Kadang Cinta, Kadang Lupa



Assalamualaikum.



Dari diari curi.



[link]


"Stress!!!" Dia meraup muka. Penat menghadap buku namun ibarat sia-sia. Satu apa pun tak masuk dalam kepala.


Exam lagi 2 minggu. Dah tak lama, tapi dia masih tak bersedia. Takut memang ada. Tambahan pula, result exam yang lepas tak seberapa.


Bosan mula menyelubungi. Dia tarik laci. Laci yang menyimpan memori. Semua kenangan semasa di zaman sekolah disimpan di dalam laci ini. Hanya kadangkala laci itu dibuka. Dan selalunya laci itu dibuka tanpa sebab yang nyata, seperti hari ini.



Dikeluarkan sebuah diari dari laci. Tangannya menyapu debu-debu di kulit buku diari itu. Tertera namanya di situ. Hani Zafeerah.


Diari itu diari waktu dia form 5 dulu. Tersenyum dia mengimbau kenangan lalu. Tahun yang mencabar. Waktu yang sukar. Banyak yang dia belajar. Benar, pengalaman adalah guru yang baik untuk 'mengajar'.


Laju dia membuka diari lamanya. Dibaca setiap coretan yang ada. Dan tidak lama selepas itu, ada mutiara jernih yang menitik di atas garisan buku - makin lama makin laju, makin deras, sehingga pudar warna garisan itu.


*********************************************

"Awak kena usaha lebih lagi Hani. Saya tengok awak ni ada masalah dalam subjek biologi. Memanjang dapat D. Tak pun C. Awak kena ingat, sebagai penolong ketua pelajar, awak kena seimbangkan semua. Akademik, koko......"

Kata- kata Cikgu Fikri yang seterusnya hanya bagai angin lalu. Hanya jasad berada di situ. Dan kaki melangkah ke pintu keluar setengah jam selepas tu. Hampir habis waktu rehatnya di situ.


"Ohh,, biology,,
You're driving me crazyyy
Ooo Allah, please help me.."

Balik kelas, hati menyanyi sendiri. Lirik sendiri. Rentak sendiri. Sesuka hati. Tapi minda mencari solusi.



Bukan dia tak usaha, dia dah cuba. Dia cuba buat nota dan peta minda bagai, tapi akhirnya dia hanya salin balik apa yang dalam buku. Bukan dia tak cuba baca betul-betul,, dia cuba tapi tak sampai 5 minit mata dah layu. Bukan dia tak tanya kawan, dia tanya tapi dia tetap tak faham apa yang kawan dia terangkan. Bukan dia tak tanya cikgu, dia tanya tapi dia tetap tak dapat jawab peperiksaan.



Dah cemana?
Garu kepala.


Loceng berbunyi. Same goes to the belly. Tak sempat makan kan.



************************

[link]


"Assalamualaikum" Ustazah Fatimah masuk ke kelas.


Pelik. Sekarang waktu BI, bukan PSI. Lagipun Ustazah Fatimah memang tak ajar kelas 5 Damai.


"Madam awak MC hari ni. So, saya yang ganti. Awak boleh buat kerja sendiri"


Ayat yang last tu memang ayat yang ditunggu.


"Guna masa ni sebaik-baiknya. Jangan membazir masa, terutama masa lapang. Masa lapang ni membunuh, sebab tu, sebelum dibunuh,, kita yang kena bunuh masa lapang."


Ramai yang angguk. Entah angguk faham atau angguk kosong.





"Berapa hari lagi SPM? Dah sedia?"

Macam-macam jawapan yang student bagi. Tapi Hani hanya diam. Biologi menghantui.


"Subjek apa yang paling susah?"


Ada yang jawab Add Math. Ada yang kata Fizik. Ada yang kata Kimia dan last but not least biologi semestinya.


Ustazah Fatimah senyum. Dia dulu pun pernah jadi pelajar.






"Belajar ni memang payah. Memang susah. Tapi awak kena ingat, dengan bantuan Allah, semuanya akan mudah."


Tazkirah Ustazah Fatimah.


"Awak nak berjaya, awak nak lulus periksa, betul tak? So, ustzah nak tanya, nak berjaya awak minta pada siapa?"


"Allah.." Serentak semua menjawab




"Betul tu, kita minta pada Allah. Tapi manusia ni dia selalu lupa. Yang dia tahu, bersedih bila dia tak dapat apa yang dia nak. Dia lupa yang kadang kala, bila hajat tak dipenuhi, bukan soal Allah tak bagi. Soalnya, dah minta ke pada Dia?"


Masing-masing diam. Sepi. Muhasabah barangkali.







"Jangan lupa doa sentiasa pada Dia sebab Dia yang memberi segalanya. Ilmu ini milik Dia. Faham tu pun milik Dia. Dont underestimate the power of Doa."



Masih sepi. Semua di alam sendiri.


"Ada apa-apa soalan?"


