawa pensel hikmat tu selain sebatang pen yang digunakan untuk catat gerakan. Selalunya, missha akan ketuk-ketuk  atau spin pensel tu masa main terutamanya masa tengah berfikir dan bila nak mengurangkan nervous. Bagi missha, bila missha spin pensel tu, perasaan nervous macam mengalir pergi pada pensel tu dan perasaan nervous tu berkurang. *macam ni pun boleh, hee =.='*


Lagi satu, bila missha spin pensel hikmat tu, ia akan menyebabkan distraction kepada pihak lawan dan of course, itulah yang kita mahu!! Inilah yang dikatakan genius. Haha *evil laugh* Dan,, lepas circular motion dari lawan missha yang berjaya membuatkan missha distract, missha pun kopipes gaya tu dan diasimilasikan dengan gaya missha. Maka, lahirlah satu lagi trademark (selain dari spin dan ketuk-ketuk), iaitu lukis circular motion dengan hujung pensel.



Sebenarnya, ada banyak cara yang digunakan untuk distract pihak lawan secara tak langsung. Contohnya,buat muka bosan dan  buat - buat tengok jam kalau dia ambil masa yang lama sangat nak fikir. Cara ni, akan menyebabkan pihak lawan tertekan dan buat gerakan yang akan menguntungkan kita. Cumanya, tak semua orang termakan dengan cara ni. Ada sesetengah kes, pihak lawan lagi suka kalau kita stress dan dia akan buat-buat fikir lebih lama. Selain tu, ekspresi muka pun penting juga sebenarnya. Contohnya, kita buat muka stress sebab salah jalan, padahal dah nak menang. Ataupun, buat muka gembira padahal sebenarnya dah salah jalan. Ataupun just keep the poker face. :)



Hmm...kalau nak ikutkan, banyak lagi benda menarik pasal chess ni. Tapi macam panjang je nak tulis. Contohnya, macam mana personaliti seseorang boleh mempengarui cara dia main chess. Dalam novel Andrea Hinata, dia ada sentuh pasal ni. Kalau berminat, boleh la baca :) Novel ni Cik Hansyirah Takezur yang promote. Hihi



Till then :)

Main chess ni minat je sebenarnya,
Tak hebat pun hakikatnya .
Haha.


Aplikasi :)


Kadang Cinta, Kadang Lupa



Assalamualaikum.



Dari diari curi.



[link]


"Stress!!!" Dia meraup muka. Penat menghadap buku namun ibarat sia-sia. Satu apa pun tak masuk dalam kepala.


Exam lagi 2 minggu. Dah tak lama, tapi dia masih tak bersedia. Takut memang ada. Tambahan pula, result exam yang lepas tak seberapa.


Bosan mula menyelubungi. Dia tarik laci. Laci yang menyimpan memori. Semua kenangan semasa di zaman sekolah disimpan di dalam laci ini. Hanya kadangkala laci itu dibuka. Dan selalunya laci itu dibuka tanpa sebab yang nyata, seperti hari ini.



Dikeluarkan sebuah diari dari laci. Tangannya menyapu debu-debu di kulit buku diari itu. Tertera namanya di situ. Hani Zafeerah.


Diari itu diari waktu dia form 5 dulu. Tersenyum dia mengimbau kenangan lalu. Tahun yang mencabar. Waktu yang sukar. Banyak yang dia belajar. Benar, pengalaman adalah guru yang baik untuk 'mengajar'.


Laju dia membuka diari lamanya. Dibaca setiap coretan yang ada. Dan tidak lama selepas itu, ada mutiara jernih yang menitik di atas garisan buku - makin lama makin laju, makin deras, sehingga pudar warna garisan itu.


*********************************************

"Awak kena usaha lebih lagi Hani. Saya tengok awak ni ada masalah dalam subjek biologi. Memanjang dapat D. Tak pun C. Awak kena ingat, sebagai penolong ketua pelajar, awak kena seimbangkan semua. Akademik, koko......"

