encik merokok harus baca!

Assalamualaikum :)

Selamat petang! :) missha baru balik ni. 3 hari missha pergi jalan-jalan..sebab tu blog agak sepi. hehe.. Alhamdulillah... missha selamat pulang ke rumah. Kali ni, missha nak share cerita masa missha jalan-jalan. Eh! jangan salah faham.!.missha bukan nak cerita tempat-tempat menarik yang missha lawat taw. missha just nak cerita apa yang missha selalu nampak masa missha jalan-jalan. Bukan setakat nampak,, dia datang dengan bau sekali. Sunnguh tak menyenangkan!! huhu.. nak tahu ape?

merokok!!


missha memang tak tahan bau rokok even orang yang merokok tu agak jauh dengan missha. Kalau orang tu dekat, missha takkan segan silu buat muka protes. Yang missha paling  tak tahan, ade sesetengah encik merokok yang missha terserempak, diorang ni boleh pulak buat tempat tu macam diorang yang punya. Berkepul-kepul asap.  Sepatutnya encik.merokok tu kena la faham yang dia sedang berada di tempat awam yang ada kanak-kanak dan warga emas.


Animation Loading...


entri missha ni bukan entri untuk bagitahu kesan-kesan buruk jika merokok atau nak kempen "merokok membahayakan kesihatan".  Semua fakta dan kempen-kempen tu missha rasa encik merokok dah tahu dan faham sebab encik merokok bukan umur 12 tahun dan kebawah. Tapi alang-alang missha dah buat entri ni, missha rasa bertanggungjawab jugakla nak menyeru agar encik-encik merokok sekalian tidak merokok lagi. :) Tapi missha fahamlah kalau seruan missha ni seperti mencurahkan air ke daun keladi. *cewahh.  sebab iklan dan kempen pun masih tak berjaya menyedarkan encik merokok ni. Mungkin mereka masih tak nampak kesannya atau buat-buat tak nampak. *missha tak tahu, sebab missha xde pengalaman. harap maklum ^^



missha selalu dengar atau terbaca yang encik merokok ni susah nak berhenti. betul ke??  *missha memerlukan jawapan :) walau apepun halangan, missha rasa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Lagipun sekarang ni missha rasa bnyak cara-cara yang dah diperkenalkan untuk membantu encik merokok yang nak berhenti merokok.  Kiranya macam dah tak de alasanlah kan untuk tidak mengatakan tidak pada rokok kan?? :)


Pada pandangan missha, missha tak nampak pun apa kebaikan merokok ni. so , tak guna la buat benda-benda tak berfaedah rasanya. By the way, ini pendapat missha. :)  mungkin ade yang nk bantah entri missha ni dengan buat entri "kebaikan merokok". heh, mana la tahu kan kot encik merokok nak balas.

ke kena buat macam ni kat msia?? hehe

pic: credit to mr.google

jom kita pentingkan yang realiti.

Assalamualaikum :)

Apa khabar semua? Semoga hari hari ini lebih baik dari semalam *wink*. Eh.. yang dah blogwalking pagi-pagi ni dah sarapan ke belum? kalau belum, cepat-cepat pergi makan ye ! nanti sakit, missha tak taw. .. missha dah pecah laju jemput pisang pagi tadi *nyum,..nyum..*


Semalam jiran depan rumah missha ni ade buat kenduri tahlil sikit. So sebagai jiran yang prihatin (masuk bakul angkat sendiri) missha pun ada jugak menolong serba sedikit. hehe. Sempat la jugak missha beramah mesra dengan jiran tetangga. Maklumlah, bila waktu cuti sem macam ni barulah missha ada kat rumah dan ada masa nak join makcik-makcik mengupdate kisah-kisah baru perumahan missha ni.


Sembang punya sembang (sebenarnya missha lagi bnyak mendengar je.. hehe) barulah missha tahu, bnyak jugak informasi-informasi pasal jiran-jiran yang missha tak tahu. Rupanya ada antara makcik ni yang baru kehilangan suami dan ada juga jiran yang da pindah. *0h!! missha memang tak peka.Kemudian, terdetiklah kat hati missha.


" Kalau kat facebook, semua status kawan kita , kita nak tahu walaupun jari  dah naik lenguh scroll mouse ke bawah Selagi tak habis baca semua update, selagi tu mata tak alih dari skrin. Itu kisah dekat facebook.Facebook tu alam maya tapi hidup berjiran ni bukan alam maya tapi realiti.Jiran-jiran adalah orang-orang di sekeliling kita. Yang hari-hari kita jumpa. Yang akan tolong kita bila kita susah. Yang sama-sama gotong royong buat kerja. Tapi boleh aku tak tahu berita-berita yang penting macam ni?"


Memang tak dinafikan, missha memang jarang ada kat rumah. Sebab missha bukan belajar dekat sini. bila cuti baru misha ada dekat rumah. Tapi, benda tu tak boleh nak jadikan alasan untuk tak ambil tahu pasal jiran-jiran kan?*betul tak :) so, lepas missha balik dari kenduri semalam, missha rasa nekad nak buat satu benda. Missha rasa missha perlu ubah something.

 missha nak pentingkan dunia realiti dari dunia maya.


missha bukan nak tinggalkan terus facebook. *kat facebook ramai kawan-kawan missha yang jauh-jauh, senang nak contact :)* missha jugak bukan nak terus buang internet kat rumah. *memang mati kutu la kalau takde internet. Tapi missha akan pastikan yang dunia realiti adalah prioriti :)

sumber gambar: google
sumber gambar: google


Ada sesiapa yang nak join missha? :)


jari menaip

Assalamualaikum :)

Akhirnya ada jugak masa untuk membuat blog.
 Hasrat untuk buat blog ni dah lama ada, cuma masa amat mencumburui.. *cewahhh

Tujuan buat blog tidak dapat dipastikan :) Mungkin sebab jari ni gatal sangat nak menaip tapi tak ada benda nak taip. * jari gatal sebab kena gigit semutt ... auchh!!!!

Tertanye-tanye tak kenape  header gambar gajah ngan strawberry.. ?? *ada ke yang kesah? =_= 

Nak tahu tak?

jeng..jeng...

sebabnya missha rasa gajah itu sngat comel
dan 
strawberry itu sangat sedapp *nyumm..nyumm

Untuk semua yang melawat blog missha, saja nak bagitahu missha suke orang yang suka komen. *love. :)*