Gagal yang berjaya


Assalamualaikum.


Dari diari curi:


"Aku rasa aku sangat-sangat loser"

"Kenapa?"



"Sebab aku bukan winner."

"Be serious please"



"Okay, serious mode on. .. Hm....aku rasa aku loser, sebab aku paling teruk antara semua"

"Meaning?"



"Result....."



Semua orang tahu result dah keluar seminggu yang lepas. Dan semua orang tahu hanya ada seorang yang yang gagal.



"Tapi, aku tengok kau tetap senyum."

"Heh, air mata boleh ubah result yang dah keluar? Tak boleh kan? Sebab tu aku tak nangis."




"Aku bukan nak cakap kau mesti nangis. Tapi, tengok dari gaya kau, nampak macam kau relax je. Macam benda ni tak bagi efek pun kat kau. Kau still senyum, gelak-gelak macam biasa. That's good."

Senyum sinis. " Aku buat macam biasa sebab aku tak nak orang nampak aku lemah. Tapi....."



"Then, continue to be strong."

"Dengar dulu apa aku nak cakap. Even aku gelak macam mana pun, even aku happy macam mana pun,, aku still tak boleh tipu yang sedih tu tetap ada kan. Perasaan down tu tetap ada. Cuba kau bayang, mesti semua orang nak tahu siapa satu-satunya student yang fail. And,  macam mana aku nak pergi kelas? Nak hadap those yang dapat better result? Kau tau kan yang budak lain just dapat A sampai C je. Takde D. Dan tiba-tiba ada yang fail. Kau tahu kan?"



"Aku tahu. Ala, kau tak payah la fikir pasal orang."

" Ehem.my dear friend, kita ni hidup dengan orang. Walau macam mana pun, kita tetap akan terfikir"




Tarik nafas. "Kau yang aku kenal bukan macam ni. Dulu, walau problem sebesar Hagrid, walau sesusah melawan Voledemort, walau seram macam Dementor, and walau annoying macam Snape, kau tetap bangun semula even kau jatuh. Apa dah jadi dengan semangat kau? Mana kau yang dulu?"



"Sebab tu aku kata, aku sangat-sangt loser. Sebab aku tak pernah rasa loser macam ni sebelum ni . Dulu, kalau ada apa-apa yang jadi, lepas aku nangis, aku okey and aku boleh bangun balik lepas tu. Tapi sekarang, even nak nangis pun aku dah takde kekuatan. Perasaan dan minda aku kosong. Zero. "



"Kau ingat tak apa kau pernah cakap kat aku dulu? Kita jatuh, untuk bangun. Lagipun, ujian ni tanda Dia ingat kita."

"Aku ingat. Tanda Allah sayang pada hamba Dia adalah dengan memnberi ujian kepada Nya. Kalau Dia biarkan kita, itu yang bahaya. Ujian membuatkan kita jadi kuat. Aku tahu tu. Aku ingat semua tu. Hmmm.....Kau tahu kenapa aku cakap perasaan and minda aku kosong?"



Geleng. "Tak"

"Aku jadi kosong sebab dalam minda aku, ada dua benda, perkara positif yang aku tahu dan perkara-perkara negatif yang aku rasa. In order nak balance dua benda tu, aku jadi berkecamuk, bercelaru, pening, stress. Terlampau banyak benda yang timbul, and sampai satu tahap., bila positif bertemu negatif, it becomes zero. Sebab? neither positive thoughts nor negative thoughts yang menang. "



"Aint it good? Yelah, dari negative thoughts yang menang, baik takde siapa-siapa yang menang."

"Bagi aku, zero tu lagi bahaya. Kalau negative thoughts yang menang, positive masih ada dalam kepala kan? So, at least, positive thought boleh buat kebangkitan dan menuntut bela. Tapi, bila zero..kau langsung tak ada thoughts. "



"Okay..okay. Fine. Mungkin apa yang kau cakap tu boleh diterima. Bagi aku, bila minda dan fikiran dah zero, masa ni la benda lain yang akan selamatkan kau. Benda ni adalah something yang kau bina dalam diri kau sebelum ni."

"Benda apa?"



"Iman"



Diam. Hanya ada deru angin. Dan sungai yang mengalir deras. Beauty, when nature speaks.


**********************************************************



Kenapa Aku Sering Diuji ?

Firman Allah Surah Al-Ankabut : 2-3

Maksudnya : "Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan) ?Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta."





