Banyak bunyi - Banyak makna.



Assalamualaikum. :D



Hari isnin hari tu....*lama gila simpan cerita*

Lepas discussion,

Sembang-sembang,

Pasal Lahad Datu,

Pasal tempat shopping,

Times Square, Jalan TAR, (antaranya)

Pasal dunia artis,

Lagu baru,

Cerita baru,

Juga pasal politik.

Dan...

Bila tiba bab ini,


anggap je lah ni cengkerik. *krik..krik..krik..*



Krik...krik..krik..


(Bunyi yg selalu dibuat bila tiada respons dalam discussion.)






Dan masa itu terkeluarlah satu statement

"Lama tak dengar bunyi cengkerik waktu malam dengan bunyi  katak panggil hujan"

Masa tu baru sedar,

Memang dah lama tak dengar,

Serius.

Memang dah lama sangat tak dengar.

Sangat lama.


ong gedek gedek ong ong ong




Truly, sangat rindu suasana kampung.

Air yang sejuk pagi-pagi yang membuatkan seseorang malas mandi,

Suasana yang panas waktu siang, membuatkan seseorang tak balik rumah sebab mandi sungai,

Suasana yang sejuk waktu malam membuatkan seseorang malas bngun esoknya.

Tidur dalam kelambu,

Pagi-pagi kait bunga,

Bunga kenanga, bunga melur,

Dan......

Banyak lagi.

Terlampau banyak.






Walaupun tak dibesarkan dalam suasana yang betul-betul kampung,

Sekali - sekala menjejak kaki di kampung,

Cukup untuk jatuh cinta,

Cukup untuk rasa satu perasaan yang dipanggil 'rindu' pada kampung.

Yeah. Rindu.

Pada kampung.






Dan juga sawah padi di 'future kampung',

Dan orang yg tinggal dekat dengan sawah padi,

Err... orang ye,

Bukan orang - orang.





Lupakan pasal bunyi dan suasana kampung.

Kita cerita pasal orang 'berbunyi' pulak.





Lepas habis discussion  tu,

Kelas BI,

Madam pula cerita,

Dia ada seorang kawan,

Dan bersama kawan tersebut,

Dia melawat seorang lagi kawan di hospital.





Kebetulan,

Doktor datang melawat kawan yang dilawat tu.

Dan,

Selepas doktor keluar,

Kawan madam tu cakap,

"You perasan tak bju kurung doktor  tadi? Tak silap I , I pernah nampak cleaner pakai bju macam tu. Lepas tu, you perasaan tak, kasut dia bukan kulit pun. Doktor bukan ke banyak duit? Patutnya dia guna la duit dia tu untuk beli something yang "better" untuk diri dia"




I dont know what to say,
Sebab bagi I kesederhanaan itu lebih baik,
Tak semestinya barang yang murah tak cantik,
Yang penting, selesa, bersih, kemas and nice :D




Nak 'banyak bunyi' tak salah,
Asalkan bermanfaat,
Bukan mengumpat. *Errrr*




U know,
Sometime silence is better,




Tapi kot kalau dah tak tahan duduk diam,
Zikir la,
Dapat pahala  :)

Tasbih digital yang memudahkan :) everybody should have one. seriously :D
Ohsemm dan bergaya tahu.



Show Comments: OR

6 comments:

  1. ahaa... mcm ada sorang student tu yg ngumpat lecturer dia sbb pakai kereta kancil je, atau sbb pakai kasut ngan baju kurang matching...lebih kurang mcm kawan madam tu jugaklah nampaknya student tu... hahaha oh manusia manusia...perlu zikir banyak2 :D

    ReplyDelete
  2. That's why there's the proverb "speech is silver, silence is golden".

    Everything we said will be a 'prove' for or against us later.. so, think before we talk..

    eheh, bunyi macam iklan la pulak.. :P

    ReplyDelete
  3. aritu masa balik ke kawasan ladang tempat tinggal zaman dulu2, memang terasa suasana 'kampung' tu..walaupun sebenarnya kitorang berada kat ladang..

    ReplyDelete
  4. memang takde r nak dengar bunyi cengkerik camtu dekat bandar ni.. huu.. aku pun pendiam gak..malas nak cakap banyak.. =P

    ReplyDelete
  5. aku diam bila tak puas hati. dengan diam mampu mententeramkan jiwa yang rasa nak mengumpat, memberontak.

    ReplyDelete
  6. tasbih digital.. ada satu kat rumah.. tapi disbabkan saiz kecil.. dahh hilang.. aish.. my classmate rilek je bawak tasbih bulat2 tu. hee.. so tak jadi masalah kat sini kalau nak bawak yg besar gedabak sekalipun..

    ReplyDelete
:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t  
:)   :(   :*   :X   :3   :')   XD   =D   =P   =O   =?   =S   =G   =I   =Y   =/   =F   =H  

Thanks for visiting,
Double thanks for following,
Million thanks for dropping your comments.

Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.