Kata- kata Cikgu Fikri yang seterusnya hanya bagai angin lalu. Hanya jasad berada di situ. Dan kaki melangkah ke pintu keluar setengah jam selepas tu. Hampir habis waktu rehatnya di situ.


"Ohh,, biology,,
You're driving me crazyyy
Ooo Allah, please help me.."

Balik kelas, hati menyanyi sendiri. Lirik sendiri. Rentak sendiri. Sesuka hati. Tapi minda mencari solusi.



Bukan dia tak usaha, dia dah cuba. Dia cuba buat nota dan peta minda bagai, tapi akhirnya dia hanya salin balik apa yang dalam buku. Bukan dia tak cuba baca betul-betul,, dia cuba tapi tak sampai 5 minit mata dah layu. Bukan dia tak tanya kawan, dia tanya tapi dia tetap tak faham apa yang kawan dia terangkan. Bukan dia tak tanya cikgu, dia tanya tapi dia tetap tak dapat jawab peperiksaan.



Dah cemana?
Garu kepala.


Loceng berbunyi. Same goes to the belly. Tak sempat makan kan.



************************

[link]


"Assalamualaikum" Ustazah Fatimah masuk ke kelas.


Pelik. Sekarang waktu BI, bukan PSI. Lagipun Ustazah Fatimah memang tak ajar kelas 5 Damai.


"Madam awak MC hari ni. So, saya yang ganti. Awak boleh buat kerja sendiri"


Ayat yang last tu memang ayat yang ditunggu.


"Guna masa ni sebaik-baiknya. Jangan membazir masa, terutama masa lapang. Masa lapang ni membunuh, sebab tu, sebelum dibunuh,, kita yang kena bunuh masa lapang."


Ramai yang angguk. Entah angguk faham atau angguk kosong.





"Berapa hari lagi SPM? Dah sedia?"

Macam-macam jawapan yang student bagi. Tapi Hani hanya diam. Biologi menghantui.


"Subjek apa yang paling susah?"


Ada yang jawab Add Math. Ada yang kata Fizik. Ada yang kata Kimia dan last but not least biologi semestinya.


Ustazah Fatimah senyum. Dia dulu pun pernah jadi pelajar.






"Belajar ni memang payah. Memang susah. Tapi awak kena ingat, dengan bantuan Allah, semuanya akan mudah."


Tazkirah Ustazah Fatimah.


"Awak nak berjaya, awak nak lulus periksa, betul tak? So, ustzah nak tanya, nak berjaya awak minta pada siapa?"


"Allah.." Serentak semua menjawab




"Betul tu, kita minta pada Allah. Tapi manusia ni dia selalu lupa. Yang dia tahu, bersedih bila dia tak dapat apa yang dia nak. Dia lupa yang kadang kala, bila hajat tak dipenuhi, bukan soal Allah tak bagi. Soalnya, dah minta ke pada Dia?"


Masing-masing diam. Sepi. Muhasabah barangkali.







"Jangan lupa doa sentiasa pada Dia sebab Dia yang memberi segalanya. Ilmu ini milik Dia. Faham tu pun milik Dia. Dont underestimate the power of Doa."



Masih sepi. Semua di alam sendiri.


"Ada apa-apa soalan?"


"Ustazah..saya nak tanya. Macam mana kalau dah usaha, dah doa tapi tetap tak berjaya?" Soal Farhan.





"Bagus soalan awak Farhan. Tapi sebelum ustazah jawab, ustazah nak awak semua fikirkan macam mana yang dimaksudkan dengan usaha dan doa. Adakah cukup usaha tu bila malam exam baru nak mula baca? Adakah cukup doa tu hanya bila tiba musim periksa?"


Semua kuis-kuis kaki.







"Selain doa dan usaha, ada lagi dua komponen yang kita perlukan. Istiqamah dan Tawakkal. Orang yang istiqamah ni ialah orang komited, tekun dan gigih dalam setiap kerja yang dia buat. Apa-apa yang dibuat adalah secara konsisten dan berterusan"


Konsisten dan berterusan. Dua perkataan yang senang disebut tapi susah dipraktikkan.






