Hero


Assalamualaikum. :)

Hi! Am trying my best to update my blog diligently. ( Pray for me) Terima kasih pada semua yang masih sudi baca blog i dan komen. I really appreciate that :') Nah bunga. πŸŒΈπŸŒΈπŸŒΈ


So ada orang kata baca blog i ni macam novel sedih sebab selalu entri sedih je. Haha. Okay, tak dinafikanla kebanyakan entri i tulis masa sedih, atau masa tengah down dan tengah cuba nak cari kekuatan. Well, orang kata we write the most when we sad. i guess it's true - at least for me. Tak kurang juga ada yang kecam sebab i guna nama lain untuk menulis. Dah dengan guna nama ni buat i lagi selesa dan seronok menulis nak buat macam mana. Diorang ingat i guna nama lain sebab i nak jadi perfect so orang yang tak kenal ni tak boleh nampak apa silap i. So funny these people. Lagi lawak yang cakap tu kawan-kawan i. (Okay, kawan ke macam tuuuu )


Sebenarnya i prefer orang tak kenal sebab i bebas nak lepaskan stress dan kesedihan i. Kat luar, i bukan jenis yang express diri sebab i tak reti. Even major breakdown event yang latest berlaku dalam hidup i,  i tak cerita details kat sesiapa selain my soul sister (senior setahun tua masa kat sekolah menengah baik dari i form one sampai dia dah anak dua sekarang) tu pun via whatsapp sebab dia jauh. Tu je. Kawan rapat i yang lain i cerita sikit je, tak cerita semua yang berlaku. 

Sebab pertama i jenis tak bercerita. Nanti nangissss. Benci betul. Haha. 

I  tak boleh betul bila i tengah tahan menangis, pastu ada orang tanya "Okay tak?" Lepastu pegang i. I cannot. Memang mencurah la macam hujan. Dahla waktu belajar dulu menangis kat tempat public- dalam kelas, dalam klinik, dalam lab, tengah hallway. Hahaaha. 





Dalam LRT and dalam bas on the way balik rumah  pun i pernah menangis. Drama betul kannn. Masa second and third year menangis dalam LRT sebab tiket balik rumah habis. Jadual i busy and i tak sempat beli tiket, so i selalu gamble  beli tiket on the spot. Kekadang bila tiket habis i boleh menangis time tu jugak sebab i nak balik yang teramat sangat cause i dah stress duduk kampus/asrama. So i belajar dari kesilapan. Masa third year (lepas drama menangis) sampai fifth year, i akan balik rumah hari sabtu, balik semula kl hri ahad. Even sehari je duduk rumah, i tak kisah asal dapat balik.  Menangis dalam bas ni pulak jadi lepas major breakdown event. I menangis sebab i down gilaaa and rasa teruk dan semua negatif bercampur baur. Haha. Drama takpayah cakap. Nasib baik seat sebelah kosong. 





Setiap orang ada circle of people masing-masing. Dan I rasa lapisan circle i complicated. Lapisan circle i ada banyak lapis -  family, kawan baik, kawan rapat banyak, kawan rapat sikit, family jauh,  kawan sekelas, kawan sekolah, orang yang kenal. Ni secara general la. What i mean is , i seriously susah nak percaya orang and susah nak let people into my life macam tu je. 

Sebab kedua i jenis tak bercerita

Sekarang, i still dwelling dalam kesedihan. I still tak boleh move on dengan apa yang jadi. Apa yang jadi tu bagi impak yang besar dalam hidup i. Satu, i memang dah takde konfiden langsung nak jumpa orang. I avoid kenduri and apa-apa majlis semampu yang boleh. I contact only few people. i try to reply mention at twitter even kalau ikutkan i nak ignore je. Pasal twitter ni satu jugak. Since my friends dah tahu kewujudan twitter tu and follow, i feel restricted nak post apa-apa. And to remain anonymous is not possible anymore hahaha. But it's okay i guess. i hope they tak sebarkan username twitter i (bajet ada orang nak sebarkan, luls) 


4 months 5 days. I still can't.

