Bro's (Two)




Assalamualaikum.


Cuti CNY minggu lepas. Balik rumah semua ada. Bestnyeee. Berapa kali je setahun semua orang ada kat rumah. Cuti adalah bonding time yang tak ternilai. Hihi.


Balik rumah borak-borak dengan le brothers di samping mengenakan depa dan membuat lawak-lawak yang annoying sebagai contoh; 


1


Cik:  "Kakak, tahu tak ada orang kata cik abang sebab cik lagi tinggi daripada ngah"


Ngah: "Haah kak, masa kiteorang pergi kem tiga orang dulu ( waku cuti sekolah) ada orang kata ngah tingkatan 3, cik tingkatan 4"


Adik: "Adik pulak orang kata darjah 6"


Kakak: "Yeke? Memang cik tinggi sikit daripada ngah. Ala, kakak pun pernah. Haritu masa kakak pergi pasar ada orang tanya kakak tingkatan berapa"


Adik: "Ala, dia tak pakai spek tu"


Semua ketawa.


Kakak: (Tak nak kalah) "Mungkin jugak,, tapikan kalau dia pakai spek mesti dia tanya kakak darjah berapa"


Semua gelak kecuali yang bongsu. 


Baru je nak explain kat budik (budak adik), dengar suara umi:


Umi: "Masuk la empat beradik. Kenapa berborak luar rumah."



Sebenarnya kiteorang kat rumah orang lain jalan-jalan, tapi saja duduk luar nak ambil angin lepas makan. Ambil angin hokay, bukan buang. 








2 (Esoknya)


Kakak: "Adik, semalam faham tak kakak cakap apa?"


Adik: "Yang mana?"


Kakak: "Yang kakak cakap, kalau orang yang jual tu pakai spek mesti dia tanya kakak darjah berapa"


Adik: "Tak faham. Sori la kak. Tak sampai. Haha"


Kakak: (Macam biasa tak nak kalah) "Tak sampai sebab apa? Sebab tak cukup tinggi. Hihi. Ok Gurauuuu"


(Adik yang lain semua dah lagi tinggi dari kakak depa kecuali budik. Tak lama lagi kakak dia jadi paling rendah)


Cik : "La, ingat semalam dah faham"


Kakak: (Semangat cerita semula) " Sambung yang semalam. Cuba bayangkan, kalau dia pakai spek, mestila dia nampak kakak lagi muda lepastu mestila dia tanya kakak darjah berapa instead of tingkatan berapa. Hahahaha."


Adik: (Muka tak layan)


Ngah: "Kak, nak tahu tak ,, ramai orang kata muka kiteorang tak sama. Masa kiteorang pergi kem sesama dulu pun orang tak cam kiteorang adik-beradik padahal masa tu semua cadar dengan selimut corak sama. "


Kakak: Memanglah, masa kakak pergi sekolah jadi fasi masa cuti sem dulu pun semua tak percaya kita adik beradik. 


(4 generasi di sekolah yang sama. Semua merasa duduk asrama.)









Ngah: "Lain sangat ke muka kita?"


Kakak: "Lain la kot, Tapi okay la macam tu jugak sebab kalau muka sama tak cantik la kakak" 


Ngah: (Keluar bilik) "Ya Allah..baik pergi sembahyang"


Cik: (Ketawa guling-guling)


Adik: (Tengah main game) "Apa ni? Kakak cakap apa tadi? Cik, apa tadi tu?"


Kakak: (Keluar bilik jugak) "Haha. Rileks la. Gurau je."


Cik: (Sambil usaha nak berhenti ketawa.) "Macam ni.. tadi kakak cakap.........."



5 minit kemudian, 



Kakak: (Masuk bilik ambil barang)


Adik: (Tengah ketawa) "Haha.. Perasaaan. Perasannyaaaaa. Hahahhaha" 


Ohh.. Rupanya dia baru faham =.=







Adik: "Ngah, tolong tuang air sikit."


Ngah: (Tuang air. Tahan senyum). "Tapi ni air teh o ais"


Cik: (Ketawa.)


Adik: "Kenapa?"


Cik: "Tu bukan air sikit. Tu kan air teh o ais"


Adik: (Muka malas nak layan)


Take note ye adik-adik. Hihi



Memang habit agaknya update hari terakhir setiap bulan. Hihi.



Beeeboo. :)



Baca Bro's Part 1. [LINK]

Baca kisah CNY tahun lepas [LINK]