MESS

Assalamualaikum.


Habit agaknya update hari last setiap bulan. Hmm. Tahun depan azam baru sebulan dua entri. HAHAHA. (Capital letters = muhun jangan percaya)


Life macam biasa. Hari-hari klinik. Bosan kan baca. Haha. Sebenarnya inferior nak tulis pasal dental stuff bila semua classmates kau macam hebat gila kau tetiba terkandas kereta api kat belakang.


Tapi setiap orang pengalaman lain-lain. Here's mine. Segala yang dalam blog ini :)


Kita mungkin dalam kapal yang sama, kabin yang berbeza.
Pengalaman yang setiap orang kutip lain-lain.
Kena redo part yang lain-lain.
Kena marah sebab yang lain-lain.
Malas rajin lain-lain.
Setiap orang ada susah dia sendiri. Tapi tak semua orang upload or membebel kat twitter macam ada sorang budak tu nama dia missha.


Rasanya, buatlah apa-apa pun dalam hidup, semua benda ada cabaran dia.  Even air yang tenang pun ada buaya. Dan benda ni berbalik pada diri sendiri. Cabar diri sendiri untuk terima cabaran.





****************************************************************

MESS points in this entry;


Mistake.

Setiap orang takkan lari dari buat salah walaupun dia cuba untuk lari. Yang negatifnya apabila terlalu takut untuk buat salah sehingga takut untuk mencuba. Terus lari dari realiti. Memang, buat salah ada consequence dia. Tapi dengan buat salah kita tahu benda yang betul.


You make mistakes to figure out how to make things right.






Expectation.

Setiap kali nak buat sesuatu, kita pasti ada expectation kita sendiri. Tahap mana yang nak dicapai. Tapi bila kita tak capai expectation kita,  bila benda yang terjadi adalah benda yang kita tak expect, bila expectation kita dan apa yang terjadi adalah parallel, (takkan berjumpa), keadaan akan jadi huru hara. Kita rasa loser. Kita pesoalkan kemampuan kita.

Tapi kita tak sedar, kita expect berdasarkan kemampuan yang kita ada. Dan bila unexpected thing berlaku, kita sebenarnya dah keluar dari zon kita dan belajar sesuatu yang baru. Macam dalam baseball. Pitcher asyik baling fastball. Sebagai batter, kita rasa kita boleh pukul fastball tu. Kita dah dapat timing dia. Kita dah ada plan bila masa yang sesuai nak swing bat.

Imagine, Bottom 7th inning. Seri 0-0. Two out. Runner on third and second. Sekarang dah two strike. Satu lagi strike, batter out. Last pitch. Batter sedia. Pitcher baling.  Ready for fastball. Dah swing, tiba-tiba tu curveball rupanya. Unexpected curveball.

Apa yang kita boleh buat as batter? Third runner dah lari. Kita dah swing. Tak boleh undur. Tapi kita boleh improvise. Anglekan bat.


Result? Bergantung kepada macam mana kita deal dengan unexpected things yang berlaku. Bergantung pada macam mana kita nak improve at that moment. Bergantung pada macam mana kita nak angulate bat untuk pukul the unexpected curveball.






Satisfaction

Cepat rasa selesa. Bahaya. Sangat bahaya. Rasa cukup. Rasa macam weh aku tak payah buat apa-apa dah.

Belajar takkan pernah cukup. Hakikatnya, makin banyak belajar makin banyak kita tak tahu. Tapi, kita care ke tak untuk tahu yang kita sebenarnya tak tahu? Atau kita terus tetap dengan sikap malas ambil tahu.

Well, it's up to you. (me)





Sacrifice

Nak maju kedepan, korbankan apa yang tarik kita ke belakang. Kadang-kadang kita terpaksa korbankan apa yang kita suka. Prioritize your priorities. 


Sometimes, the change we don't want is the change that we need.


Contohnya kena sacrifice jangan tengok anime dah omggggg. (currently watching diamond no ace. Notice the metaphor above?Heee. )

.
***********************************************************


Jangan tanya entri ni merapu pasal apa.
Terang-terang ni entri monolog dalamn nasihat diri sendiri. Huhu



Till then. :)