Second, i memang rasa i ni living proof of Murphy Law so sekarang i jadi macam takut nak meneruskan kehidupan sebab everything can go wronggggg. I rasa macam tak sanggup nak melalui fasa menangis hari hari secara tiba-tiba setiap kali teringat perkara yang berlaku. Rasa macam usaha yang i buat tu tak membuahkan hasil since it ends secara disaster ( Why does this sounds macam break up? haha. No, it's not. I jawab awal awal i bukan break up)


Kalau dulu, macam-macam cita cita i. Tapi bila dah jadi macam ni, i dah taktahu i mampu ke tak untuk jadi apa yang i impikan. Hidup i dah cukup miserable, i tak rasa i can achieve anyhing. I rasa nak abandon semua yang i impikan and just live. I feel like giving up with life, but i hope i don't give up on living it. All i want is to be happy and to be myself again. I don't know if i can ever achieve just these two things.

Me.


To those who are in the same boat with me, who are struggling and have major breakdown event,  let's keep fighting and live to the fullest :) Eventhough it's easier to be said than done but just keep in mind, you're not alone. 


For you, who struggles. Be your own hero.


Sorry, i tak dapat include source gambar sebab semua gambar yang i dah download dulu-dulu. Heee.


Note: Tengah sedih, lepastu scroll twitter nampak ni. Thank youu so muchhh. No words can describe how much your words mean to me. 


Sebenarnya tak perasan tweet ni untuk i. Scroll kali kedua baru perasan ada kasut i. :D

To you, the owner of another kasut, i pray for your safety and happiness. May Allah bless your life, grant you happiness, peace, and success here and hereafter :)



And again, to those who struggles, I'm here :)

You're not alone. 
Remember, be our own hero. 
Rise. Strive. Fight. Never give up.


Till then, Heroes. ❤️




Warm Up

Assalamualaikum.


Hi! Kalau tak last minute, tak sah. (Hujung bulan baru nak update.) Sejenis procrastinator tegar hampir dalam semua aspek kehidupan. Kekadang rasa macam nak tulis semua benda tapi tak tertulis pun. Kekadang langsung takde apa nak tulis macam sekarangggggggggg.




Since ini adalah entri pertama tahun baru, let's do some recap. Tapi recap life adalah sangat klise, dan life i pun sangat membosankan maka i decide untuk tulis tentang buku buku yang dah dibaca sepanjang tahun 2017. (Tak, i tak tulis review sebab i tak reti. More to sembang pasal buku je entri ni)  Untuk 2017, i target untuk baca sebuah buku sebulan so jumlahnya 12 buku sahaja setahun. Dan i berjaya baca 16 buku. Yeay! (Tengah nak tulis baru teringat yang i takde gambar buku-buku, dan nak ambik gambar sekarang pun tak boleh.) (Entri pertama pun dah tunggang terbalik, imagine la hidup i sekarang :') )


My books. Banyak lagi belum baca zzzzzz



5 tahun 5 bulan

I mulakan 2017 dengan baca buku hlovate sebab masa tu nak cari mood membaca semula. For me, kalau hilang mood membaca, nak cari balik mood tu i akan baca semula buku favourite dan buku-buku hlovate adalah antara buku favourite i. Semua orang tahu hlovate ada gaya penulisan tersendiri. Buku ni juga buku pertama hlovate yang i baca dan taktahu dah berapa kali khatam dahh.



Tunas.

Juga buku Hlovate. Suka friendship Addin and the gang dalam tunas dan suka Mags Seven (sekumpulan budak genius dan lejen) especially bila baca balik part diorang orientasi. (Task orientasi diorang termasuk jernihkan balik air nila and they did it!)  Dalam novel, Addin ni banyak buat jenayah dan salah satunya adalah blackoutkan kelas sebab nak siapkan report dekat library sebab masa tu bukan turn kelas diorang guna library. So, dia tukar starter lampu kelas dengan starter rosak. Lepastu ada la orang tu terpengaruh nak tiru jenayah Addin.


