Belum Masa



Assalamualaikum :)




Sekadar ingin berkongsi cerita.


Tetang ulat yang hendak menjadi rama-rama.


Beluncas panggilannya. 'Ah! semua orang dah tahu namanya' =.='




Saat ingin menjadi rama-rama, beluncas 'berumah' di dalam kepompong.


Kepompong yang sempit.


Bila beluncas hendak keluar dari kepompong tersebut, beluncas terpaksa  bekerja keras hendak meloloskan dirinya.


Si beluncas gigih berusaha namun tidak berjaya,




Hendak dijadikan cerita, seorang tukang kebun melihat situasi ini.


Lalu dia membantu beluncas (yang kini rama-rama)  keluar dari kepompongnya.


Tukang kebun menarik ulat beluncas tersebut sedikit demi sedikit  sehingga....



POOF!!


Keluarlah seekor rama-rama yang cantik.


Namun, setelah hanya beberapa minit bertebangan, rama-rama tersebut jatuh ke tanah lalu tidak bergerak lagi.


Ya, rama-rama tersebut telah mati.




Bosan bukan jalan ceritanya?

Tapi ada sebabnya mengapa kisah bosan ini dicoretkan.




Tahukah bahawa, semasa rama-rama cuba meloloskan dirinya, dia sedang membina kekuatan diri?

Kesusahan dan kepayahan untuk keluar menyebabkan rama-rama menjadi kuat.

Tapi, beluncas tadi tidak melalui proses ini, kerana dia telah dibantu oleh tukang kebun.




Begitu juga hidup kita.

Ujian datang untuk menguatkan.

Kesusahan itu mematangkan.

Bukan untuk melemahkan.

Bukan untuk membinasakan.





Dan juga,

Perasan tak yang rama-rama itu keluar sebelum masa yang sepatutnya?

Dan apakah yang jadi pada nasibnya?

Heh, ini juga ada kaitannya dengan kita.

Tahu apa ?


" Jika kita inginkan sesuatu, namun belum dikurniakan, itu tandanya 'belum masanya' kita memperoleh benda tersebut. DIA tahu masa yang terbaik untuk kita. So , don't be sad " :D



#selfreminder



Show Comments: OR

10 comments:

  1. dibantu tukang kebun? tp encik ulat tu tak meminta pon tp dbantu? so cmne? kne salahkan faktor luar juga ker? hurm...

    ReplyDelete
  2. masih banyak yang belum dicapai lg.. betul, masa yang menentukan dan ujian yg mematangkan kita.. perlu banyak bersabar.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa yang menentukan, mengikut perancangan NYA :D

      Delete
  3. Betul tu... sgt2 percaya semuanya telah ditentukan oleh Allah buat kite..
    Cuma cara masing2 je berbeza utk dptkan sesuatu dan hanya Allah saje tahu ape yg kite perlu.. :-)

    Nice sharing dear missha... thanks :-)

    ReplyDelete
  4. setuju dgn entry ni...entry yg penuh dgn masej & membuatkan cikeyra berfikir sejenak 'yaa,belum tiba masanya' tak perlu mengeluh tapi teruskan usaha...tQ for the entry :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom sama-sama teruskan usaha .. hee .welcome :D

      Delete
  5. Tertanya. Kenapa rama rama tu masih jatuh sedangkan dia dah dibantu untuk keluar dari kepompongnya?
    Kenapa juga dia tak bangun semula. Kenapa sedih ending dia? :|

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab dia lemah. sebab dia tak lalui proses kuatkan diri. kenapa dia tak bngun? sebab ajalnya dah sampai..sob2

      Delete
  6. mendalam entri ni.. betul2. dugaan2 mendatang tu sebenarnye membantu kita jadi lebih kuat di mase2 akan datang kan.. =) Pasal belum tibe mase tu.. memang ade benar nye akt situ.. neway.. nice entry

    ReplyDelete
:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t  
:)   :(   :*   :X   :3   :')   XD   =D   =P   =O   =?   =S   =G   =I   =Y   =/   =F   =H  

Thanks for visiting,
Double thanks for following,
Million thanks for dropping your comments.

Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.