Lub Dub #1





Assalamualaikum.



Dari diari curi



"Kau tahu tak?"


"Apa?"


"Sebenarnya, hati tu jantung."


"Huh?" angkat kening.


"Hati tu jantung."





"Okay, hati tu jantung tapi kenapa tetiba cakap pasal hati?"


"Tetiba teringat.. sebab tadikan kita ustaz ada sebut pasal hadis pasal segumpal darah tu. Sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal darah. jika segumpal darah tersebut baik maka akan baik pulalah seluruh tubuhnya, adapun jika segumpal darah tersebut rosak maka akan rosak pulalah seluruh tubuhnya, ketahuilah segumpal darah tersebut adalah hati."



"Oh. haah. Aku ingat ustaz sebut tadi. So kau nak cakap yang sebenarnya yang lebih tepat adalah jantung? Hati yang dimaksudkan tu jantung? Heart?"



"Yup. Tu la maksud aku. Sebenarnya dalam hadis tu dia maksudkan jantung. Sebab kalau terjemahan inggeris dia guna perkataan heart, bukan liver. There lies within the body a piece of flesh. If it is sound, the whole body is sound; and if it is corrupted, the whole body is corrupted. Verily this piece is the heart. Kalau dalam arab, dia guna Qalb, maksudnya jantung."



"Okay.. aku dapat point kau setakat ni. Segumpal darah tu adalah jantung. Hmm.. menarik. Secara saintifik, jantung memang penting. Tak de jantung, tak hidup lah kita."



"Betul tu. Jantung secara fizikalnya memang penting dalam hidup kita. Mengepam darah. Kau tahu, sehari jantung berdegup lebih 100 000 kali. Dia akan pam lebih 100 gelen setiap satu jam. 1 gelen sama dengan 4.55 liter. Kalau 100 gelen? Kau kira la sendiri. Tu baru satu jam. Kalau 24 jam? Cuba bayangkan manusia nak angkat 100 gelen air. Kau rasa mampu tak? Padahal, kalau ikutkan densiti air lebih rendah dari darah."




"Haah betul la. Tak pernah perasan pula benda ni. Jap aku nak tambah. Aku pernah baca yang nak transport darah ke seluruh badan dan semua organ ni lebih 60 000 batu perjalanan yang mana nilai ni dua kali ganda ukur lilit bumi. Perghh.. rasa mind blowing kejap"




"Kann. Dan jangan lupa jugak, jantung tak berhenti buat kerja sampai tiba masa. Hebat kan jantung kita Allah cipta?"



Jeda. 


Mengakui kebesaran Nya.



"Nak tahu tak, sebenarnya...."


"Apa?"..


Azan. Dari masjid berdekatan.


"Emm. dah azan. Nantila sambung. Jom, jumpa pencipta jantung dulu."


"Jom"







Rujukan: Buku Purification of the heart yang masih belum habis dibaca :D 






Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.