Nicky



Assalamualaikum. Hi!


Alhamdulillah dah habis exam and yeay! Cuti seminggu (je). Sebelum balik rumah haritu tengok ada banyak lagi buku tak baca. Lebih kurang 14 buah. Dekat rumah ada lagi dua, so dalam 16 buah. (Dah banyak, tapi masih plan nak pergi book fair tahun ni. =.=') Bawa balik rumah tiga buah, harap dapat habiskan dalam cuti ni sesambil bergelumang dengan esaimen juga. Yup, cuti dan esaimen haruslah berpisah tiada.






So, kali ni nak cerita pasal Nicky. Mula jumpa Nicky ni December 2015. First impression, dia comel sangat! Terus kita suka dia. Tak, Nicky bukan kucing, atau arnab atau yang sewaktu dengannya. Dulu dah pernah cerita, tuan blog memang takda chemistry dengan haiwan-haiwan comel seperti kucing atau arnab sebagaimana sodium ada chemistry dengan chloride. Sebelum cerita panjang, meh kita kenalkan Nicky. 



Meet Nicky :)


She is Nicky the cactus.


Entah kenapa ada satu hari tu tetiba rasa nak beli kaktus. Jangan tanya kenapa sebab kalau dah tetiba ni memang takde sebab. So, membebel la kat twitter. (Macam la lepas tulis kat twitter boleh dapat. hmm)


Banyak lagi bebelan boleh didapati di twitterrrrrr. Disarankan agar tak follow.


Dua minggu lepas tu bila balik rumah,, cerita kat umi teringin nak kaktus. Tahu-tahu sebelum balik Kl umi belikan kita kaktus.


So, kita pun bawa Nicky datang kl, letak atas meja study. Gigih tau bawa Nicky ni naik bas. Lulss. Oh, definisi meja study adalah meja yang digunakan untuk menyusun buku-buku dan meletakkan pelbagai barangan yang lain. Bila study tak guna meja ni pun, guna meja jepun je. Buka atas karpet dan study gaya bebas. Hihi.



Sory kalau gambar tak jelas. Gambar-gambar ni tak edit. Terus tepek. Pemalas kan kita. Hmm


Satu je harapan bila dah ada Nicky, harap dia dapat membesar dan tak mati dalam masa terdekat. Sebabnya, tuan dia bukan tangan hijau. T.T. ( Haah. i olss bukan spesis berkebun. Bila tanam pokok je mesti mati sobss. )


Cuba kira berapa eiffel tower dalam gambar ni? (tak termasuk gambar alas meja okay)


Masa kecil-kecil dulu pernah jugak cuba menanam. (masa besar dah takde). Masa kecil dulu suka sangat dengan pokok keembung atau pokok balsam. Tak tahu kenapa. Bila balik kampung, semangat minta dengan nenek pokok keembung macam-macam warna bawa balik rumah. Tapi, rasanya tak sampai sebulan kot, pokok pokok tu mati. Hmm..


Masa kecil dulu pernah jugak jaga pokok kaktus kecil macam Nicky. Tapi mati juga lulsss sebab rajin sangat siram. Haha. Eksperimen tanam menanam ni masa umur lebih kurang 6 tahun hingga 8 tahun. Tak ingat sangat exact umur.


Collection kecil-kecilan cubes. Dalam proses nak tambah lagi. Heee.


Dulu kat rumah pernah ada satu pokok kaktus besar yang berbuga. Besar dia lebih kurang bantal peluk, lepas tu ada anak-anak kat atas-atas dia. Kaktus ni berbunga sebulan sekali dan bunga dia besar sangat. Yang best, bunga dia akan berkembang waktu pagi, kuncup waktu petang dan akan bertahan dalam tiga hari je sebelum layu. So, sebagai kanak-kanak yang comel haruslah kita excited setiap kali bunga kaktus berkembang. Tapi, pokok ni pun tak lama sangat ada kat rumah. Walid buang sebab bahaya dekat adik yang kecik-kecik lagi masa tu.


Nak jaga kaktus ni nampak macam senang tapi takla senang sangat sebenarnya sebab kaktus cerewet. Terlebih air memang tak boleh, tapi kalau malas sangat nak siram, terkurang air pun tak boleh juga. Cahaya matahari pula kena balance. Hmm.. (oleh itu, mari berdoa Nicky bertahan lama.) 



Hi 'you.' Will be back. :)


Insya Allah, tahun ni mungkin sebulan dua entri. 
Doakan (^_^)



Till then. :)


Show Comments: OR

4 comments:

  1. Banyaknyaaaaa cubes diaaaaa~~~ XDDD

    Mana nak cari yang 4 petak tu? Neechan nak belilah yang 4 petak tu, sebab Neechan is bad with cubes, yang standard 9 petak tu langsung tak pernah dapat solve lagi huhuhuhuhu.... *sobbing alone at a corner* ( TTwTT )

    Neechan is quite good at planting and taking care of plants though :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang 4 petak tu haritu kita beli kat beijing masa pergi sana. Kalau kat sini, yg confirm ada kat toy r us cuma mahal sikit la kot. hihi. Kita biasa beli kat bookstore sebb dia murah sikit tapi still smooth.

      i knew you're good at planting.Nampak kat blog haritu :D Boleh la bagi tips kat kitaa. hee

      Delete
  2. Haha biasa mcm tu kan...kalau dah suka, kita buat mcm dia teman kita...borak la letak nama manja dan mcm2 lagi...kadang kita je ckp dia comel...ikan, pokok, tapi org lain ckp pelik sbb dia xrasa apa yg kita rasa kan kan huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullll.. ada je yang tanya "Dah kenapa tetiba beli kaktus siap bagi nama bagai?"

      Kaktus ni bestfriend kedua lepas buku. Hihi.

      Delete
:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t  
:)   :(   :*   :X   :3   :')   XD   =D   =P   =O   =?   =S   =G   =I   =Y   =/   =F   =H  

Thanks for visiting,
Double thanks for following,
Million thanks for dropping your comments.

Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.