"Tawakkal pula adalah berserah diri sepenuhnya kepada Allah selepas doa dan usaha. Saya ulang, berserah diri sepenuhnya."


Sepenuhnya. Yang tu orang memang selalu tinggal. Selalu sangat.






"Lepas kita dah doa, usaha, istiqamah dan tawakkal atau singkatannya D.U.I.T,  redha dengan apa jua natijah yang Allah bagi. Insya Allah, itu yang terbaik. Allah itu sebaik-baik perancang. Allah tak tengok hasilnya, dia tengok usaha kita. Tapi yang penting DUIT tu kena laksanakan betu-betul la. Bukan acah-acah usaha. Doa pula bukan masa susah baru nak ingat sejadah"



Time ni, semua macam tak cukup kaki nak kuis-kuis lantai simen kelas. Setiap kata-kata tu tajam dan berbekas. Menusuk kalbu dan nurani. Well, siapa makan cili....






"Kalau awak gagal, awak kena ingat yang tu ujian untuk awak. Allah takkan menguji hambanya dengan apa yang Dia tak mampu. Makin mantap iman, makin besar ujian. Kalau tak jatuh, kita tak sedar kepentingan untuk bangun, betul tak?"


"Betul..." Perlahan jawapan diberi. Masing-masing masih di alam sendiri. Dan tika itu juga, loceng berbunyi.






"Dah habis masa dah rupanya. Tak sedar pula masa berlalu. Insya Allah , ustazah doakan semua berjaya, dunia dan akhirat. Lagi satu, ustazah nak ingatkan, kalau gagal, redha. Dan, jadi gagal yang berjaya[link], bukan gagal dan putus asa. "



***************************************************


[link]



Hani menyapu air mata yang turunnya laju. Banyak sebab turunnya air mata itu. Terlampau banyak.


Satu, sebab dia  rindu. Rindu pada Ustazah Fatimah yang menasihati tanpa jemu. Kini, hanya doa yang dapat dikirimkan sebagai sedekah. Ternyata, Allah lebih sayangkan ustazah.



Dua, sebab dia lupa. Dia lupa untuk minta pada yang memberi segalanya. Dia lupa bertawakkal pada yang kekal selamanya. Dia lupa amalkan DUIT dalam erti kata yang sebenarnya. Dia lupa yang usaha sahaja tak bawa dia ke mana-mana.Dia lupa dia hanya hamba. Dia lupa ilmu itu milik Allah. Dia lupa faham itu pun milik Allah.  Dia lupa kejayaan yang dia dapat dulu dari Allah. Dia lupa segalanya Allah yang punya.


Sebab tiga, empat dan seterusnya tak mampu untuk diluahkan melalui kata. Cukup betapa Allah tahu betapa menyesalnya dia. Moga masih ada masa. Kembali pada Nya.



##################################################


16 Ogos XXXX,

Bunuh masa lapang, sebelum dibunuh olehnya.


Andai ada subjek yang tak suka, cuba juga. Cuba untuk suka, cuba untuk cinta. Cuba dan usaha. Insya Allah semuanya tak sia-sia. 


Ilmu itu milik Allah. Faham itu milik Allah. Kejayaan tu pinjaman Allah. Kegagalan tu ketentuan dari Allah. Pasti ada hikmah.


Jatuh bangun dalam kehidupan itu biasa. Itu ujian darinya. Kena ingat, ujian itu tarbiyah, sabar itu indah.


DUIT tu amalkan dalam erti kata yang sebenarnya. Natijah nombor dua. Ingat Allah nilai usaha :)



Shortnote:  Imam Syafie pernah mengadu kepada gurunya Waki’ tentang sukarnya hafazannya kali ini. Lalu berkata Waki’, “Ilmu itu cahaya dan cahaya tidak menembusi hati yang sedang berbuat maksiat.”


Muhasabah diri, berapa banyak maksiat di hati T.T


Hani Zafeerah


******************************************







Worry is a direct consequence of relying on your own efforts. - Yasmin Mogahed











Masih Jauh



Assalamualaikum.