"Ustazah..saya nak tanya. Macam mana kalau dah usaha, dah doa tapi tetap tak berjaya?" Soal Farhan.





"Bagus soalan awak Farhan. Tapi sebelum ustazah jawab, ustazah nak awak semua fikirkan macam mana yang dimaksudkan dengan usaha dan doa. Adakah cukup usaha tu bila malam exam baru nak mula baca? Adakah cukup doa tu hanya bila tiba musim periksa?"


Semua kuis-kuis kaki.







"Selain doa dan usaha, ada lagi dua komponen yang kita perlukan. Istiqamah dan Tawakkal. Orang yang istiqamah ni ialah orang komited, tekun dan gigih dalam setiap kerja yang dia buat. Apa-apa yang dibuat adalah secara konsisten dan berterusan"


Konsisten dan berterusan. Dua perkataan yang senang disebut tapi susah dipraktikkan.






"Tawakkal pula adalah berserah diri sepenuhnya kepada Allah selepas doa dan usaha. Saya ulang, berserah diri sepenuhnya."


Sepenuhnya. Yang tu orang memang selalu tinggal. Selalu sangat.






"Lepas kita dah doa, usaha, istiqamah dan tawakkal atau singkatannya D.U.I.T,  redha dengan apa jua natijah yang Allah bagi. Insya Allah, itu yang terbaik. Allah itu sebaik-baik perancang. Allah tak tengok hasilnya, dia tengok usaha kita. Tapi yang penting DUIT tu kena laksanakan betu-betul la. Bukan acah-acah usaha. Doa pula bukan masa susah baru nak ingat sejadah"



Time ni, semua macam tak cukup kaki nak kuis-kuis lantai simen kelas. Setiap kata-kata tu tajam dan berbekas. Menusuk kalbu dan nurani. Well, siapa makan cili....






"Kalau awak gagal, awak kena ingat yang tu ujian untuk awak. Allah takkan menguji hambanya dengan apa yang Dia tak mampu. Makin mantap iman, makin besar ujian. Kalau tak jatuh, kita tak sedar kepentingan untuk bangun, betul tak?"


"Betul..." Perlahan jawapan diberi. Masing-masing masih di alam sendiri. Dan tika itu juga, loceng berbunyi.






"Dah habis masa dah rupanya. Tak sedar pula masa berlalu. Insya Allah , ustazah doakan semua berjaya, dunia dan akhirat. Lagi satu, ustazah nak ingatkan, kalau gagal, redha. Dan, jadi gagal yang berjaya[link], bukan gagal dan putus asa. "



***************************************************


[link]



Hani menyapu air mata yang turunnya laju. Banyak sebab turunnya air mata itu. Terlampau banyak.


Satu, sebab dia  rindu. Rindu pada Ustazah Fatimah yang menasihati tanpa jemu. Kini, hanya doa yang dapat dikirimkan sebagai sedekah. Ternyata, Allah lebih sayangkan ustazah.



Dua, sebab dia lupa. Dia lupa untuk minta pada yang memberi segalanya. Dia lupa bertawakkal pada yang kekal selamanya. Dia lupa amalkan DUIT dalam erti kata yang sebenarnya. Dia lupa yang usaha sahaja tak bawa dia ke mana-mana.Dia lupa dia hanya hamba. Dia lupa ilmu itu milik Allah. Dia lupa faham itu pun milik Allah.  Dia lupa kejayaan yang dia dapat dulu dari Allah. Dia lupa segalanya Allah yang punya.


Sebab tiga, empat dan seterusnya tak mampu untuk diluahkan melalui kata. Cukup betapa Allah tahu betapa menyesalnya dia. Moga masih ada masa. Kembali pada Nya.



##################################################


16 Ogos XXXX,

Bunuh masa lapang, sebelum dibunuh olehnya.


Andai ada subjek yang tak suka, cuba juga. Cuba untuk suka, cuba untuk cinta. Cuba dan usaha. Insya Allah semuanya tak sia-sia. 


Ilmu itu milik Allah. Faham itu milik Allah. Kejayaan tu pinjaman Allah. Kegagalan tu ketentuan dari Allah. Pasti ada hikmah.


Jatuh bangun dalam kehidupan itu biasa. Itu ujian darinya. Kena ingat, ujian itu tarbiyah, sabar itu indah.


DUIT tu amalkan dalam erti kata yang sebenarnya. Natijah nombor dua. Ingat Allah nilai usaha :)



Shortnote:  Imam Syafie pernah mengadu kepada gurunya Waki’ tentang sukarnya hafazannya kali ini. Lalu berkata Waki’, “Ilmu itu cahaya dan cahaya tidak menembusi hati yang sedang berbuat maksiat.”


Muhasabah diri, berapa banyak maksiat di hati T.T


Hani Zafeerah


******************************************







Worry is a direct consequence of relying on your own efforts. - Yasmin Mogahed