Hard way

Assalamualaikum. :)

Hai. Hope everyone is doing well. Just started sem 2.2. Baru dua hari sebenarnya tapi rasa macam duploh hari. Hmm


************

Aku tak tahu orang lain tapi aku rasa aku ni jenis belajar yang 'hard way'. Selalu juga aku persoalkan kenapa orang lain macam senang je, kenapa waktu aku segala benda nak jadi.


Contoh paling lama aku simpan. Class II restoration. (tampalan gigi)


Gambar contoh. Tampalan tu nama amalgam. Bila lokasi tampalan tu berada antara gigi, dia dipanggil tampalan Class II.  Kes kita lebih kurang macam ni, tapi gigi geraham dan kaviti dia besar sikit. Kaviti tu lubang dekat gigi.



Pertama kali buat Class II restoration dekat patient - redo cracked amalgam. Macam biasa, buang tampalan yang lama, bersihkan karies dan tadaaaaa, kaviti besar amat. Semakin besar kaviti, semakin adrenaline tinggi. Tiba-tiba bleeding. Double adrenaline rush. "Weh aku dah perforate pulp ke?" Serius gelabah. Ambil cotton pellet. Tekan dalam kaviti. Panggil doktor.


"Doktor, saya rasa saya terperforatekan pulp." Muka bersalah.

"Meh saya tengok."


Diam.


"Saya rasa ni gingiva bleeding je. Awak arrest dulu bleeding."


Maka, berusahalah hentikan pendarahan menggunakan local measure. Pressure. Tekan cotton pellet. Tukar. Tekan lagi. Tukar.


"Doktor,.. kenapa darah tak berhenti lagi?"


Klinik aircond, tapi panas. Peluh tak payah cakap.


"Okay takpe. Cuba guna ferric sulphate pula. Dah berhenti nanti terus packed amalgam".


Ulang lagi benda yang sama. Tekan cotton pellet. Cuma kali ni dip dalam ferric sulphate.


Alhamdulillah. Darah berhenti. Apply matrix band. Packed amalgam. Bunyi macam happy ending kan tapi tak.


Bleeding. Again.


"Make sure amalgam takde darah. Packed sampai siap, Takpe, saya tunggu." - doktor


Dipendekkan, cerita, siap packed amalgam. Tapi still, ni bukan ending. Amlagam dislodged masa buka matrix band of course sebab tak packed betul-betul - kerja nak cepat je dan gelabah takut bleeding.

Dan senang kata redo. After all the hard work. Redo.

Masa tu terharu doktor tunggu. Lagi terharu patient pula yang kesian kat kita. T.T


********************

Another case. Class II. Sama. Kaviti besar. Jarang dapat kaviti comel-comel sehari boleh buat tiga empat tampalan.

Belajar dari tampalan lepas. No bleeding. Packed amalgam padat-padat. Carved cantik - cantik. Buka matrix band elok-elok. and yeay! Siap. Doktor datang suruh cek high bite. Dengan eksaitednya terus suruh patient cuba gigit nak tengok tinggi ke tak tampalan.

Satu saat.
Dua saat


"Okay, puan buka mulut saya nak tengok."


Dan apa yang nampak lepas tu adalah cracked line dekat bahagian amalgam  yang tinggi.


"Doctor, amalgam fractured when i asked patient to bite to check the occlusion"


Doktor gelak. Serius dia ketawa.


"It's okay. This happens. That's why you need to check first after you finished. It's okay, this is a part of learning, but still you need to redo."


Masa tu tak sedih. Doktor sangat baik comfortkan kita. Tapi rasa bersalah. Bersalah dengan patient. Pandang patient. Senyum. Doa dalam hati. Explain.


Lepas tu memag ingat benda ni sampai bila-bila

***************
Living proof of Murphy's Law?? . Hahaha.

Kenapa aku nervous masa gingiva bleeding sebab waktu aku assist partner, aku tengok orang, tak pernah aku nampak ada bleeding masa buat tampalan melainkan kalau pulp perforate. Flow diorang memang buku teks, caries free, cavity prep, restore, check high bite and discharge. So benda tu tak pernah pun aku expect terjadi. Padahal logik la kan. Memang salah sendiri. 

Kalau jadi apa-apa dalam klinik, confirm lepastu down ada awan mendung mengiringi atas kepala. Rasa macam tak competence. Rasa maca loser. Lepastu mula la nak persoalkan, kenapa time aku je semua benda pelik nak jadi? Dah la benda tu benda simple je. Benda simple yang jadi complicated. Benda yang tak patut jadi tapi jadi. So obviusly memangla salah sendiri.


******************************



Belek-belek jumpa ayat ni. Ayat ni tak pernah tak dalam. Tak pernah tak basah. Tak pernah tak mengingatkan.



Lega,
Bila rasa Allah yakin dengan kita.
Saat diri sendiri hilang percaya.


***********************

Lepas tu, setiap benda yang jadi , cuba pandang dengan sisi baru. Mungkin ada yang kata. "Eleh nak sedapkan hati sendiri la tu."


Well, tak kena tak tahu, Kasut nak? Eh jangan la lari... Kita nak bagi kasut nak suruh awak try duduk kat tempat kita ni. Tengok rasa apa.


Kalau ternampak atau tahu ada orang lain yang kena belajar "hard way" ni, hati mesti terdetik, untung dia dapat belajar lebih. Untung dia Allah sayang lebih :')


Belajar cari pelangi dalam setiap titisan air yang terkena panasnya mentari.


****************************

Maybe i'm not competent (yet) but i'm capable to go through this. 
*Senyum*



Till then.
Doakan budak sedang belajar.