Dari diari curi:



11 Mac
4.45 petang
Bilik Kuliah



"Ok guys - Pasal plan kita hari tu, sepatutnya itu aktiviti kita sahaja, bukan aktiviti fakulti. Tapi Dr tertarik dengan idea kita, dan dia kata untuk aktiviti macam ni, fakulti boleh support. Rough paperwork dah hantar dan fakulti benarkan kita ambil tarikh 23 Mac. So, Insya Allah hujung minggu depan , hari Sabtu kita akan sama-sama teruskan misi kita. Final paperwork kita kena hantar 14 Mac. AJK LDK take note. Serahkan cdangan aktviti secepat mungkin."


"Okey!"

"Baik!!!.."

"Noted"


"Andd......ni list kerja ye"



#####################

9.00 malam
H-21
7 ahli


"Apa aktiviti kita nak buat? Kita ada 4 slot termasuk majlis penutup, so 3 slot untuk LDK . Seorang cadang 1 aktiviti , then kita undi. Cadangkan aktiviti yang tak lasak. Rasanya semua dah maklum macam mana keadaan orang kat sana.  So, cadangan aku ice breaking- aktiviti "Siapa awak?". Caranya, lukis muka sendiri, lukis something yang describe diri masing-masing atau apa yang kita suka. Lepas tu, lipat kertas dan kumpulkan kat tengah. Then seorang cabut dan teka tu lukisan siapa. Rotate sampai semua kertas dicabut dan semua dah berkenalan."


"Aku pulak cadangkan makeover- kita bincang pasal pakaian muslimah yang betul - betul menutup aurat. Contohnya tudung- kena tutup dada, belakang tak pendek , tak jarang, sanggul and etc"


"Amali solat - Sebab solat tu asas, so rasanya ok sangat kalau kita sama-sama buat LDK. Dua-dua pihak dapat improve"


"Hias kek - Diorang boleh tunjuk kretiviti diorang. "


"Perkongsian - Maybe kita boleh contact pihak sana., tanya siapa antara mereka yang boleh buat sedikit perkongsian tentang diri mereka, then salah seorang dari kita boleh bagi sedikit perkongsian/ tazkirah or tayang video tazkirah ke"



"Gubahan- towel, bunga. Serlahkan kreativiti and lepas tudiorang boleh la ambil dan guna tuala tu. Hee"



"Sori, aku takde cadangan aktiviti, tapi aku rasa maybe kita boleh include lagu tema dan nyanyi nanti"


Undi dijalankan. Ice breaking, Hiasan kek, Perkongsian. Tapi, idea lain tak diabaikan. Kertas amali solat- cara, lafaz serta makna bacaan dalam solat akan disediakan. Lagu tema turut disertakan. Dan lepas tu, bingit rumah dengan lagu tema yang dipilih- practice katanya. 



**********************

H-22
6 ahli


"Hebat, rumah kita kena incharge BBQ. "


"Haah.. maybe sebab muka kita ada gaya masterchef kot. So,, korang-korang prepare la resepi turun temurun nenek moyang."


"Tak payah nak turun temurun sangat lah. Resepi google je cukup la. Ha.. tengok resepi ni. Nasi planta and ayam bbq macam best"


"Ok jugak tu. So, macam mana nak divide kerja?"


"Kita bahagi dua la. Satu team bahan kering, satu team bahan basah"


"Yeah, sounds like a plan. Set. Pagi jumaat before pergi kita beli barang"


Discussion end - two groceries lists.



******************

H-23
5 ahli


"Nak sediakan makanan apa ni?"


"Nasi ayam okay kot. Senang and still dalam bajet"


"Ni ha, aku dah google. Restoran Qaseh. Dekat dengan tempat kita nak pergi. Aku rasa kalau kita tempah kat restoran ni pun okay. Dia boleh buat delivery. "


"Aku pun okey je kalau nasi ayam. Air pula macam mana?"