Banyak jugak jenayah i buat time sekolah dulu even masa tu head girl la kononya. Dulu masa akhir tahun tingkatan 4 pelajar perempuan kena prep dekat dewan makan, tapi i tak suka sebab luas sangat dan ramai orang. So i plan nak blackoutkan dewan makan (mengarut kan?) tapi tak berjaya sebab lampu dalam dewan makan banyak - jenuh nak cari starter rosak. I tukar plan nak sabotaj kotak suis tapi kotak suis tu dekat tempat masak. Plan dibatalkan but still, i kan sejenis rebel. Apa yang i buat,  bila waktu prep malam, i bersiap macam nak prgi prep tapi study dekat balai study dalam kawasan aspuri.


Satu hari tu, GPK HEM datang buat spotcheck dan bila dia nampak asrama cerah, dia terus jerit dari jauh. Suara dia macam unik sikit so memang tak payah pandang dah tahu siapa. Masa tu i tak fikir panjang, i terus lari keluar ikut pintu belakang aspuri, lalu belakang dewan makan, masuk asrama lelaki sikit, suruh orang dalam buka pintu dewan makan bahagian aspura dan i terus cari tempat kosong. Imagine semua ni  berlaku kurang dari 2 minit. Imagine the adrenaline level. Nak tercabut jantung. Masa lari belakang dewan makan nasib baik tak terserempak hantu ke apa.


Bila dia masuk dewan makan dia terus tanya, "missha mana missha?" masa tu i pun angkat tangan.  i dah redha dah nak kena marah sebab maybe dia nampak i lari. Rupanya, dia panggil sebab nak pesan make sure jangan ada orang dalam asrama and dia bebel pasal disiplin prep malam. Serious time i rasa lega gila tapi at the same time rasa berdosa haha. Nasib baik dia tak prgi cek buku kat balai study, terang- terang ada buku i kat situu . And nasib baik jugak prep malam kat dewan makan tu berkuatkuasa  sekejap je lepastu tukar pergi kelas semula sebab i tak pernah study masa prep kat dewan makan. Selalunya i baca novel & main uno.  Masya Allah sangat perangai .



My Hlovate's books collection. Tapi sekarang Aa + Bb dah hilang tak tahu siapa ambil. :(



When breath becomes air.

Sebuah buku yang ditulis oleh seorang neurosurgeon, Dr Paul Kalanithi bukan tentang pesakitnya tapi tentang diri dia sendiri yang menghidap kanser paru-paru. Kisah bagainama seorang doktor menjadi pesakit. Previously, he was the one  treating but after the diagnsis, he was the one being treated.  A memoir. A non- fiction book.  Tapi dia punya pengajaran tu semua boleh ambil. You get to look at life with new perspective. So siapa yang rasa nak mula baca non - fiction boleh mula dengan baca buku ni. Seriously, i tak pandai review. Tapi buku ni memang sangat inspiring.



Gambar googlee.



Disebabkan i tak pandai review, here are some reviews yang i cari supaya korang terjebak baca buku ni.


"A vital book about dying. Awe-inspiring and exquisite. Obligatory reading for the living." - Nigella Lawson
"This is a wonderful book, full of insights into challenges a doctor faces in helping people through terminal illness and then how he coped with his own mortality." - Mrs. C
"Deals with the subject of death which many people choose not to contemplate - but it's also a celebration of life. Well written and easy to read. Not sure enjoyable is the right word but an important book." - Midlands Boy
"The book is amazing, Paul takes the reader on a path through his life as a medical student, resident, neurosurgeon, neuroscientist and as a patient as he tries to uncover the truth about the meaning to life." - Shane


Dr Paul Kalanithi died at the age of 37 and left behind his wife, Dr Lucy Kalanithi, and their eight-month-old daughter, Cady.





Okay, rasa macam dah panjang. Lagi 13 buku kalau i rajin i sambung okay! (Sebenarnya i tak masak tengahari lagi, dah pukul berapa dah ni hahahaha)

Well, i hope it's not to late to wish Happy New Year and may you have a blast and blessed journey ahead.

Source
Till then :)



Magic Eye - Focus!

