Bee Zee



Assalamualaikum.



Satu


"Kakak, susah tak belajar doktor gigi?"

"Susah. Tapi kita kenalah belajar elok-elok, Barulah jadi tak susah."

"Kalau cikgu marah?"

"Kita kena sabar" Perit tekak.

"Kalau tak dapat A?"

"Kita kena usaha. Jangan putus asa." White lies?


"Kakak memang suka jadi doktor gigi ke?"

Terkedu. Diam.

"Suka" Senyum pahit. More white lies?


"Nanti Eeyol besar pun Eeyol nak jadi doktor. Tapi bukan doktor gigi. Doktor pakar."

"Doktor pakar apa?"

"Doktor pakar tulang."

"Kenapa doktor pakar tulang?"

"Sebab Eeyol suka".

Source


Dua


"Dah solat belum?"

"Kejap"

"Dah nak habis waktu ni"

"Kejap lagi pergi. Sempat."


################


"Dhuha jom."

"Kejap. Banyak kerja."

"Sambung nanti?"

"Nanti tak sempat"


################

"Kahfi dah habis?"

"Belum."

"Bila nak sambung?"

"Tunggu siap esaimen."

"Tadi dah baca sampai mana?"

"Tak mula pun lagi"

Source


Tiga


"Kenapa pilih nak jadi doktor?"

"Sebab nanti bila kerja dapat tolong orang?"

"Kalau tak sempat macam mana?"

"Tak sempat? Apa maksudnya?"

"Kalau mati dulu sebelum kerja. Dapat apa?"



***************************************************

Satu


Borak dengan budak-budak pun macam satu peringatan untuk diri sendiri. Budak-budak. Bersih. Jujur. Telus. Ketelusan dan kejujuran yang meninggalkan satu persoalan. Berfikir mencari sebab yang sebenarnya. Kenapa?


Kenapa belajar? 
Kenapa ambil subjek ni? 
Kenapa ambil bidang ni?
Kenapa selalu aku yang susah?
Kanapa.................................................?


Tipu kalau kata tak pernah rasa nak give up. Tipu kalau kata tak pernah rasa down. Tipu kalau kata senang. Tipu kalau kata tak pernah persoalkan kenapa ambik course ni dulu. Perasaan yang sentiasa datang bertandang. Berulang. Pergi dan datang. Tapi,, ada banyak benda yang kuatkan diri untuk bertahan. Lagipun, bukan ke ujian tu untuk orang yang mampu? :) Ujian tu tanda Allah sayang. Nak bagi kuat. Nak bagi peringatan.

Dan, cakap memang senang.



Dua

Sibuk. Jadual penuh. Weekend pun tak kosong. Tambah pulak, sem ni belajar buat gigi palsu. Lab sebahagian dari hidup. Perkataan redo dan redha menjadi trending. Homesick makin menjadi-jadi. Hati pun jadi makin tisu.



So,, kau jadikan sibuk tu sebagai alasan nak lupa Tuhan?
Lupa ke Dia yang bagi nikmat,, kekayaan, kesihatan,, kejayaan.
Nak berjaya tapi sahutan kejayaan 5 kali sehari kau biarkan.

Mana kau letak Al Quran?
Dibaca atau hanya dijadikan hiasan?

Source


Susah atau senang. Muhun jangan tinggal Tuhan. Jangan tinggal manual kehidupan. Buat suruhan. Tinggal larangan. 



Tiga


"Kalau mati dulu macam mana?"


Belajar ni lama. Banyak benda yang kita boleh buat sebenarnya. Bukan sekadar menjadi robot pergi balik kelas-exam-study-stay up-games-movie.


Isi masa.
Guna tenaga muda.
Kesihatan guna sebaiknya.
Suruhan Allah jangan lupa.

Minta semua  pada Allah,
Jangan tunggu susah baru cari sejadah.
Allah tak pernah pilih waktu untuk mendengar rintihan hamba-Nya,
Tapi manusia selalu memilih waktu untuk berdoa pada pencipta mereka.


Tipkal manusia.
Takkan merasa nikmatnya sihat sehinggalah dia sakit.
Takkan merasa bahagianya waktu lapang sehingga dia sibuk.
Takkan merasa kepentingan untuk bangun sehinggalah dia jatuh.


Lari dari tipikal yang hakikat,
Jadi hamba yang taat.


Survive. Endure. Till the end.


Rabbi Yassir wa la' tuassir. Rabbi tamim bil khair.

Sorry, i forgot the source.


Yeah,,
Exam is just around the corner,

So does death.


Mati itu bukan rahsia, yang rahsia adalah bila. 


Till then :)