"Aku cadangkan air mineral. Kat Giant menimbun. Tak payahla kita nak bancuh bagai.  Senang. lagipun tengah hari orang tak minum air manis. Sapa sokong?"


Nasi ayam. Air Mineral. Restoran Qaseh. Giant. Deal


*************************

H-24 
5 ahli


"Korang, rumah H-21 baru whassapp tadi. Diorang dah bincang LDK dan diorang kata pihak sana ada 5 group. So basically, 5 hadiah dah mesti. Setakat ni cadangannya hamper jelah. "


"Hamper pun okay je kot. Berapa bajet untuk satu group?"


"Bajet RM150. So, RM 30  satu group."


"Okay sangat lah tu. Sebab dalam satu group tu ada dalam 6 orang je."


"Kiranya part kita yang tak setel lagi hamper je lah kan?  Sebab, untuk cenderahati yang kita nak bagi kat tempat tu , kita akan bagi sijil and sijil dah setel."


Next Day. Shopping time. 5 hamper. Sorang satu bawak pergi kaunter.


#######################

21 Mac
10.00 pagi
Bilik Kuliah


"Seperti yang semua sedia maklum, esok kita akan bertolak ke sana. Saya harap, kita semua tajdidkan niat, ikhlaskan hati. Kita pergi sana bukan suka-suka. Kita ada misi yang kita bawa. Kita ada ilmu yang kita nak sampaikan. Doakan urusan kita dipermudahkan. Insya Allah"



*********************

" Dila"

"Apa?"

"Kau tak rasa cuak ke nak pergi esok?"

"Tak rasa pula. Kenapa?"

"Entah. tetiba aku rasa cuak pulak. Maybe sebab aku tak pernah pergi sana kot"

"Sama la. Aku pun tak pernah pergi. Ala takde apala Zati. Yang penting esok kita kena plan pkul berapa nak keluar beli barang. Kita kan Masterchefs . Incharge barang basah pulak tu."

"Haah kan. Hm.. kita keluar sejuruss lepas habis kelas , pkul 10. Okay tak?

"Okeh.. Cun!! Jangan lupa bagitau Nana sekali"


################

22 Mac
1.30 petang
H-22
Dila, Zati, Nana.


"Fuhhh!! Tak pernah lagi dalam sejarah hidup 3 orang cuci ayam 5 ekor  & 2 kilo ikan."

"Taw takpe. Bau pun dah tak macam bau orang"

"Pengalaman ni. Bila lagi nak dapat. Eh... jom la siap-siap. Pukul 2.30 dah nak gerak"




Malam itu ,, homestay rumah kembar dua dan lima buah kereta saksi ukhuwah mereka semua.
Dan esok, pengalaman baru bakal diteroka bersama.


################


23 Mac
8.30 pagi
Destinasi

"Kawan-kawan,,. kumpul sekejap. Okay. Alhamdulillah. Kita dah sampai. Sebenarnya , takde apa sangat yang nak cakap Cumanya, ikhlaskan niat. Tu yang penting. "


**********************************

"Zati"

"Hmm."

"Betul la kau cakap semalam. Tiba-tiba aku rasa cuak bila dah sampai sini."

"Itu laa, kan aku dah cakap semalam."


**********************************

9.00 pagi
Taklimat.


"Selamat datang akak ucapkan kepada adik-adik. Nama akak Zaleha, warden kat sini. Sebelum kita mulakan, akak nak tanya, adik-adik datang sini ni adik-adik tahu tak ni tempat apa?"


"Tahu...." 


"Okay. Baguslah adikadik semua dah tahu. Tapi, biar akak perkenalkan juga serba sedikit. Raudhatus Sakinah (RS) diwujudkan untuk memberi perlindungan dan bimbingan kepada remaja puteri yang menjadi mangsa gejala sosial. RS berusaha membantu remaja-remaja yang terlibat meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan agama. Objektif kita adalah untuk membimbing remaja menghayati Islam sebagai cara hidup, membantu remaja membina semula keyakinan diri dan membantu remaja meneruskan kehidupan yang sihat dan memberi manfaat kepada masyarakat.