Assalamualaikum :)



Hai! *cuba cari mana post oktober & november ehem* 😸


Credit already there.



Few days until 2018. So, how's your life so far in 2017? I hope it is filled with love, joy, happiness and blessings. Mine? Probably the worst year of my life. If not, it is still a bad one. Later details on that maybe in next posts. (Hahaha. Kidding, i don't think i'll be writing on that for now.)


So, pernah dengar pasal magic eye picture? No?

MEP Gambar 1.Ni lah dia,  now korang dah pernah tengok magic eye picture. 


Sebenarnya magic eye picture (MEP - shortform i sendiri) ni adalah gambar yang membolehkan kita melihat imej 3D dari corak atau pattern 2D dari sudut tertentu. Cool kan? Kalau dah dapat nampak imej tu lagi double cool. (Dan seseorang masih excited setelah 3 jam berlalu selepas dia berjaya nampak gambar 3D yang pertama)  πŸ˜†πŸ˜†


MEP ni adalah gambar pattern yang berulang tetapi setiap pengulangan tu  berbeza and akhirnya menghasilkan satu imej yang timbul sebab pengulangan pattern memberi efek kedalaman yang berbeza. Senang kata, benda ni based on depth perception dari apa yang mata kita lihat dan seterusnya diproses oleh otak. Untuk melihat objek 3D, penglihatan dari kedua-dua mata kita kena match (binocular vision) supaya otak kita dapat proses imej tersebut. Nak tahu mata korang boleh nampak 3D ke tak, cuba main The Framing Game ni. 


MEP Gambar 2. Okay, nampak apa?


Mula mula, gambar ni memang nampak macam takda makna, sekadar corak berulang. Macam mana nak nampak lebih jelas imej yang sebenarnya? Kita kena dekatkan muka kita dengan gambar, fokuskan pandangan kita pada satu titik fokus dan perlahan - perlahan jauhkan muka kita dari gambar. At one point, kita dah boleh nampak imej tu. Tapiiiii, imej tu akan hilang apabila mata kita beralih dari titik fokus yang kita pilih tadi. So kena fokus betul-betul okay.



*******************************************

“Barangsiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuannya, maka Allah akan memberikan kekayaan kepada hatinya, memudahkan urusannya dan dunia (yang hina ini) akan datang kepadanya (dengan sendirinya), dan barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai tujuannya, maka Allah akan memberikan (rasa) fakir kepadanya, mempersulit urusannya dan dunia tidak akan mendatanginya kecuali apa yang sudah ditetapkan baginya." (HR At-Tarmidzi)


Fokus.
Hidup kena ada fokus.
Supaya ada matlamat hidup.


Tetapi,
Bila kita salah pilih fokus kita,
Kita mengejar benda yang tak sepatutnya,
Salah fokus - bila gagal kita takkan dapat apa.
Hanya sia-sia.
Kalau dapat, itu bukan yang sepatutnya.
(Kalau salah fokus dalam magic eye picture, sampai sudah nampak corak takda makna.)


Fokus hidup,
Pada DIA.
Sebab dia pegang semua,
Kita fokus satu benda yang betul - yang lain akan automatik berada di tempatnya.
Dan kita dapat apa yang kita nak jumpa. 
(Dapatlah nampak imej 3D akhirnya. )


MEP Gambar 3. I janji ni gambar last. Heeee


********************************



Kalau nak baca lebih pasal magic eye picture boleh google atau lawat sini. Nak tengok gambar 3D dan jawapan gambar kat atas, boleh tengok gambar yang ada kat sini. Gambar magic eye picture credit to : Magic Eye © 1995 


Entri ini terinspirasi dari buku Yasmin Mogahed, Reclaim Your Heart.

Till then.




Metanoia




“Weh, kau dah berubah.”


Aku rasa hidup tu adalah satu perjalanan menempuh perubahan. Dalam kehidupan pun, kita ada beberapa fasa – bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Fasa kehidupan tersebut  berubah apabila sampai waktunya. Cara kita berfikir, cara kita membawa diri, perspektif dan pandangan kita terhadap sesuatu takkan kekal sama selamanya. Dulu rumah teres, sekarang rumah banglo. Dulu makan gaji, sekarang bisnes sendiri.

