Ten




Assalamualaikum.


Dari diari curi:



******************************

"Pernah terfikir tak?"


"Apa?"


"Umur dah makin tua tapi aku rasa banyak lagi impian aku yang tak tercapai."


"Maksud kau?"


"Weh ayat straightforward macam tu pun nak kena ada maksud ke?"


"Takdela. Aku nak penjelasan supaya aku tak salah faham. Nanti kau cakap pasal benua aku cerita pasal hutan"


"Hm.. Maksud aku  macam ni. Aku rasa semua orang ada benda yang dia nak capai. Ada benda yang dia nak buat. Ada sesuatu yang dia nak jadi. Kadang-kadang senarai tu terlampau banyak dan ada yang sampai tak terbuat. Aku pun macam tu juga. Ada benda yang aku nak capai."


"Contohnya?"


"Kau tahukan aku suka fotografi. Aku teringin nak ada satu syarikat yang menawarkan servis dan pakej fotografi yang tak sama macam orang lain. Kalau ikutkan, banyak dah benda yang aku dah plan ke arah nak merealisasikan impian aku tu tapi kau faham je la kan, jadual kelas kita tak macam orang lain. Kita ni kadang-kadang nak makan pun kena cari masa. So, impian tu setakat ni habuk je. Hanya dalam kepala. "


"Aku pun ada jugak impian yang masih tak tercapai. Aku suka travel dan impian aku nak pergi semua pulau yang ada kat Malaysia ni. Tapi setakat ni aku pernah pergi Langkawi dengan Tioman je."


"Dah tu cemana takkan nak mereput macam ni. Hmm"


"Nak tahu satu benda tak?"


"Apa?"


"Masa asasi dulu, housemate aku ada ajak aku teman pergi satu talk motivasi. Walaupun macam malas, aku pergi jugakla teman dia. Tapi, tak sia-sia aku pergi tu. Dalam talk tu, pakar motivasi tu ada bagi satu tip nak merealisasikan impian kita."



"So, apa tip dia?"



"Tip dia, tulis sepuluh benda yang kita nak capai dalam masa setahun atas satu kertas kecil, lipat, tulis tarikh serahun lagi kat kertas tu dan simpan elok-elok dalam satu tempat yang kita takkan lupa nak cari semula nanti."


"Kau pernah buat?"


"Pernah. Baru tahun lepas mula. Haha"


"Seriously? So, apa hasil dia?"


"Hm.. Alhamdulillah. dapat lebih separuh. Ingat DSLR yang aku baru dapat haritu? Tu salah satu wishlist aku."


"Tapi kan, maca tak percaya je"


"Aku pun mula-mula dengar macam rasa tahpape jugak. Betul ke benda ni? Tapi penjelasan orang tu macam boleh diterima.  Dia kata, bila kita tulis apa yang kita nak, minda bawah sedar akan secara tak langsung bekerja untuk capai apa yang kita nak. Tapi lepas aku dah cuba setahun ni, aku belajar satu benda."


"Apa?"


"Bila dah tulis, dia bukan sekadar tulis je. Bila ada peluang kita kena grab. Maksud aku, kita still kena workhard jugak. Benda tak datang percuma. Takde benda senang. Contoh macam haritu, aku tulis nak pergi bengkel chess. Tapi berapa banyak bengkel waktu hari minggu aku tak pergi sebab malas. Padahal banyak je bengkel chess orang ajak. Dan akhirnya tu salah satu wishlist aku yang tak dapat.  Nampak tak kat situ aku kurang usaha, dan nampak tak kat situ apa yang jadi?"


"Okay. Faham."


"Lagi satu jangan lupa. Usaha dah. Doa mesti jangan lupa"


"Hm... pinjam pen jap. Nak tulis."



*********************************************


Setahun kemudian


"Weh, kau dah buka belum wishlist?"


"Dah. Kau?"


"Dah juga. So, macam mana?"


"Lima. Kau?"


"Tiga. Jangan lupa tulis yang baru. Buka sesama tahun depan"


"Orites"


***************************






Let me tell you a secret. I'm a professional dreamer. Oh! Now it's not secret anymore. 





Till then.

*Dedicate to :  you know who you are :) Thank you <3*



Nicky



Assalamualaikum. Hi!