Dekat sini,  pelatih-pelatih RS akan bangun seawal pukul 4 pagi, kemudian qiamulail, berzikir serta amalan-amalan lain sementara menunggu waktu solat Subuh. Aktiviti harian mereka dipenuhi dengan berzikir, tadarus,  kelas Fardhu Ain, kelas Al Quran dan kelas kemahiran (menjahit, memasak) . Pelatih-pelatih RS juga memasak sendiri. Sebab tu untuk program ni,  pihak RS minta adik-adik sediakan makanan untuk memudahkan aturcara program.  Di RS ini, kami nak mendidik remaja-remaja puteri ini menjadi anak yang solehah, ibu yang baik dan muslimah yang sejati. 


Ada apa-apa soalan?"


"Pelatih RS boleh bawa handset tak?"


"Tak boleh. Handset adalah dilarang sama sekali,"


"Kat sini diorang tengok tv tak kak?"


"Tengok, tapi program-program dan siaran yang telah dipilih sahaja."


"Kenapa photographer kena sorang je?"


"Sebab senang kita nak pantau. Kita nak jaga aib adik-adik kita kat sini. Sebelum balik nanti, gambar-gambar itu akan ditapis oleh warden-warden terlebih dahulu"


Sesi soal jawab berterusan.






"Dila...." Zati panggil.

"Hmm.."

"Aku......"

"Aku tahu apa kau nak kata. Aku pun rasa benda yang sama."



Kagum. Itu yang mereka rasa. Dan di tubir mata Dila ada air mata yang bergenang. Sungguh, dia rasa sayu. Sepanjang hidupnya, even dia duduk asrama, tak pernah dia melalui jadual yang hebat sebegitu. Usahkan hendak qiamulail, subuh pun tunggu alarm yang ke dua puluh baru nak bangun. Dia mengenang hidupnya sekarang. Allah. Jauh bezanya





"Kalau adik-adik dah takda apa-apa nak tanya, silalah masuk ke dalam dan bertemu dengan pelatih RS. Dan sebelum akak terlupa, akak nasihatkan bahasakan diri adik-adik sebagai 'kakak', sebab kat sini ada yang lebih tua dari awak. Akak risau bila diorang tahu awak muda, diorang tak hormat awak semua."



**************************

10.00 pagi
LDK 1 - Ice Breaking 


"Assalamualaikum. Nama akak Safra Adila. Boleh panggil Kak Safra atau Kak Dila. Insya Allah, mula- mula kita akan main permainan siapa awak... Cara main dia  lukis muka sendiri, lukis something yang describe diri masing-masing atau apa yang kita suka. Lepas tu, lipat kertas dan kumpulkan kat tengah. Then seorang cabut dan teka tu lukisan siapa. Rotate sampai semua kertas dicabut dan semua dah berkenalan. So, jom kita start melukis"


Dila jadi ketua kumpulan. Dan ada satu lukisan yang menyebabkan dia terkesan.


"Assalamualaikum. Nama saya Qila. Ini lukisan saya. Coklat ni saya lukis sebb saya memang minat coklat. Saya lukis mawar sebab saya nak jadi macam bunga mawar. Bunga mawar ni cantik, tapi dia ada duri untuk menjaga diri dia. Lepas tu, yang macam buku ni sebenarnya Al Quran. Sebenarnya, bila kat sini, saya baru sedar yang Quran tu sangat penting dalam kehidupan kita. So, saya nak jadikan Quran ni 'kawan' saya, yang sentiasa ada dengan saya."



*************************************


11.15 pagi
LDK 3 - perkongsian.


"Alhamdulillah, kita dah selesai dua LDK, ice breaking dan hiasan kek. Akak harap adik-adik pelatih RS seronok dan dapat mengambil ibrah dari aktiviti kita. Seterusnya adalah sesi perkongsian. Dijemput wakil dari pelatih RS ke hadapan"


"Bagusnya" Dila monolog sendiri melihat pakaian wakil pelatih RS yang sedang berdiri dihadapan.


