Magic Eye - Focus!

Assalamualaikum :)



Hai! *cuba cari mana post oktober & november ehem* 😸


Credit already there.



Few days until 2018. So, how's your life so far in 2017? I hope it is filled with love, joy, happiness and blessings. Mine? Probably the worst year of my life. If not, it is still a bad one. Later details on that maybe in next posts. (Hahaha. Kidding, i don't think i'll be writing on that for now.)


So, pernah dengar pasal magic eye picture? No?

MEP Gambar 1.Ni lah dia,  now korang dah pernah tengok magic eye picture. 


Sebenarnya magic eye picture (MEP - shortform i sendiri) ni adalah gambar yang membolehkan kita melihat imej 3D dari corak atau pattern 2D dari sudut tertentu. Cool kan? Kalau dah dapat nampak imej tu lagi double cool. (Dan seseorang masih excited setelah 3 jam berlalu selepas dia berjaya nampak gambar 3D yang pertama)  😆😆


MEP ni adalah gambar pattern yang berulang tetapi setiap pengulangan tu  berbeza and akhirnya menghasilkan satu imej yang timbul sebab pengulangan pattern memberi efek kedalaman yang berbeza. Senang kata, benda ni based on depth perception dari apa yang mata kita lihat dan seterusnya diproses oleh otak. Untuk melihat objek 3D, penglihatan dari kedua-dua mata kita kena match (binocular vision) supaya otak kita dapat proses imej tersebut. Nak tahu mata korang boleh nampak 3D ke tak, cuba main The Framing Game ni. 


MEP Gambar 2. Okay, nampak apa?


Mula mula, gambar ni memang nampak macam takda makna, sekadar corak berulang. Macam mana nak nampak lebih jelas imej yang sebenarnya? Kita kena dekatkan muka kita dengan gambar, fokuskan pandangan kita pada satu titik fokus dan perlahan - perlahan jauhkan muka kita dari gambar. At one point, kita dah boleh nampak imej tu. Tapiiiii, imej tu akan hilang apabila mata kita beralih dari titik fokus yang kita pilih tadi. So kena fokus betul-betul okay.



*******************************************

“Barangsiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuannya, maka Allah akan memberikan kekayaan kepada hatinya, memudahkan urusannya dan dunia (yang hina ini) akan datang kepadanya (dengan sendirinya), dan barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai tujuannya, maka Allah akan memberikan (rasa) fakir kepadanya, mempersulit urusannya dan dunia tidak akan mendatanginya kecuali apa yang sudah ditetapkan baginya." (HR At-Tarmidzi)


Fokus.
Hidup kena ada fokus.
Supaya ada matlamat hidup.


Tetapi,
Bila kita salah pilih fokus kita,
Kita mengejar benda yang tak sepatutnya,
Salah fokus - bila gagal kita takkan dapat apa.
Hanya sia-sia.
Kalau dapat, itu bukan yang sepatutnya.
(Kalau salah fokus dalam magic eye picture, sampai sudah nampak corak takda makna.)


Fokus hidup,
Pada DIA.
Sebab dia pegang semua,
Kita fokus satu benda yang betul - yang lain akan automatik berada di tempatnya.
Dan kita dapat apa yang kita nak jumpa. 
(Dapatlah nampak imej 3D akhirnya. )


MEP Gambar 3. I janji ni gambar last. Heeee


********************************



Kalau nak baca lebih pasal magic eye picture boleh google atau lawat sini. Nak tengok gambar 3D dan jawapan gambar kat atas, boleh tengok gambar yang ada kat sini. Gambar magic eye picture credit to : Magic Eye © 1995 


Entri ini terinspirasi dari buku Yasmin Mogahed, Reclaim Your Heart.

Till then.




Metanoia




“Weh, kau dah berubah.”


Aku rasa hidup tu adalah satu perjalanan menempuh perubahan. Dalam kehidupan pun, kita ada beberapa fasa – bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Fasa kehidupan tersebut  berubah apabila sampai waktunya. Cara kita berfikir, cara kita membawa diri, perspektif dan pandangan kita terhadap sesuatu takkan kekal sama selamanya. Dulu rumah teres, sekarang rumah banglo. Dulu makan gaji, sekarang bisnes sendiri.

Kehidupan kita berubah sentiasa.
Hidup sentiasa merubah kita.
Nampak sama tetapi berbeza.
Hidup dan berubah itu sinonim - itu yang aku nak kata.

“Pengalaman mengajar kita. “


Aku rasa berubah itu perkara biasa. Bila hidup banyak dugaan dan cabaran, kau jatuh berkecai walau luaran masih sempurna. Walau kau cuba sorokkan tangisan dalam senyuman, retak dalam tak mungkin mampu disebunyikan. Bila kau cuba untuk bangkit semula, kau kutip kembali diri serpihan diri yang berkecai, cuba disambung setiap kepingan tapi mana mungkin susunannya sama seperti asal. Umpama cermin jatuh  ke lantai, disambung semula retaknya masih ada. Seperti kertas yang digumpal, mana mungkin hilang kedutnya.  Parut dan retak itu tanda kita pernah terjatuh dan terluka. Tanda kenangan yang ditinggalkan setelah kita bangkit semula. Bukti apa yang tidak membunuh itu menguatkan kita. Namun, tak semua faham retak dan parut itu mengubah kita.





Pedulikan apa mereka kata. Asal kau tahu kau berubah kepada yang lebih baik dari sebelumnya. Kasut manusia tak sama. Jalan hidup setiap orang itu berbeza.  Hanya orang menempuh yang faham derita. Yang jadi spectator itu tak dikira. Lagipun, bila kita tahu Allah ada, jalan yang berliku itu jadi berbunga.





Dan apa pun perubahan yang kita lakukan, pilihlah bahagia. Tetapi, pastikan bahagia itu bukan berdasarkan neraca manusia. Tapi Dia.



Muhun tembak doa. Semoga yang terbaik milik kita.




Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.