Alhamdulillah dah habis exam and yeay! Cuti seminggu (je). Sebelum balik rumah haritu tengok ada banyak lagi buku tak baca. Lebih kurang 14 buah. Dekat rumah ada lagi dua, so dalam 16 buah. (Dah banyak, tapi masih plan nak pergi book fair tahun ni. =.=') Bawa balik rumah tiga buah, harap dapat habiskan dalam cuti ni sesambil bergelumang dengan esaimen juga. Yup, cuti dan esaimen haruslah berpisah tiada.






So, kali ni nak cerita pasal Nicky. Mula jumpa Nicky ni December 2015. First impression, dia comel sangat! Terus kita suka dia. Tak, Nicky bukan kucing, atau arnab atau yang sewaktu dengannya. Dulu dah pernah cerita, tuan blog memang takda chemistry dengan haiwan-haiwan comel seperti kucing atau arnab sebagaimana sodium ada chemistry dengan chloride. Sebelum cerita panjang, meh kita kenalkan Nicky. 



Meet Nicky :)


She is Nicky the cactus.


Entah kenapa ada satu hari tu tetiba rasa nak beli kaktus. Jangan tanya kenapa sebab kalau dah tetiba ni memang takde sebab. So, membebel la kat twitter. (Macam la lepas tulis kat twitter boleh dapat. hmm)


Banyak lagi bebelan boleh didapati di twitterrrrrr. Disarankan agar tak follow.


Dua minggu lepas tu bila balik rumah,, cerita kat umi teringin nak kaktus. Tahu-tahu sebelum balik Kl umi belikan kita kaktus.


So, kita pun bawa Nicky datang kl, letak atas meja study. Gigih tau bawa Nicky ni naik bas. Lulss. Oh, definisi meja study adalah meja yang digunakan untuk menyusun buku-buku dan meletakkan pelbagai barangan yang lain. Bila study tak guna meja ni pun, guna meja jepun je. Buka atas karpet dan study gaya bebas. Hihi.



Sory kalau gambar tak jelas. Gambar-gambar ni tak edit. Terus tepek. Pemalas kan kita. Hmm


Satu je harapan bila dah ada Nicky, harap dia dapat membesar dan tak mati dalam masa terdekat. Sebabnya, tuan dia bukan tangan hijau. T.T. ( Haah. i olss bukan spesis berkebun. Bila tanam pokok je mesti mati sobss. )


Cuba kira berapa eiffel tower dalam gambar ni? (tak termasuk gambar alas meja okay)


Masa kecil-kecil dulu pernah jugak cuba menanam. (masa besar dah takde). Masa kecil dulu suka sangat dengan pokok keembung atau pokok balsam. Tak tahu kenapa. Bila balik kampung, semangat minta dengan nenek pokok keembung macam-macam warna bawa balik rumah. Tapi, rasanya tak sampai sebulan kot, pokok pokok tu mati. Hmm..


Masa kecil dulu pernah jugak jaga pokok kaktus kecil macam Nicky. Tapi mati juga lulsss sebab rajin sangat siram. Haha. Eksperimen tanam menanam ni masa umur lebih kurang 6 tahun hingga 8 tahun. Tak ingat sangat exact umur.


Collection kecil-kecilan cubes. Dalam proses nak tambah lagi. Heee.


Dulu kat rumah pernah ada satu pokok kaktus besar yang berbuga. Besar dia lebih kurang bantal peluk, lepas tu ada anak-anak kat atas-atas dia. Kaktus ni berbunga sebulan sekali dan bunga dia besar sangat. Yang best, bunga dia akan berkembang waktu pagi, kuncup waktu petang dan akan bertahan dalam tiga hari je sebelum layu. So, sebagai kanak-kanak yang comel haruslah kita excited setiap kali bunga kaktus berkembang. Tapi, pokok ni pun tak lama sangat ada kat rumah. Walid buang sebab bahaya dekat adik yang kecik-kecik lagi masa tu.


Nak jaga kaktus ni nampak macam senang tapi takla senang sangat sebenarnya sebab kaktus cerewet. Terlebih air memang tak boleh, tapi kalau malas sangat nak siram, terkurang air pun tak boleh juga. Cahaya matahari pula kena balance. Hmm.. (oleh itu, mari berdoa Nicky bertahan lama.) 



Hi 'you.' Will be back. :)


Insya Allah, tahun ni mungkin sebulan dua entri. 
Doakan (^_^)



Till then. :)


Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.