Assalamualaikum.
Dari diari curi:
"Aku rasa aku sangat-sangat loser"
"Kenapa?"
"Sebab aku bukan winner."
"Be serious please"
"Okay, serious mode on. .. Hm....aku rasa aku loser, sebab aku paling teruk antara semua"
"Meaning?"
"Result....."
Semua orang tahu result dah keluar seminggu yang lepas. Dan semua orang tahu hanya ada seorang yang yang gagal.
"Tapi, aku tengok kau tetap senyum."
"Heh, air mata boleh ubah result yang dah keluar? Tak boleh kan? Sebab tu aku tak nangis."
"Aku bukan nak cakap kau mesti nangis. Tapi, tengok dari gaya kau, nampak macam kau relax je. Macam benda ni tak bagi efek pun kat kau. Kau still senyum, gelak-gelak macam biasa. That's good."
Senyum sinis. " Aku buat macam biasa sebab aku tak nak orang nampak aku lemah. Tapi....."
"Then, continue to be strong."
"Dengar dulu apa aku nak cakap. Even aku gelak macam mana pun, even aku happy macam mana pun,, aku still tak boleh tipu yang sedih tu tetap ada kan. Perasaan down tu tetap ada. Cuba kau bayang, mesti semua orang nak tahu siapa satu-satunya student yang fail. And, macam mana aku nak pergi kelas? Nak hadap those yang dapat better result? Kau tau kan yang budak lain just dapat A sampai C je. Takde D. Dan tiba-tiba ada yang fail. Kau tahu kan?"
"Aku tahu. Ala, kau tak payah la fikir pasal orang."
" Ehem.my dear friend, kita ni hidup dengan orang. Walau macam mana pun, kita tetap akan terfikir"
Tarik nafas. "Kau yang aku kenal bukan macam ni. Dulu, walau problem sebesar Hagrid, walau sesusah melawan Voledemort, walau seram macam Dementor, and walau annoying macam Snape, kau tetap bangun semula even kau jatuh. Apa dah jadi dengan semangat kau? Mana kau yang dulu?"
"Sebab tu aku kata, aku sangat-sangt loser. Sebab aku tak pernah rasa loser macam ni sebelum ni . Dulu, kalau ada apa-apa yang jadi, lepas aku nangis, aku okey and aku boleh bangun balik lepas tu. Tapi sekarang, even nak nangis pun aku dah takde kekuatan. Perasaan dan minda aku kosong. Zero. "
"Kau ingat tak apa kau pernah cakap kat aku dulu? Kita jatuh, untuk bangun. Lagipun, ujian ni tanda Dia ingat kita."
"Aku ingat. Tanda Allah sayang pada hamba Dia adalah dengan memnberi ujian kepada Nya. Kalau Dia biarkan kita, itu yang bahaya. Ujian membuatkan kita jadi kuat. Aku tahu tu. Aku ingat semua tu. Hmmm.....Kau tahu kenapa aku cakap perasaan and minda aku kosong?"
Geleng. "Tak"
"Aku jadi kosong sebab dalam minda aku, ada dua benda, perkara positif yang aku tahu dan perkara-perkara negatif yang aku rasa. In order nak balance dua benda tu, aku jadi berkecamuk, bercelaru, pening, stress. Terlampau banyak benda yang timbul, and sampai satu tahap., bila positif bertemu negatif, it becomes zero. Sebab? neither positive thoughts nor negative thoughts yang menang. "
"Aint it good? Yelah, dari negative thoughts yang menang, baik takde siapa-siapa yang menang."
"Bagi aku, zero tu lagi bahaya. Kalau negative thoughts yang menang, positive masih ada dalam kepala kan? So, at least, positive thought boleh buat kebangkitan dan menuntut bela. Tapi, bila zero..kau langsung tak ada thoughts. "
"Okay..okay. Fine. Mungkin apa yang kau cakap tu boleh diterima. Bagi aku, bila minda dan fikiran dah zero, masa ni la benda lain yang akan selamatkan kau. Benda ni adalah something yang kau bina dalam diri kau sebelum ni."
"Benda apa?"
"Iman"
Diam. Hanya ada deru angin. Dan sungai yang mengalir deras. Beauty, when nature speaks.
**********************************************************
Kenapa Aku Sering Diuji ?
Firman Allah Surah Al-Ankabut : 2-3
Maksudnya : "Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan) ?Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta."
Kenapa aku tak dapat apa yang aku idamkan ?
Firman Allah surah : Al-Baqarah : 216
Maksudnya : "Kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
Kenapa aku Diuji Dengan Ujian Seberat Ini ?
Firman Allah Surah Al-Baqarah : 286
Maksudnya : "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya."
Bagaimana nak menghadapi Ujian Ini ?
Firman Allah Surah Al-Baqarah : 45
Maksudnya : "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang Yang khusyuk."
Apa yang aku dapat dari semua ini ?
Firman Allah Surah At-Taubah : 111
Maksudnya : "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga."
********************************
"Kau tahu orang yang tak dapat good result pun berjaya?"
"How?"
"Kalau dia bersyukur dan bersabar, dia juga berjaya"
"Hm. Thanks."
"No biggie"
Senyum.
