Sekilas


Assalamualaikum.


#pandangbelakang


********************************************


Satu

"Dr, partner saya nak restore 36. ICDAS code IV occlusal. Dr nak tengok dulu ke?"

Mulakan klinik pagi tu dengan semangat berkobar-kobar. Tapi.........

"Lepas ni nak buat apa lagi?"


Kepala terus fikir patient ni patient mana dan apa lagi treatment plan dia. Patient partner tak semua kita boleh ingat.

"Emmm..." Gagap. "Fissure sealant rasanya."

"Mana operator awak? Dah sem berapa dah ni takkan tak faham lagi. Operator datang la dulu present apa nak buat. Kita kalau boleh nak trust you all. Nak youu datang bincang kes bukan you buat apa yang kitaorang suruh. Tapi kalau macam ni susah la."

"Saya tak faham la you all ni. Dah besar pun tak boleh fikir ke? Benda ni patut you boleh fikir sendiri. Datang, present kat kami, pt nama apa, umur berapa. Kitaorang maybe tak boleh ingat patient korang nama apa. Berapa ramai pt kami tengok. Tapi kau tu, tu patient kau. Ke kau memang tak kisah nama dia apa yang kau tahu nak tengok gigi dia je?"

Diam. Terpukul hati. Pukul motivasi.


Kadang-kadang lupa. Patient ada nama. Bukan sekadar diagnosis sahaja. Kita berbincang tentang sakit yang manusia ada. Bukan kes semata-semata.



*****************************

Dua. 


Charting. Second last tooth.

"Ulang semula ICDAS 46"

"ICDAS II?"

"Apa defintion ICDAS II?"

Mulut pun laju 'baca' definition ICDAS 2.

"Ni lah you all. Menghafal je kerjanya. So yang ni ICDAS berapa?"

"Tiga. Sebab ada cavitation."

"Ni you tahu ke you teka?"

Diam.

"I nak u charting semula. Make sure kali ni takde silap"

Charting semula. Dan present. Okay. Smooth, tapi tak habis sampai situ.

"You ni ICDAS pun salah. Cuba bayang kalau nanti you misdiagnosed something yang serius. You bayangkan pula keadaan patient you. You tak kesian ke kat patient datang kat you alih-alih you buat silly mistake macam ni. Tak rasa berdosa?"

Tak rasa berdosa?

*Nangis*

Ilmu itu datang dengan tanggungjawab.



*******************************************************


Dalam klinik, hari-hari belajar. Tak salah sendiri, belajar dari salah orang. Yang penting belajar dan terus belajar. 

Kena ingat selalu, yang kita jumpa pesakit, manusia,, bukan kes semata-mata.

Dan banyakkkkk lagi benda yang jadi yang perlu diambil pengajaran dan muhasabah diri. Mungkin akan datang tulis lagi. Mungkin.

***********************************

Doa.
Moga terus kuat.
Semua ilmu disemat,
Ikhlas dalam setiap apa yang dibuat.


Till then 




Stitches


Assalamualaikum.


Hai! :) Februari dah nak habis. Dua bulan ni apa yang dah progress? Hmm *fikir*


Alhamdulillah dah sem baru. Yeay! Entri kali ni kita flashback sikit. (ataupun lebih dikenali cerita basi, ehem)


Sem lepas ada subjek elektif. Sebelum masuk sem, lecturer bagi briefing dulu tentang subjek elektif ni. Subjek ni wajib diambil masa sem 1 tahun empat. Untuk subjek elektif, kami kena pilih satu aktiviti yang tak pernah dilakukan atau pilih aktiviti yang kita nak belajar untuk dilakukan semasa cuti semester. Setiap progress aktiviti kena ambil gambar, dan kena sediakan satu report tentang aktiviti yang kita pilih tu. Tapi, aktiviti yang dipilih mestilah tiada kaitan dengan pergigian. Dan ini lah yang best! 


Bila naik cuti sem, kita kena tunjuk progress yang kita dah buat dan sediakan report. Nak sediakan report tu kena consult lecturer. Nak consult lecturer ni tiada masa yang spesifik pun , kena cari masa. Yang penting, consultation yang wajib tiga kali dan sesi consultation tu ada markahnya.


Macam-macam aktiviti yang dipilih. Ramai yang pilih menjahit dan memasak. Ada juga yang pilih nak belajar gitar, belajar kereta, dan bela ayam. Me? i pilih cross stitch :)



Ni cerita lilo and STITCH. 


So, apa cross stitch ni sebenarnya? Cross stitch ni adalah silang pangkah. Kita akan guna jahitan silang pangkah menggunakan pelbagai jenis warna benang untuk membentuk satu gambar atau pemandangan. Cross stitch ni ada jarum, benang dan fabrik dia sendiri.