Lagi sekali, perasaan kagum menerjah. Kalau diikutkan, boleh sahaja pelatih-pelatih RS tidak memakai stoking atau sarung lengan kerana tiada lelaki di situ. Namun, mereka tetap berpakaian menutup aurat yang lengkap. Dila terasa sebak sendiri. Terkenang akan betapa ramai lagi remaja puteri di luar sana yang masih belum menutup aurat dengan sempurna. Namun , sebak makin kuat bila terkenang diri sendiri. Istiqamahkah dalam menjaga anggota amanah Illahi?


"Assalamualaikum. Nama saya....."


Lamunan Dila terhenti apabila pelatih RS mula berucap, namun belum sempat dia membuat perkongsian - hanya sempat menyebut nama dan negeri- pelatih tersebut terdiam dan dia mula menangis.


"Dulu...*sambil menangis*, saya free hair, minum arak, clubbing. Dulu pakaian saya pun bukan macam ni. Masa mula-mula kakak saya tengok saya lepas dia balik habis belajar, dia terkejut tengok pakaian saya. Saya tak kenal Al-Quran . Saya tak pernah solat. Memang saya buat dosa besar, tapi saya nak bertaubat. Saya sedih sangat kak. Saya rasa bersalah dengan emak. Walaupun saya salah, emak tetap sayangkan saya walaupun saya tahu dia marahkan saya. 


Harapan saya, saya harap perubahan saya ini berterusan. Dan saya harap sangat remaja-remaja di luar sana dapat berubah. Kakak-kakak, tolong sampaikan pada remaja kat luar, berubahlah. Jagalah mereka supaya tak jadi macam saya"



Suasana sepi. Dalam diam,, Dila mengesat air mata yang hampir jatuh ke pipi. Inikah yang dikatakan 'Kata-kata dari hati akan menyentuh hati yang lain?'



Setelah pelatih RS tersebut mengambil tempat duduknya, AJK LDK H-21 bersiap sedia untuk tayangan video tazkirah yang telah disediakan. Dan, video itu sangat menyentuh hati. Ruang tamu RS yang sederhana saksi berapa banya linangan air mata jatuh ke pipi.







**********************************

12.00 tengahari
Majlis Penutup.


"Dila kau jadi MC eh. Lupa la pulak yang kita takde MC."

"Kenapa aku pulak? Teks ada tak?"

"Err..Teks takde. Ala.. kau kan pandai goreng. Please...."

"Yela....yela.."




Dan, Majlis Penutup pada hari itu dipengerusikan oleh Safra Adila, bersama sebuah buku kosong di tangannya. - kononnya teks MC. 



"Alhamdulillah, selesai sudah majlis Penutup kita pada hari ini. Sebelum kita bersurai, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu tema kita pada hari ini."







i've been working hard so long
seems like pay has been my only friend
my fragile heart's been done so wrong
i wondered if i'd ever heal again

ohh just like all the seasons never stay the same
all around me i can feel a change (ohh)

i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the takin
i know i can make it, today my life begins

yesterday has come and gone
and i've learnt how to leave it where it is
and i see that i was wrong
for ever doubting i could win

ohh just like all the seasons never stay the same
all around me i can feel a change (ohh)

i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the takin
i know i can make it, today my life begins

life's to short to have regrets
so i'm learning now to leave it in the past and try to forget
only have one life to live
so you better make the best of it

i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the takin
i know i can make it, today my life begins

i will break these chains that bind me, happiness will find me
leave the past behind me, today my life begins
a whole new world is waiting it's mine for the takin
i know i can make it, today my life begins
today my life begins...


#############################


Berat kaki Dila hendak melangkah pulang. Tak puas rasanya mencedok ibrah dari RS. Banyak yang dia belajar hari ini. Banyak yang dia harus perbaiki tentang diri sendiri. Namun, dia sedar, dia harus pulang. Kedua-dua pihak punya tanggungjawab yang harus dilaksanakan.  Ilmu yang dia dapat hari ini tidak akan dibiarkan terkubur begitu sahaja, akan diamalkan di hari seterusnya. Dia mungkin pulang hari ini, tapi tugas ini tidah berakhir di sini, Dakwah ini masih panjang lagi.