************************************
Tapi kalau dah tak dpt good result tu, or kita sorang yg failed, susah nak pura2 tak sedih kan? Hehehe. Bukan senang kan nak bangun semula drpd kejatuhan? But then, tetap juga kita perlu bangun. Lyfe goes on no matter what :D
ReplyDeletememng susah.. boleh jadi mental disorder pun ye gak.. sebb stress.. nk pkir pasal mcm mne nk bngun balik, n terpikir apa yg orang lain pikir, n macam2 la..so.. memng sngt2 payah :(
Deletenice entri. berisi.. yerp, walaupun sesorang itu gagal di mata manusia lain, namun dia tetap berjya sekiranya dia sudah berusaha. asal dia tahu menghargai apa yang diperolehi dan berusaha menjadi yang lebih baik.
ReplyDeletehaa. yang itu saya setuju. jgn pernah mengalah. sebab kita nak capai sesuatu yang lebih baik missha. aja2, fighting!
DeleteSukaaa sangat dengan entri ni! Kira watak ni masih kuat sebab mampu teruskan dan usaha. Ada seorang kenalan, result teruk juga. Dan tak putus kata dia bodoh dan dia bodoh. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul kan, kakak missha?
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ni! :)
orang yg mengalaminya je yg tahu perasaan tu :D
Deletesama-sama adik nin :)
dah lama wak X baca entri ala2 novel nii.. iHIKks
ReplyDeletebetul tu. jgn buang masa memandang ke belakang..hidup ni bukan untuk berundur dan meratapi apa yg telah berlaku. semua yg berlaku kan ada hikmah tersembunyi disebaliknya..
ReplyDeletetapi kadang2 tak dapat elak dari terpandang jugak ke belakang kan...huhu..
Deletebila baca entry ni, terbayang2 di saat result yana low then everyone else.. mmg rasa down sgt. selalu tertanya2 knp aku xdpt good result mcm dorg pdhal aku dah berusaha? selalu tanya mcm tu.. tp bila difirkan semula, mungkin Allah nak uji tahap kesabaran aku. sokong dgn ayat ni "kalau dia bersyukur, dia pun berjaya". skrg ni, yana akan sentiasa berusaha, dan apa jua result yang dapat nnti, yana redha. bukan xsedih, tp itu yang membantu yana kuat dan sentiasa berharap dan yakin padaNya yg dia ada better plan for me. So bersabarlah. :)
ReplyDeletekena sentiasa yakin .. yeah :D
Deleteotak aku tengah tak centre ni tapi aku nak komen jugak.. hahahahaha...
ReplyDeletememang susah bila kita dah jatuh then nak bangun.. tambah lagi bila jatuh tu dengan sepenuh hati.. patah riuk tulamg dibuatnya.. mau masuk wad.... susah kan ? tapi tak semestinya bila kita dah masuk wad ke apa ke, kita tak boleh bangun kan.. kita ada je ubat.. kalau dalam kehidupan pulak, kita ada love letter dari Dia..
so. jangan pernah berhenti berusaha :)
munun mengerti maksud tersirat dalam komen :D
otak tak centre? dah terlebih ke kanan or ke kiri? hik3..
Deleteubat luka dengan love letter. :) rightio. got it :D
kadang kadang yang result bese bese tu kalau die tak putus asa pastu usaha lebih, silap2 satu ari nanti lagi berjaya dari orang yang dapat result bagus2 tu kan? ape yang penting jangan give up bile sekali gagal betul tak? =)
ReplyDeleteKekosongan membunuh. Jadi kena cepat-cepat isi dengan sesuatu sebelum terisi dengan sesuatu yang kita sesal nanti. Kan?
ReplyDeleterightio :D
Deletenice one... ;) tak semestinya kita tak diuji tu bermakna Allah sayg sgt kat kite...
ReplyDeleteha'ah..betul3... ujian tu lah tanda sayang kannn :D
Deletenice missha!
ReplyDeleteactually the difficulties are making us up.
people talk. whoever will stop talking bout us. no one will bother.
but then, we have to get up and prove that it's possible.
sy pon selalu rasa macam ni. thanks for such a wise and good reminder :)
welcome dear :D
Deletelet people talk. we act and prove , kan? :D *macam broken jeeee*
gagal tu kadang2 amat manis...
ReplyDeletetak jumpa yang manis tu kadang2 payah .:'(
Deletekunjungan gan , bagi-bagi motivasi
ReplyDeletesemoga menjadi semangat .. :)
Saat terjatuh, jangan lupa bahwa engkau pernah berdiri;Saat berduka,jangan lupa bahwa engkau pernah bahagia.Bangunlah,kamu pasti bisa.
sedih bila gagal subject tertentu. Tapi semua tu berbalik kepada diri kita balik. mungkin kita ada buat smething wrong yang membezakan result dengan orang lain. Mungkin usaha. Dan mungkin jugak ALLAH nak kita ingat dia,that's why kita diberi ujian mcm tu. ;D
ReplyDeletememng sedihhhh.. :(
Deleteso true, semua berbalik pada kita, kita kena cek dri balik,... ujian sbagai peringatan.. ujian tanda sayang. bersyukur and muhasabah.. kan? :D