Sebab



Assalamualaikum.




Jujur, kalau orang tanya kenapa belajar pergigian, serius takde jawapan.



"Sebab nak tolong orang?"

Jawapan cliche. Dari darjah satu.

Tak. Jawapan ni tak salah. Cuma belum cukup dalam.
Tapi mungkin bagi sesetengah orang, sebab ni dah cukup untuk halang diorang dari tenggelam.




"Sebab family suruh?"

Tak, family tak pernah suruh. Tiada paksaan dalam membuat pilihan. Terpulang pada empunya badan. Namun mereka tak pernah berhenti bagi sokongan :)




"Maybe ambil dental sebab tak nak ambil medik. Rasa macam dental lagi senang. Sebab tu pilih dental"

This is totally wrong. 

Siapa kata dentistry lagi senang dari medik? 


Tak. 


Dentistry tak senang dari medik.
Tapi tu tak bermaksud medik lagi senang dari dental.




"Saya takut darah. Sebab tu saya ambil dental. kalau ambil medik kena tengok darah."

Hang ingat dalam mulut tu takde darah ka? =.='



Muhun buang segala reason yang ada perbandingan antara pergigian dan perubatan, Sebabnya, kalau nak banding pergigian dengan perubatan macam kau banding mana lagi cantik antara sunrise dan sunset. Dua-dua cantik.

Sumber
“Keep your face always toward the sunshine - and shadows will fall behind you.” - Walt Whitman



Samala macam dental dengan medik. 
Dua-dua tak senang. 
Mungkin tahap kesusahan tu subjektif bergantung pada orang, tapi objektifnya sama.


Merawat manusia :)




Kalau dah tak tahu sebab, kenapa nak susah-susah fikir? Belajar jer la. Buang masa je fikir semua ni. Fikir kemain tapi tak tahu juga apa reason yang sebenarnya.


Nope. Ni bukan membazir masa.


Sebabnya,
Buat sesuatu kena ada 'sebab'. 
Sebab kalau kita lemah, 'sebab' tu dapat menguatkan.
Dan kalau kita rasa nak berhenti, 'sebab' tu boleh buat kita bertahan.
Faham?




So, sebab apa pilih course ni?


Jujur.
Masih tiada jawapan.



Yang ada hanya seribu satu alasan kenapa patut berhenti belajar pergigian. Kelas penuh, jadual padat, penat, lecturer garang, klinik stress, kerja lab kena re-do and the list goes on.


Hmmm.. mungkin sebenarnya dalam hati suka bidang ni, tapi tak sedar yang perasaan tu dah lama ada. Terlampau memikirkan perkara yang kita tak suka menyebabkan kita terlepas pandang perkara yang kita suka. 

Dalam cerita House, ada dialog; 

“Sailing is amazing, but [it] doesn’t mean I love every second on the boat. Doing what you love means dealing with things you don’t. If there is nothing to overcome, it would not be that…”



Sama lah macam pergigian ni. Dentistry is amazing but that doesn't mean the students will love every second learning all the subjectsssssssssss. *subjek banyak sebab tu 's' dia lebih. hihi*










Tapi sebenarnya, ada sebab kenapa kalau nak jadi health practitioner (dentist, doctor, pharmacist, etc) jalan dia susah. Sebab nyawa orang boleh hilang kalau kita buat salah. Yup, memang, ajal itu kat tangan Tuhan, Tapi biarlah jangan kerana kurangnya amanah kita dalam mengamalkan ilmu pengetahuan.




Lastly,
Dalam apapun bidang, 
Tak kisahlah perubatan, pergigian, kejuruteraan, falsafah, perladangan, perikanan atau undang-undang,
Apa yang kita boleh buat hanyalah berlari.
Tapi arah tu kita yang tentukan.


Sama ada kita nak lari terus ke depan atau berhenti sekerat jalan dan pusing belakang.



Personally, walaupun masih tiada jawapan, berlari ke depan menjadi pilihan. Memang ,, seribu satu alasan tu takkan pernah berkurang. Berkurang memang tak pernah, makin bertambah adalah. Tapi mungkin satu perkara boleh hilangkan segala kekusutan.



Percaya pada aturan Tuhan. 


Sebab pada awalnya, 'you're the chosen one'. Tak semua orang dapat peluang macam apa yang kau dapat sekarang.



Dan atas sebab itu, perjalanan ini diteruskan.



::Clinical years::
Semoga dipermudah urusan.
Mohon doa kalian.


Eee.. ayam ni suka taw cakar tulisan kita. Habis buruk =.=


Till then :)

Work for a cause, not for applause. Live your life to express, not to impress.



Show Comments: OR

14 comments:

  1. Amin. Sama juga. Moga dipermudahkan. Orang selalu silap bertawakal dipengakhiran, tapi bertawakal tempatnya patut dipermulaan, kemudian Allah akan tolong setiap usaha kita. In fact usaha tu sedikit sahaja, semuanya biiznillah. Quoted. U can do it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah :) betull3,, orang selalu lupa tawakkal tu dari mula, and orang selalu lupa tawakkal tu kena seiring dengan usaha T.T

      Delete
  2. Btw, subjek kamu mmg banyak! Berapa ch?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ingat.. hihi. tapi tiap sem memang banyak cengggini subjek.

      Delete
  3. Assalamualaikum.

    Missha! Long time tak singgah sini.

    Ohh. Missha ambil pergigian eh. Hihi. Nanti bila dah graduate and dah ada klinik sendiri, roger la. Nak diserve oleh Dr. Missha.

    Allahumma yusahhil, Missha! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam :) Tulah.. lama tak nmpk :)
      Insya Allah. tapi lambat lagi la nk ada klinik sendiri semua tu. hihi. :D

      Delete
  4. haha jawapn sbb dental lg senang tu jawapan kita dulu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu kita pun sama juga bagi reason tu. hihi

      Delete
  5. Wahh lame xsinggah blog missha ^^, maintain comell hehehe...betol tu kat dunia ni apa pon yg kita sua mst kna hadap gak nnt moment yg kita xsuka...hehehe apa2 pon gudluck!! Semoga dipermudhkn urusannya :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. adakah maintain comel bermakna kita masih kekanak riang? hahaha

      thank you. doakan taw :))

      Delete
  6. Salam dik... :)..

    Apa jua yg kt lalui kt dunia ni kdg2 xjumpe sebab musababye.. xyh fikir.. just lalui dengan jaya dan berjaya.. Allah dah takdirkan corak kehidupan yg terbaik tuk kite... jadikan kite insan hebat yg dpt buat dengan HEBAT... :)

    ReplyDelete
  7. Eh, ada jugak entry tulisan dia... comel jer tulisan tu, a lot better than mine yang tahap cakar rimau, ayam pun gelak X3

    Oh ayat last kali tu power, totally agree with that statement ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu tulisan cover tu. Haha. Sebab dah tahu nak ambik gambar.

      Delete
:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t  
:)   :(   :*   :X   :3   :')   XD   =D   =P   =O   =?   =S   =G   =I   =Y   =/   =F   =H  

Thanks for visiting,
Double thanks for following,
Million thanks for dropping your comments.

Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.