"Adik-adik pelatih RS, akak tahu awak semua kuat. Awak semua beruntung kerana Allah telah memilih awak untuk melalui jalan taubat ini, jalan yang tak semua orang dapat tempuhi. Awak semua beruntung kerana masih diberi nyawa dan waktu oleh Allah untuk memperbetulkan masa lalu. Dan yang paling penting, awak semua kena istiqamah. Ini ujian untuk awak. Awak tahukan ujian itu tarbiyah dari Allah? Dan awak tahukan yang sabar itu indah? Akak doakan awak semua istiqamah, dan akak harap awak doakan akak juga istiqamah. Sama-sama kita jadi wanita solehah, Insya Allah"
 - Safra Adila-



#################################


Sometimes,
The people with the worst past,
Create the best future.


Remember,
Past matters only as reference point how much we have get better.


And,
Dont judge.
Judging a person does not define who they are.
It defines who you are.








In u, is the I good or bad?

Asslamualaikum :)



Guess who am I?


I am your constant companion,


I am your greatest helper or heaviest burden,


I will push you onward or drag you down,


I am completely at your command,


I am the servant of all great people,




I am the servant of all failures as well,



Those who are great, I have made great,


Those who are failures, I have made failures,


Take me, train me, be firm with me, I will place the world at your feet,


Be easy with me and i will destroy you,

.....


....

So. Can you guess who am I?


I AM HABIT

.




.....

So...
What is your habit?



Errr....
kesat peluh.


The chains of habit are too light to be felt until they're too heavy to be broken.


Sweet Seven Teen


Assalamualaikum :)


Dah start cuti, tapi cuti ni macam gloomy sikit. Okay abaikan pasal gloomy bagai ni . Senyum.... Bulan Ramadhan kan :)





Semalam 17 Ramadhan. Semua orang tahu, Nuzul Quran. Tahun ini, missha pergi event yang sama macam tahun lepas ganti tempat orang, cuma bezanya, tahun ni sukarela :) Walaupun event yang sama, ibrahnya tak semestinya serupa.


Ni tahun lepas punya kisah. 17 Ramadhan: Full of Ibrah



Sabda Rasulullah: 

“Tidaklah ada suatu kaum yang duduk untuk berdzikir kepada Allah ta’ala melainkan malaikat akan meliputi mereka dan rahmat akan menyelimuti mereka, dan akan turun kepada mereka ketenangan, dan Allah akan menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang ada di sisi-Nya.” 
(HR. Muslim)





Pergi sana, missha sangat-sangat kagum. Aunties kat situ sangat-sangat bersemangat nak mulakan tadarus. Boleh nampak beza semangat antara aunties dengan student yang join tadarus tu. Malu pula rasa. Patutnya yang muda lebih kuat semangatnya.




Selain dari tu, missha ada terdengar aunties ni berbual. Rupanya, dalam bulan Ramadhan ni, pagi mereka dipenuhi dengan kelas al Quran dan tadarus. Rasa sentap. Pagi kita macam mana? Ehem. Dari segi usia, mereka mungkin tua, tapi jiwa mereka muda.



***********************


Sebenarnya, mudalah masa terbaik nak buat benda-benda baik. Fizikal, minda dan emosi masih bertenaga. Mungkin ramai yang beri alasan masa. Esaimen dan kerja.  Memang,, tu betul. Tapi mati pun tak tunggu tua.. kan?


Mungkin, ramai juga yang akan kata, muda sekali je. Time ni lah nak enjoy segala... Errr .. tahukah anda muda itu dua kali? Satu di dunia dan satu di syurga? Waktu muda di dunia untuk tambah bekal ke sana. Tapi kalau muda di dunia tu disia-siakan, yakinkah dapat muda yang kedua? Tak ke tu dah double sia-sia? Muda dua kali, rugi pun dua kali.







Cukup sampai sini dulu tembak diri sendiri T.T


Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.