Kehidupan kita berubah sentiasa.
Hidup sentiasa merubah kita.
Nampak sama tetapi berbeza.
Hidup dan berubah itu sinonim - itu yang aku nak kata.

“Pengalaman mengajar kita. “


Aku rasa berubah itu perkara biasa. Bila hidup banyak dugaan dan cabaran, kau jatuh berkecai walau luaran masih sempurna. Walau kau cuba sorokkan tangisan dalam senyuman, retak dalam tak mungkin mampu disebunyikan. Bila kau cuba untuk bangkit semula, kau kutip kembali diri serpihan diri yang berkecai, cuba disambung setiap kepingan tapi mana mungkin susunannya sama seperti asal. Umpama cermin jatuh  ke lantai, disambung semula retaknya masih ada. Seperti kertas yang digumpal, mana mungkin hilang kedutnya.  Parut dan retak itu tanda kita pernah terjatuh dan terluka. Tanda kenangan yang ditinggalkan setelah kita bangkit semula. Bukti apa yang tidak membunuh itu menguatkan kita. Namun, tak semua faham retak dan parut itu mengubah kita.





Pedulikan apa mereka kata. Asal kau tahu kau berubah kepada yang lebih baik dari sebelumnya. Kasut manusia tak sama. Jalan hidup setiap orang itu berbeza.  Hanya orang menempuh yang faham derita. Yang jadi spectator itu tak dikira. Lagipun, bila kita tahu Allah ada, jalan yang berliku itu jadi berbunga.





Dan apa pun perubahan yang kita lakukan, pilihlah bahagia. Tetapi, pastikan bahagia itu bukan berdasarkan neraca manusia. Tapi Dia.



Muhun tembak doa. Semoga yang terbaik milik kita.




Lemas



Assalamualaikum :)


Hai. Yeay. Cukup empat bulan takde entri termungkir semua janji. I'm so sorry. April was a miserable month. A total miserable. Itu pertama kali rasa diselubungi awan negatif sampai kesudah tak jumpa cahaya matahari. Masa tu baru faham quote motivasi tu tak setiap masa bagi kesan. Segala kata motivasi nampak macam fantasi, bukan realiti. Motivasi = motibasi. Nampak orang post atau tweet kata-kata motivasi, skrol laju-laju sebab tak nak baca. Rasa maca tu karut. Tipu. Waktu macam ini, memberi semangat pada diri sendiri ibarat menipu diri sendiri.  Waktu ni jugak, memang kita akan jadi tak kisah dengan apa yang akan jadi. Hidup follow the flow. Nak stress pun dah penat. Rasa macam diri ni bukan setakat broken, tapi dah shatter jadi debu.


Entri ni khas untuk sesiapa yang tengah tak jumpa jalan, yang tengah down, yang dah tak tahu mana kiri mana kanan, yang rasa semua quote dan kata-kata motivasi tu semua mengarut dan tak boleh pakai dan yang nak bangun tapi tak mampu.


Here, take my hands :) Kita jalan sesama okay. 


*********************************************

Petama sekali, it is okay to feel down :) That means we are living our life. Tak salah nak rasa teruk. Tak salah nak rasa sesat. Tak salah nak rasa penat. Tak salah pun nak berhenti sekejap. Tak salah kalau menangis. Tak salah kalau jatuh. 

Cuma..... jangan lupa lepastu kena bangun. Lap air mata sambung jalan. Kalau rasa teruk, kena abaikan. Itu hanya perasaan. Kalau sesat, cari jalan. Kalau penat, kuatkan semangat. Tiada orang lain boleh paksa kita. Nak jalan atau berhenti bergantung pada diri. 


