Warm Up

Assalamualaikum.


Hi! Kalau tak last minute, tak sah. (Hujung bulan baru nak update.) Sejenis procrastinator tegar hampir dalam semua aspek kehidupan. Kekadang rasa macam nak tulis semua benda tapi tak tertulis pun. Kekadang langsung takde apa nak tulis macam sekarangggggggggg.




Since ini adalah entri pertama tahun baru, let's do some recap. Tapi recap life adalah sangat klise, dan life i pun sangat membosankan maka i decide untuk tulis tentang buku buku yang dah dibaca sepanjang tahun 2017. (Tak, i tak tulis review sebab i tak reti. More to sembang pasal buku je entri ni)  Untuk 2017, i target untuk baca sebuah buku sebulan so jumlahnya 12 buku sahaja setahun. Dan i berjaya baca 16 buku. Yeay! (Tengah nak tulis baru teringat yang i takde gambar buku-buku, dan nak ambik gambar sekarang pun tak boleh.) (Entri pertama pun dah tunggang terbalik, imagine la hidup i sekarang :') )


My books. Banyak lagi belum baca zzzzzz



5 tahun 5 bulan

I mulakan 2017 dengan baca buku hlovate sebab masa tu nak cari mood membaca semula. For me, kalau hilang mood membaca, nak cari balik mood tu i akan baca semula buku favourite dan buku-buku hlovate adalah antara buku favourite i. Semua orang tahu hlovate ada gaya penulisan tersendiri. Buku ni juga buku pertama hlovate yang i baca dan taktahu dah berapa kali khatam dahh.



Tunas.

Juga buku Hlovate. Suka friendship Addin and the gang dalam tunas dan suka Mags Seven (sekumpulan budak genius dan lejen) especially bila baca balik part diorang orientasi. (Task orientasi diorang termasuk jernihkan balik air nila and they did it!)  Dalam novel, Addin ni banyak buat jenayah dan salah satunya adalah blackoutkan kelas sebab nak siapkan report dekat library sebab masa tu bukan turn kelas diorang guna library. So, dia tukar starter lampu kelas dengan starter rosak. Lepastu ada la orang tu terpengaruh nak tiru jenayah Addin.


Banyak jugak jenayah i buat time sekolah dulu even masa tu head girl la kononya. Dulu masa akhir tahun tingkatan 4 pelajar perempuan kena prep dekat dewan makan, tapi i tak suka sebab luas sangat dan ramai orang. So i plan nak blackoutkan dewan makan (mengarut kan?) tapi tak berjaya sebab lampu dalam dewan makan banyak - jenuh nak cari starter rosak. I tukar plan nak sabotaj kotak suis tapi kotak suis tu dekat tempat masak. Plan dibatalkan but still, i kan sejenis rebel. Apa yang i buat,  bila waktu prep malam, i bersiap macam nak prgi prep tapi study dekat balai study dalam kawasan aspuri.


Satu hari tu, GPK HEM datang buat spotcheck dan bila dia nampak asrama cerah, dia terus jerit dari jauh. Suara dia macam unik sikit so memang tak payah pandang dah tahu siapa. Masa tu i tak fikir panjang, i terus lari keluar ikut pintu belakang aspuri, lalu belakang dewan makan, masuk asrama lelaki sikit, suruh orang dalam buka pintu dewan makan bahagian aspura dan i terus cari tempat kosong. Imagine semua ni  berlaku kurang dari 2 minit. Imagine the adrenaline level. Nak tercabut jantung. Masa lari belakang dewan makan nasib baik tak terserempak hantu ke apa.


Bila dia masuk dewan makan dia terus tanya, "missha mana missha?" masa tu i pun angkat tangan.  i dah redha dah nak kena marah sebab maybe dia nampak i lari. Rupanya, dia panggil sebab nak pesan make sure jangan ada orang dalam asrama and dia bebel pasal disiplin prep malam. Serious time i rasa lega gila tapi at the same time rasa berdosa haha. Nasib baik dia tak prgi cek buku kat balai study, terang- terang ada buku i kat situu . And nasib baik jugak prep malam kat dewan makan tu berkuatkuasa  sekejap je lepastu tukar pergi kelas semula sebab i tak pernah study masa prep kat dewan makan. Selalunya i baca novel & main uno.  Masya Allah sangat perangai .



My Hlovate's books collection. Tapi sekarang Aa + Bb dah hilang tak tahu siapa ambil. :(



When breath becomes air.

Sebuah buku yang ditulis oleh seorang neurosurgeon, Dr Paul Kalanithi bukan tentang pesakitnya tapi tentang diri dia sendiri yang menghidap kanser paru-paru. Kisah bagainama seorang doktor menjadi pesakit. Previously, he was the one  treating but after the diagnsis, he was the one being treated.  A memoir. A non- fiction book.  Tapi dia punya pengajaran tu semua boleh ambil. You get to look at life with new perspective. So siapa yang rasa nak mula baca non - fiction boleh mula dengan baca buku ni. Seriously, i tak pandai review. Tapi buku ni memang sangat inspiring.



Gambar googlee.



Disebabkan i tak pandai review, here are some reviews yang i cari supaya korang terjebak baca buku ni.


"A vital book about dying. Awe-inspiring and exquisite. Obligatory reading for the living." - Nigella Lawson
"This is a wonderful book, full of insights into challenges a doctor faces in helping people through terminal illness and then how he coped with his own mortality." - Mrs. C
"Deals with the subject of death which many people choose not to contemplate - but it's also a celebration of life. Well written and easy to read. Not sure enjoyable is the right word but an important book." - Midlands Boy
"The book is amazing, Paul takes the reader on a path through his life as a medical student, resident, neurosurgeon, neuroscientist and as a patient as he tries to uncover the truth about the meaning to life." - Shane


Dr Paul Kalanithi died at the age of 37 and left behind his wife, Dr Lucy Kalanithi, and their eight-month-old daughter, Cady.





Okay, rasa macam dah panjang. Lagi 13 buku kalau i rajin i sambung okay! (Sebenarnya i tak masak tengahari lagi, dah pukul berapa dah ni hahahaha)

Well, i hope it's not to late to wish Happy New Year and may you have a blast and blessed journey ahead.

Source
Till then :)



Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.