Bro's



Assalamualaikum.



*Mari mengimbau zaman kanak-kanak riang.*


Masa kecik dulu, kalau tengok kartun mesti kitaorang adik beradik semua nak cop sorang satu karakter.


Mula-mula cerita teletubbies. Cop ikut turutan.

Tinky Winky
Dipsy
Laa Laa
Po



Sulung ambik Tinky Winky. Kedua Dipsy. Ketiga Laa Laa. Keempat Po. Cukup sorang satu. Lepastu, semua jadikan warna teletubbies yang dicop tu warna kegemaran. Kalau yang sulung tu, sampai sekarang suka purple. Ish..ishh....


Lepas teletubbies,, Power Rangers. Time Force. Ninja Storm. Dan segala macam jenis lagi.




Sebagai seorang je perempuan antara empat, kita diberi peluang untuk memilih tanpa berebut. Haha.  So, lagi tiga orang tu konfirmla semua nak pilih yang ketua (warna merah), tapi malangnya di sinilah bermulanya 'adik bongsu's logic yang semua kena terima sebab malas nak argue'



"Adik kan cop Po. Po kan warna merah. So, adik kenalah pilih yang warna merah jugak"


Nampak tak permainan dia? =.='






Memang ada je Power Rangers yang bukan merah ketua, tapi dia tetap kata merah paling kuat. Lagipun yang kitaorang selalu tengok semua merah ketua.




Sampai besar, main cop-cop ni tetap ada. Baru-baru ni arnab beranak.


Masuk whassapp. 


"Kakak, arnab beranak enam ekor."


"Ye ke? Banyaknya"


"Kitaorang dah cop. Kakak nak yang mana?"


*Belek gambar*


"Kakak nak yang mata celak"


"Okay. Nak letak nama apa? Miesya ke?"


*Speechless kejap.*


Ni nak kenakan ke ikhlas nak bagi nama miesya? Nama miesya tu nama kakak hampa guna kot. T.T

Ejaan lain pun sebutan sama.



Okay. Lepas ni  Miesya dalam gambar ni pulak update blog ni.  ;p




****************************************


Dear my handsome little brothers,
*walaupun korang semua lagi tinggi*


Semoga berjaya dunia dan akhirat.


Ucapan yang simple yet nice,, cliche but true ;)






Last but not least,
Mari mengangkat bakul.




Yesss. I knew it. Can't agree more ;D lullsss




You have never been a bother, 
You are always my brother.



Till then :)


Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.