Sekarang,, kalau nak menangis, menangis dulu. Menangis puas-puas. Kalau ada seseorang yang boleh jadi tempat cerita untuk tenangkan perasaan, boleh pergi cerita dulu dekat orang tu. Kalau rasa tiada orang akan faham perasaan down tu, cerita dengan Tuhan. Yup, memanglah Allah dah tahu. Tapi sweetkan,, walaupun Dia dah tahu semua benda, Allah tetap sudi nak dengar bila-bila masa tak kisah apa pun yang kita nak cerita.


Ok dah pergi nangis dulu, kita tunggu. *hulur kotak tisu*


................................


Dah? Good job. *pat shoulder*


Sekarang adalah part motibasi. Iye, bunyi pun boring kan. Nak baca pun malas. Lagipun semua klise. Mula-mula suruh stay strong. Dia tak tahu ke sekarang ni kita memang tengah stay strong? Dia tak nampak yang kita dah lama tahan air mata dari keluar? Dia tak nampak yang kita dah lama pura-pura gelak?

Selain stay strong, be positive adalah antara kata-kata motivasi klise. Ingat positif ni boleh kutip tepi jalan keww huhuhu. Tak semua orang boleh dapat caj positif tetiba macam tu. Benda ni kena develop. So, marilah kita kumpul molekul positif tu sesama okay? :)



***************************

Dalam hidup ni, tiada siapa suka jatuh. Tiada siapa suka berada di bawah sepanjang masa. Nampak lopak pun kita elak, lemas di laut mestilah kita taknak. Tapi kadang-kadang sedar atau tidak, bergelumang dengan ombak, tak perasan kapal dah rosak. Kapal tenggelam dan kita jatuh ke laut dalam. Ditelan gelap, semua nampak hitam.


Dasar laut tekanannya tinggi. Itulah ibaratnya tekanan yang kita hadapi. Kesilapan ramai orang ialah membiarkan diri terlalu lama tenggelam. Terlupa berpaut untuk bertahan dan kembali ke permukaan. Terperangkap dalam kegelapan di dasar lautan. Menghampiri titik akhir kejatuhan. Terbayang kehancuran. Terbayang pengakhiran. .


Tapi hidup tidak berakhir di dasar lautan. Selagi jantung berdegup, selagi itu kita hidup.


Bila berada di dasar lautan, ada dua jalan penyeselaian.

Satu. Cari tempat berpaut untuk bertahan. Jangan cari ciptaan tapi cari Tuhan. Moga cahaya Dia dapat menerangi kegelapan dasar lautan. 

Dua, pilih antara tenggelam sia-sia atau tenggelam untuk membawa pulang mutiara.


When there is no struggle, there is no strength. 


*********************************


Tengah down ni, kita rasa kita dah sampai breaking point. Rasa kosong. Hollow. The only thing left is 'follow the flow'. But lemme tell you a good thing. 

This is not your breaking point yet. Yeay!! 

How do i know? 

Cause Allah does not burden a soul beyond its ability to bear. :)

So, what is this condition?  It is a situation where you need to find your hidden strength which can only be found when you travel downwards. And the thing that you found while travelling act as booster for you to move forward therefore you can improve yourself and be a better you in the future. :) 
-Yes, i made this up to comfort you but it works rite? *please say yes*


Poin utama adalah .... nak tenggelam boleh. Sampai dasar laut lapisan ketujuh puluh pun takdehal kalau mampu. Tapi menyelam jangan selamanya. Menyelam sekejap cari mutiara takpe :) 




No grit, no pearl. Korang tahukan mutiara terbentuk hasil tindakbalas tiram apabila pasir termasuk dalam diorang? Bila pasir masuk dalam tiram, tiram akan rasa sakit so dia akan keluarkan bahan untuk meliputi pasir tu. Proses ni berterusan selama bertahun dan terhasilnya mutiara. Boleh google kalau nak tahu backhidden story sebiji mutiara yang cantik 


Too much words and metaphor i think i shud stop.


I hope you get at least one small tiny particle of positive molecules from this not-so-interesting entry. Together lets move forwards. Okay, mungkin sekarang tak cukup kekuatan lagi. But promise me in 24 hours after you read this, you already moving forward and one tiny step is count!


See you! (with your pearl of course)  ^_^



Till then :)







Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.