Kenapa aku tak dapat apa yang aku idamkan ?


Firman Allah surah : Al-Baqarah : 216

Maksudnya : "Kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."





Kenapa aku Diuji Dengan Ujian Seberat Ini ?


Firman Allah Surah Al-Baqarah : 286

Maksudnya : "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya."





Bagaimana nak menghadapi Ujian Ini ?


Firman Allah Surah Al-Baqarah : 45

Maksudnya : "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang Yang khusyuk."




Apa yang aku dapat dari semua ini ?


Firman Allah Surah At-Taubah : 111

Maksudnya : "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang Yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka Dengan (balasan) Bahawa mereka akan beroleh syurga."




********************************


"Kau tahu orang yang tak dapat good result pun berjaya?"

"How?"

"Kalau dia bersyukur dan bersabar, dia juga berjaya"

"Hm. Thanks."

"No biggie"

Senyum.
************************************












Mencari.



Assalamualaikum :)




Dari diari curi



***********************************



Speaker:
Kuatkan radio, kuatkan radio anda
Kuatkan radio, kuatkan radio
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja



"Untuk Dia, Sleeq feat Najwa Latif"


"Rightio. Next."



Speaker:
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu




"Hafiz dan Siti Nurhaliza"

"Kasi la chance kat aku pulak. Kau je yang teka. Tak acila macam ni"

"Nasiblah" Ketawa.




Speaker:
Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapatku berikan
Engkau memang cantik
Memang tidak padan dan tidak sepadan





"Jimmy Palikat & One Nation Emcees"

"Pergh.. Cepat gila jawab."



"Well... Hero menang saat-saat akhir"


"Bluerkk..Boleh muntah pelangi aku cenggini." Mata ke atas sebelum sebiji bantal mendarat di riba.





Main teka lagu memang feveret mereka berdua, buat-buat tak sedar diri dah makin tua.



***************

Dan bila malam, hobi mereka tengok bulan



"Aku rasa hidup aku macam ada something yang tak complete tapi aku tak tahu apa yang aku takde" Baring atas rumput.

"Meaning?" Angkat kening.



"Entah" Baring telentang. Tengok bulan.

"Aku rasa hidup kau boleh kata hampir perfect. Kerja bagus. Gaji dah ribu-riban. Rumah dah ada. Kereta dah dua. Cuma......"  Baring



"Cuma apa?" Pandang sebelah. Muka curious.

"Isteri je belum ada. ...."Gelak besar.



"Sengal. Cakap ngan kau memang takde topik lain."  Pandang depan, tengok bulan.

"Bila nak makan nasi minyak bro? Kalau buat kenduri, tak jemput aku, siaplah kau..... Eh..kejap,..aku tak tau pulak kau ada calon" Mengiring, sambil tongkat kepala.



"Kau ni dah kenapa? Belum masanya aku nak cari calon bagai ni. Tapi aku rasa aku dah tau apa yang aku cari." Masih pandang bulan.

"Apa? Cari calon yang cantik macam bulan mengambang?"



"Bukan. Tapi aku nak 'cari' Pencipta bulan"



Diam.

**************

SMS:

"Bro, aku nak join misi kau"

"Misi apa?"

" 'Cari' Pencipta bulan"


***************************************



Speaker:




"Surah Kahfi ayat 23 dan 24."

"Tu je tekaan kau?"



"Ha'ah .. tu je lah."

"Potong 5 markah sebab kau tak bagi terjemahan ayat" Muka bangga.



"Ala.. aku tak berapa ingatlah. Tak payahla potong." Muka comel.

"NO..NO..NO....keputusan muktamad. No compromise. " Muka konon serius.



"Berkira" 


Ketawa.



****************



"Dah lama tak baring tengok bulan"

"Tahu takpe. Alhadulillah kita sempat cari Pencipta bulan."



"Kenduri kau mingu depan kan?"

"Insya Allah. Jadi pengapit ea?



"Insya Allah" 



Diam. Tapi bukan diam yang dulu.



************************************


“Dan janganlah  kamu berkata mengenai sesuatu; sesungguhnya aku akan mengerjakannya besok pagi”  (23)
“Kecuali dengan menyebut ‘ Insya Allah’ dan ingatlah pada Tuhan bila kamu telupa dan berdoalah semoga Allah memberi petunjuk kepada  yang lebih dekat kebenarannya dari ini” (24)


*********************************************

SALAM MAAL HIJRAH.


*************************




Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.