Assalamualaikum :)
Selamat petang! :) missha baru balik ni. 3 hari missha pergi jalan-jalan..sebab tu blog agak sepi. hehe.. Alhamdulillah... missha selamat pulang ke rumah. Kali ni, missha nak share cerita masa missha jalan-jalan. Eh! jangan salah faham.!.missha bukan nak cerita tempat-tempat menarik yang missha lawat tau. missha just nak cerita apa yang missha selalu nampak masa missha jalan-jalan. Bukan setakat nampak,, dia datang dengan bau sekali. Sunnguh tak menyenangkan!! huhu.. nak tahu apa?
merokok!!
missha memang tak tahan bau rokok even orang yang merokok tu agak jauh dengan missha. Kalau orang tu dekat, missha takkan segan silu buat muka protes. Yang missha paling tak tahan, ada sesetengah encik merokok yang missha terserempak, diorang ni boleh pulak buat tempat tu macam diorang yang punya. Berkepul-kepul asap. Sepatutnya encik.merokok tu kena la faham yang dia sedang berada di tempat awam yang ada kanak-kanak dan warga emas.
Entri missha ni bukan entri untuk bagitahu kesan-kesan buruk jika merokok atau nak kempen "merokok membahayakan kesihatan". Semua fakta dan kempen-kempen tu missha rasa encik merokok dah tahu dan faham sebab encik merokok bukan umur 12 tahun dan kebawah. Tapi alang-alang missha dah buat entri ni, missha rasa bertanggungjawab jugakla nak menyeru agar encik-encik merokok sekalian tidak merokok lagi. :) Tapi missha fahamlah kalau seruan missha ni seperti mencurahkan air ke daun keladi. *cewahh. sebab iklan dan kempen pun masih tak berjaya menyedarkan encik merokok ni. Mungkin mereka masih tak nampak kesannya atau buat-buat tak nampak. *missha tak tahu, sebab missha xde pengalaman. harap maklum ^^
Missha selalu dengar atau terbaca yang encik merokok ni susah nak berhenti. betul ke?? *missha memerlukan jawapan :) walau apepun halangan, missha rasa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Lagipun sekarang ni missha rasa bnyak cara-cara yang dah diperkenalkan untuk membantu encik merokok yang nak berhenti merokok. Kiranya macam dah takde alasanlah kan untuk tidak mengatakan tidak pada rokok kan?? :)
Pada pandangan missha, missha tak nampak pun apa kebaikan merokok ni. so , tak guna la buat benda-benda tak berfaedah rasanya. By the way, ini pendapat missha. :) Mungkin ada yang nk bantah entri missha ni dengan buat entri "kebaikan merokok". heh, mana la tahu kan kot encik merokok nak balas.
ke kena buat macam ni kat msia?? hehe |
pic: credit to mr.google
jual rokok sebatang sepuluh ringgit baru diorang berhenti merokok. tp nak wat cane, malaysia bgantung pd rokok utk stable kan ekonomi
ReplyDeletetak jugak.. kalau jual sebatang sepuluh pun diorang ttp akan beli... ketagihan dan habit..
ReplyDeleteyup. memang susah nak stop. harga tinggi mane pun diorang sanggup beli. ni kan rokok yang murah. lagi la ramai yg beli. *pengalaman orang yang hafal name rokok* kaitan(?) ok. takde -_-"
ReplyDeletehafal name rokok? erk, fist time dengar ada orang buat macam ni..hehe :)
Delete