Kenapa pilih cross stitch? Satu, mestilah sebab tak pernah buat cross stitch. Ni syarat utama nak pilih aktiviti. Hihi. Dua, masa kecil dulu selalu tengok umi buat cross stitch tapi sebab masa tu kecil lagi, just tengok je, tak pernah cuba buat. Lagipun, umi pernah cakap cross stitch ni hobi dia. So kita pun teringin nak cuba apa yang umi suka and of course, umi boleh jadi instructor kita yeay!




Masa tu ada juga terfikir nak belajar menjahit baju kurung sebab masa tu iolss tak pandai jahit baju kurung tapi bila fikir balik macam cross stitch lagi senang boleh duduk lepak depan tv sambil buat. Kalau pilih menjahit, kena cari tempat belajar, kena bayar and kena keluar rumahh. T.T Me is so lazy. Hiks.


Barang-barang cross stitch ni beli online. Ada jugak cari kat kedai tapi sekarang ni dah tak banyak kedai yang jual. Kalau ada pun, design tak menarik.


Ni design kita pilih. :)

Dua design ni nampak macam senang untuk amatur, menarik dan kena dengan jiwa. Tema: makanan dan kebebasan. Makanan adalah keutamaaan. Food lover here!


Design satu: Cupcake. I loveee cupcake sebab tu i pilih design ni.  For me, cupcake ni menggambarkan frasa "less is more". Frasa ni adalah satu frasa yang sangat bagus yang mana ia menggambarkan tentang kesederhanaan tetapi cukup. Macam cupcake, satu gigitan je, kita boleh rasa manis, fluffy, sedap, lemak dan berkrim. Kita tak perlukan sebiji kek nak rasa semua tu. Satu cupcake dah cukup.



Instrument and material. Hee. Yang atas kanan tu design. Dalam tu ada colour code dan jenis-jenis jahitan. Yang kiri tu printed fabrik. Kita jahit atas fabrik ni la. Bawah printed fabrik pun ada code colour jugak.





Gambar yang kiri sekali tu sebelum jahit. Dia dah siap printed ikut colour coding. So, kita just tinggal jahit ikut warna yang sebenar berdasarkan code colour pada design. Gambar atas dan bawah ni adalah progress jahitan sampai siap.

Yang kanan sekali yang dah siap!

Kalau tengok yang dah siap tu, dia tetap macam tak siap sepenuhnya sebab still ada garisan dan colour code dekat bawah. So, cara nak hilangkan dia, kita kena basuh tapi basuh guna soft detergent sahaja. Belakang fabrik kita kena iron sikit bagi benang tu kemas dan jahitan kita takdela terbuka nanti.


Urutan gambar mengikut arah jam.

Kiri: Sebelum jahit
Tengah: Dah siap jahit
Kanan: Dah siap basuh


Deign kedua belon panas ni makin mencabar nak jahit, Makin malas pun ye jugak. Hmmm. Design kedua ni dipilih sebab memang dah lama teringin nak naik belon udara panas. Selain tu, belon udara panas ni menggambarkan kebebasan dan adventure. Naik belon udara panas ni, kita takkan tahu dekat mana kita mendarat, tapi kita boleh kawal ketinggian dan kelajuan dia. Dan ini boleh dikaitkan dengan frasa "follow the flow", cuma dalam kes ni, kita boleh tentukan flow tu. :)


Kenapa pilih dua design? Sebab, lain design lain cabaran dia. So, sebagai orang yang baru nak belajar, kenala variasikan sikit cabaran tu kan?


Progress. :)

Masa mula-mula buat cross stitch ni memang excited. Tapi lama-lama, dia memang menguji kesabaran lepas tu rasa macam "Eee. bila nak siap ni".  Memang tabik spring la dekat peniaga yang jadikan cross stitch salah satu mata pencarian. Nak buat cross stitch ni memang perlukan patience and passion. Gittueww. Kalau tak berhabuk tepi dinding jelah cerita dia.  


Kepada sesiapa yang nak merasai satu pengalaman yang baru, silakan mencuba cross stitch. Insya Allah, tak menyesal. Yang penting, design pertama tu kena siapkan dan framekan cantik-cantik. Lepas tu, decide sama ada nak buat cross stitch lagi tak pada masa akan datang. Kalau taknak buat dah, at least ada dah satu hasil cross stitch untuk tatapan anak cucu kemudian hari. Hihi.






Dalam hidup ni, kadang-kadang kita tak sedar kita dah terlampau selesa buat perkara yang sama. Sekali-sekala kenala juga keluar dan cuba sesuatu yang baru. Mana tahu, boleh jumpa hobi baru atau discover bakat yang baru. By the way, kita dah belajar jahit baju kurung masa cuti sebelum masuk sem dua. Yeay! Satu wishlist dah boleh potong.



Korang pun jangan lupa cuba buat sesuatu yang baru! :)




I may know how to stitch,
But the cut you left behind,
Leave a scar, 
Forever.

Time won't heal,
My heart? i'll seal,
It is not a deal,
It is  just what i feel.