Secended

Assalamualaikum :)


Well, Hi. *keluar kepompong hiatusmalas*



27 days agoo..


Exam sebenarnya dah lama habis tapi malas nak pecahkan kepompong. Lepas keluar kepompong hiatus termasuk dalam kepompong malas pulak. TERmasuk ye. Penggunaan TER di awal perkataan menunjukkan ketidaksengajaan.*muhun percaya* Lagipunn, lepas study week semua idea hilang padahal  masa study week sibuk idea mencurah-curah nak datang.Yeah,, mari menyalahkan benda lain atas kemalasan diri sendiri.



Waktu mingu exam parent call  setiap pagi.

Lepastu setiap pagi mesti mengadu, "Ummi, tak habis baca lagi".

Dan jawapan ummi setiap pagi tetap sama, "Takpela baca tak habis pun. Belajar kan dah habis". =.=


Tulisan ni ayam yang cakar. lullss.. sebab tu buruk. 


Macam biasa , entri memula lepas habis exam adalah entri pasal gigi sebab masa exam semua idea dah lari. So untuk sem 2, kami kena siapkan denture (gigi palsu) , both complete and partial. Buat denture ni adalah satu benda yang baru dan semestinya benda baru bawa cabaran baru dan cabaran yang baru akan beri pengalaman yang baru.



Buat denture ni seronok sebenarnya kalau tak kejar masa. Tapi sedar tak sedar masa tu lah yang membuatkan kita keluar dari zon selesa. *tapi kadang malas tu tetap berleluasa*.



Hmm... dah tak tahu dah nak cerita apa pasal buat denture ni dulu. Dah lupa. Hihi. Mungkin ada yang tanya, kenapa tak update awal-awal masa tengah buat denture ni.


Antara sebab kenapa tak pernah up entri masa kerja-kerja lab atau simulation tak siap lagi adalah sebab nanti entri tu akan jadi entri membebel. Membebel sebab tak siap lagi, membebel sebab stress, membebel sebab kena redo dan macam-macam jenis bebelan lagi. Merungut-rungut kan tak baikkkk. *tapi buat jugak,, hmmm*



Sebab lain adalah taknak kenangan yang dah lepas dipenuhi dengan bebelan atau rungutan. Tapi tu tak bermaksud kenangan-kenangan pahit  patut dibuang terus. Simpan kenangan yang mencabar dalam satu sudut kotak memori supaya kita akan ingat pengajaran dan pengalaman yang kita dapat dan harapnya kita tak ulang kesilapan yang sama.



Sebab lain yang kedua adalah perjalanan nak belajar ni kan jauh lagi. So nya, nak update benda yang gembira macam takut. Ketakutan terhadap apa yang bakal datang menyebabkan ketakutan untuk menikmati saat gembira yang sedang berlaku.  Well, that's me in dentistry. Negatif betul kan =.='  Nasib baik bab gigi je macam ni. *kot*






Lastly,,
Alhamdulillah for everything that happened in second year :)
Terima kasih Ya Allah bagi kekuatan, datangkan kawan-kawan, pinjamkan kejayaan dan semestinya sokongan keluarga kesayangan.



Till then :)
Selamat menjalani malam-malam akhir Ramadhan.



Nota kaki: Secended means second semester (of second year) has ended.*tajuk orang takde idea memang pelik macam ni =.=*