Assalamualaikum :)
Dulu, missha pernah bagi tahu dalam satu entri yang missha suka main chess. Err.. mesti dah tak ingat rasanya sebab dah lama. Tapi disebabkan entri tu macam tak best, so tak pyah la bagi link kot. Haha. Walaupun suka, tapi buat masa sekarang, memang dah lama tak main. Dan sebenarnya rindu sangat nak main. Serius rindu. Sangat.
Walaupun di zaman yang serba maju sekarang ni, boleh je kalau nak download game chess tu tapi bila main game download ni, feel dia tak sama macam kalau kita lawan dengan orang face-to-face. Lawan dengan manusia ni, feel dia berkali ganda lagi best dari lawan dengan komputer.
Banyak sebab lawan dengan manusia ni lagi best. Salah satunya, bila kita lawan dengan manusia, secara tak langsung ia melibatkan psikologi. Dan bila melibatkan psikologi ni, ia sangat-sangat menarik. :) Trust me. Lagipun, bila lawan dengan komputer, kalau komputer menang pun, bukan dia tahu pun dia menang. Err...
Berbalik pada psikologi tadi, biasanya, setiap pemain catur dia ada trademark dia yang tersendiri sama ada dia sedar atau tak. Bagi missha, missha rasa seronok memerhatikan trademark diorang yang berbeza-berbeza, walaupun bukan dapat gaji pun buat kerja ni. Kalau dapat gaji, konfim i dah kaya uolssss. Haha. Ok, enough.
Sepanjang missha main chess ni, antara trademark atau gaya yang biasa ialah main sambil berdiri. Biasanya lelaki yang selalu guna trademark ni, Lepas tu , siap boleh jalan-jalan tengok orang lawan dekat meja sebelah. Nampak macam berlagak tahap petala kan? Haha. Ok. Gurau. Selalunya, trademark berdiri ni, orang-orang yang main meja depan selalu guna. So, no wonder la kan siap boleh jenjalan bagai? :)
*Dalam pertandingan catur, kedudukan perlawanan berdasarkan meja. Makin depan kedudukan meja, makin tinggi la ranking pemain tu .*
Selain dari berdiri, ada juga pemain yang jenis 'gerak dan hentak'. Maksudnya, setiap kali dia buat gerakan, dia akan letak buah catur tu kuat-kuat. Lepas tu, tekan jam pun kuat-kuat. Bila kita lawan dengan orang macam ni, kita kena relax je sebab kalau kita terganggu dengan cara dia, maknanya kita dah 'kalah' sebab tu memng niat dia pun. Distraction.
Dalam banyak-banyak gaya, ada satu gaya je yang pernah buat missha distract dan gaya dia sangat rare. And dia lah satu-satunya lawan yang missha pernah seri. Gaya dia macam ni, dia akan letak tangan atas meja, dan akan buat circular motion guna jari telunjuk dia. As simple as that. Tak tahu la cemana boleh distract. Padahal sebelum tu, dah kaji dah behaviour dia. Hmm.
Kalau missha pula, biasanya missha akan bawa 'pensel hikmat' missha masa pertandingan. Err,sebenarnya, pensel tu bukanlah betul-betul hikmat ataupun dijampi untuk menjadi hikmat. Pensel tu hanya pensel mekanikal biasa warna hitam, tapi sebab missha dah guna dia lama dan dialah yang 'teman' setiap kali lawan chess atau buat presentation (nak bagi hilang nervous) , so sebab tu lah dia digelar pensel hikmat. Takde kaitan kan sebenarnya. Haha. =.='
So, setiap kali pertandingan, memang missha akan bawa pensel hikmat tu selain sebatang pen yang digunakan untuk catat gerakan. Selalunya, missha akan ketuk-ketuk atau spin pensel tu masa main terutamanya masa tengah berfikir dan bila nak mengurangkan nervous. Bagi missha, bila missha spin pensel tu, perasaan nervous macam mengalir pergi pada pensel tu dan perasaan nervous tu berkurang. *macam ni pun boleh, hee =.='*
Lagi satu, bila missha spin pensel hikmat tu, ia akan menyebabkan distraction kepada pihak lawan dan of course, itulah yang kita mahu!! Inilah yang dikatakan genius. Haha *evil laugh* Dan,, lepas circular motion dari lawan missha yang berjaya membuatkan missha distract, missha pun kopipes gaya tu dan diasimilasikan dengan gaya missha. Maka, lahirlah satu lagi trademark (selain dari spin dan ketuk-ketuk), iaitu lukis circular motion dengan hujung pensel.
Sebenarnya, ada banyak cara yang digunakan untuk distract pihak lawan secara tak langsung. Contohnya,buat muka bosan dan buat - buat tengok jam kalau dia ambil masa yang lama sangat nak fikir. Cara ni, akan menyebabkan pihak lawan tertekan dan buat gerakan yang akan menguntungkan kita. Cumanya, tak semua orang termakan dengan cara ni. Ada sesetengah kes, pihak lawan lagi suka kalau kita stress dan dia akan buat-buat fikir lebih lama. Selain tu, ekspresi muka pun penting juga sebenarnya. Contohnya, kita buat muka stress sebab salah jalan, padahal dah nak menang. Ataupun, buat muka gembira padahal sebenarnya dah salah jalan. Ataupun just keep the poker face. :)
Hmm...kalau nak ikutkan, banyak lagi benda menarik pasal chess ni. Tapi macam panjang je nak tulis. Contohnya, macam mana personaliti seseorang boleh mempengarui cara dia main chess. Dalam novel Andrea Hinata, dia ada sentuh pasal ni. Kalau berminat, boleh la baca :) Novel ni Cik Hansyirah Takezur yang promote. Hihi
Till then :)
Main chess ni minat je sebenarnya,
Tak hebat pun hakikatnya .
Haha.
Aplikasi :) |
H reti main jer..tapi bukan tahap super power..means, kalau org lain maybe fikir 5-6 step ahead, H cuma mampu fikir 1-2 step jer..
ReplyDeletetapi, mmg best main chess ni..sbb otak rasa macam tengah bergerak..
<--- main chess jugak. suka lepak kt chesscube.com
ReplyDeletewah ratu chess la ni..org kata macam chess boleh kurangkan risiko dementia
ReplyDeletehttp://www.ofekos.com