Lemas



Assalamualaikum :)


Hai. Yeay. Cukup empat bulan takde entri termungkir semua janji. I'm so sorry. April was a miserable month. A total miserable. Itu pertama kali rasa diselubungi awan negatif sampai kesudah tak jumpa cahaya matahari. Masa tu baru faham quote motivasi tu tak setiap masa bagi kesan. Segala kata motivasi nampak macam fantasi, bukan realiti. Motivasi = motibasi. Nampak orang post atau tweet kata-kata motivasi, skrol laju-laju sebab tak nak baca. Rasa maca tu karut. Tipu. Waktu macam ini, memberi semangat pada diri sendiri ibarat menipu diri sendiri.  Waktu ni jugak, memang kita akan jadi tak kisah dengan apa yang akan jadi. Hidup follow the flow. Nak stress pun dah penat. Rasa macam diri ni bukan setakat broken, tapi dah shatter jadi debu.


Entri ni khas untuk sesiapa yang tengah tak jumpa jalan, yang tengah down, yang dah tak tahu mana kiri mana kanan, yang rasa semua quote dan kata-kata motivasi tu semua mengarut dan tak boleh pakai dan yang nak bangun tapi tak mampu.


Here, take my hands :) Kita jalan sesama okay. 


*********************************************

Petama sekali, it is okay to feel down :) That means we are living our life. Tak salah nak rasa teruk. Tak salah nak rasa sesat. Tak salah nak rasa penat. Tak salah pun nak berhenti sekejap. Tak salah kalau menangis. Tak salah kalau jatuh. 

Cuma..... jangan lupa lepastu kena bangun. Lap air mata sambung jalan. Kalau rasa teruk, kena abaikan. Itu hanya perasaan. Kalau sesat, cari jalan. Kalau penat, kuatkan semangat. Tiada orang lain boleh paksa kita. Nak jalan atau berhenti bergantung pada diri. 


Sekarang,, kalau nak menangis, menangis dulu. Menangis puas-puas. Kalau ada seseorang yang boleh jadi tempat cerita untuk tenangkan perasaan, boleh pergi cerita dulu dekat orang tu. Kalau rasa tiada orang akan faham perasaan down tu, cerita dengan Tuhan. Yup, memanglah Allah dah tahu. Tapi sweetkan,, walaupun Dia dah tahu semua benda, Allah tetap sudi nak dengar bila-bila masa tak kisah apa pun yang kita nak cerita.


Ok dah pergi nangis dulu, kita tunggu. *hulur kotak tisu*


................................


Dah? Good job. *pat shoulder*


Sekarang adalah part motibasi. Iye, bunyi pun boring kan. Nak baca pun malas. Lagipun semua klise. Mula-mula suruh stay strong. Dia tak tahu ke sekarang ni kita memang tengah stay strong? Dia tak nampak yang kita dah lama tahan air mata dari keluar? Dia tak nampak yang kita dah lama pura-pura gelak?

Selain stay strong, be positive adalah antara kata-kata motivasi klise. Ingat positif ni boleh kutip tepi jalan keww huhuhu. Tak semua orang boleh dapat caj positif tetiba macam tu. Benda ni kena develop. So, marilah kita kumpul molekul positif tu sesama okay? :)



***************************

Dalam hidup ni, tiada siapa suka jatuh. Tiada siapa suka berada di bawah sepanjang masa. Nampak lopak pun kita elak, lemas di laut mestilah kita taknak. Tapi kadang-kadang sedar atau tidak, bergelumang dengan ombak, tak perasan kapal dah rosak. Kapal tenggelam dan kita jatuh ke laut dalam. Ditelan gelap, semua nampak hitam.


Dasar laut tekanannya tinggi. Itulah ibaratnya tekanan yang kita hadapi. Kesilapan ramai orang ialah membiarkan diri terlalu lama tenggelam. Terlupa berpaut untuk bertahan dan kembali ke permukaan. Terperangkap dalam kegelapan di dasar lautan. Menghampiri titik akhir kejatuhan. Terbayang kehancuran. Terbayang pengakhiran. .


Tapi hidup tidak berakhir di dasar lautan. Selagi jantung berdegup, selagi itu kita hidup.


Bila berada di dasar lautan, ada dua jalan penyeselaian.

Satu. Cari tempat berpaut untuk bertahan. Jangan cari ciptaan tapi cari Tuhan. Moga cahaya Dia dapat menerangi kegelapan dasar lautan. 

Dua, pilih antara tenggelam sia-sia atau tenggelam untuk membawa pulang mutiara.


When there is no struggle, there is no strength. 


*********************************


Tengah down ni, kita rasa kita dah sampai breaking point. Rasa kosong. Hollow. The only thing left is 'follow the flow'. But lemme tell you a good thing. 

This is not your breaking point yet. Yeay!! 

How do i know? 

Cause Allah does not burden a soul beyond its ability to bear. :)

So, what is this condition?  It is a situation where you need to find your hidden strength which can only be found when you travel downwards. And the thing that you found while travelling act as booster for you to move forward therefore you can improve yourself and be a better you in the future. :) 
-Yes, i made this up to comfort you but it works rite? *please say yes*


Poin utama adalah .... nak tenggelam boleh. Sampai dasar laut lapisan ketujuh puluh pun takdehal kalau mampu. Tapi menyelam jangan selamanya. Menyelam sekejap cari mutiara takpe :) 




No grit, no pearl. Korang tahukan mutiara terbentuk hasil tindakbalas tiram apabila pasir termasuk dalam diorang? Bila pasir masuk dalam tiram, tiram akan rasa sakit so dia akan keluarkan bahan untuk meliputi pasir tu. Proses ni berterusan selama bertahun dan terhasilnya mutiara. Boleh google kalau nak tahu backhidden story sebiji mutiara yang cantik 


Too much words and metaphor i think i shud stop.


I hope you get at least one small tiny particle of positive molecules from this not-so-interesting entry. Together lets move forwards. Okay, mungkin sekarang tak cukup kekuatan lagi. But promise me in 24 hours after you read this, you already moving forward and one tiny step is count!


See you! (with your pearl of course)  ^_^



Till then :)







1 Comments
Comments

1 comment:

  1. Kehidupan pasti ada ribut, ada ribut dalam kehidupan means you're alive and kicking. Jom lalui ribut ni sama2, jangan serabut lama2 ;3

    ReplyDelete

Thanx for visiting,
Double thanx for following,
Million thanx for dropping your comments.