Be Original.

Assalamualaikum.





Mencontohi yang baik itu tidak apa, 
Tapi kalau nak tiru semua benda,
Baik dan buruk tak diambil kira,
Boleh haru jadinya.



Bentuk diri,
Ikut Jalan yang diberi,
Oleh Allah dan Nabi,



Bukan ikut membuta tuli,
Dan tak semestinya ikut trend terkini.
Asal ikut jalan syariat,
Insya Allah, selamat dunia akhirat.




'MENIRU' DAN 'MENCONTOHI' ITU DUA PERKARA BERBEZA.






New Born


Assalamualaikum.

Ehem. ..tajuk over nak ayat bi.



Sekarang 12.30. 

Ini nak cerita kisah sejam sebelum.



11.30

Bunyi bising dekat luar. Macam orang bertukang pun ade. Intai-intai tapi takde orang. Then teringat pengalaman lepas. Arnab terlepas lagi ke? Habislah T.T Capai tudung terus keluar rumah.


Jenguk je kepala ..rasa macam........




Serius rasa nk pengsan. Jantung berdegup kencang. Dari dua arnab, sekarang dah bertambah.


Terus lari lagi laju dari usain bolt , capai handset telefon umi.



"Umi, arnab tu dah beranak, Pastu ayah arnab tu dok lompat-lompat. Habis anak dia tersepit kat sangkar"

"Asingkan la arnab jantan tu. Lepastu angkat anak dia"

"HA? ANGKAT?.. Tak boleh la umi. Tengok pun dah rasa macam.... *satu perasaan yang tak dapat digambarkan*. Telefon ayah long lah suruh dia asingkan arnab jantan tu"



Then, my umi sms bagitahu yang ayah long (ayah sedara) sampai lambat sikit. At that time i feel likee..




11.45

Dengan muka seposen, missha pergi rumah aunty kat depan , mintak tolong dia asingkan arnab tu. Lepas tu. dia datang lah tolong angkat and asingkan. Time tu rasa dah lega sikit.


Kebetulan pula , masa missha panggil aunty kat rumah depan ni, ade 2, 3 orang aunty lain ade kat luar rumah termasuk aunty yang tolong masukkan balik arnab dalam sangkar hari tu. [baca sini] dan [sini]


Officially, kisah 'missha tak berani nak pegang arnab' adalah topik hangat di kejiranan ini sekarang. MALUNYA!!!!!!!!!!




11.50 (anggaran masa)


Missha still tak masuk rumah, sebab tak tenang tengok arnab betina degan anak dia. Dan memang patut pun instinct tu ade, sebab tetibe anak arnab tu tergolek-golek keluar dari sangkar dia. Badan dia kecik , so memang senang la dia nak terkeluar. Kelegaan yang tadi dah start hilang.






Kalau seekor takpe la., sebab i think i can wait sampai adik-adik balik sekolah dalam pukul satu. Tapi 2 per 3 dari jumlah arnab *saja tak mau bagitahu jumlah sebenar* tu dah keluar. Time ni, dah start gelabah. Bukan gelabah apa, tapi arnab yang baru lahir ni sangat sensitif , So sepatutnya kena handle with care. Cewah..ayat memang tak tahan.. tapi nak buat..mak aihhhhhh....



12.00

Ayah long sampai dengan someone yang i use to call him Tok Ngah. Tok Ngah ni ada bela arnab kat rumah dia. Bila diorang sampai je, rasa macam nak lompat-lompat.


 Then, semua setel. Alhamdulillah.


12.25

Buka laptop. Hehe.



Sekarang 1.15,

Baru siap taip entri. Gambar arnab tak snap pun lagi sebab tadi missha dah TERsepahkan tempat arnab tu. Hehe. Next time la. Tu pun kalau ada yang nak tengok. :) Hoho. Btw, anak arnab tu ada enam.


Eh, dah lambat nak siap-siap. Petang ni ada kerja sikit, Sejak akhir-akhir ni, busy pula. Hehe. Sape yang ada tips nak jaga baby arnab ni, bolehla share-share ya ^_^ Boleh missha bagitahu adik. Haha.. *bukan nak buat pun.



Utamakan pandangan yang lebih utama



Assalamualaikum.


Susahnya,
Bila nak buat sesuatu di dunia
Tapi tidak mengutamakan pandangan penduduknya.



 "Biar dipandang hina penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit"



Susahnya
Mahu mengendahkan pandangan penduduk dunia,
Dan menjadi bualan penduduk langit di atas sana.



"Tak perlu nampak hebat di mata manusia, cukuplah hebat di pandangan Allah."




Susahnya mahu merelisasikan,
Kerana pandangan mata manusia itu selalu diagungkan.






Payah,
Susah,
Tidak mudah,


Tapi ,
Usah mengalah.


Usaha,
Usaha,
Dan usaha.


Banyak langkah diperlukan,
Untuk SATU perubahan.



"Perubahan itu satu proses, yang memerlukan banyak langkah."



Memang berkata-kata itu lebih mudah,
Tapi itu bukan alasan untuk tetap di jalan yang salah,
Asal jangan mengalah,
Segala susah payah,
Dan penat lelah,
Menghasilkan buah.
Insya Allah.


Jom sama-sama,
Mulakan langkah pertama, :)




Ahh sudahh.. Langkah pertama pun dah payah. T.T



*****************************************



Kisah Bilal bin Rabah,

Dulunya seorang hamba, tapi laungan azannya, samapi di atas sana.

Pernah sekali malaikat turun bertanya kepada Nabi s.a.w. , 
“Apakah tidak ada azan solat Subuh pada hari ini?”  
Rupanya, tempat Bilal pada hari itu diganti oleh muazzin lain. 


********************************


Hidden camera


...........................


"Nak pergi mana?"

"Keluar." Sambil sikat rambut.



"Dengan siapa? "

" Dengan 'kawan'."



"Dengan 'dia' ke?"

Angguk.Senyum.



" Buka kat rumah tak?"

 "Tak tahu lagi balik ke tak buka nanti. Berita apa tu? "



"Orang kena tangkap. Merompak waktu sahur. Eh, cuba bayang, kalau kau kat tempat pesalah tu, apa kau rasa bila kamera rakam kau?"

"Entah. Malu kot. Kenapa tanya? " Sambil pakai topi.



"Tarapapa."

"Takkan tak de pape" Sambil pakai stokin.



"Kalau kat dunia, bila kesalahan ditayang kita dah rasa malu, agak-agak nanti kat sana macam mana?"

"Meaning?" Sambil ikat tali kasut.



"Yela. Kan tangan, kaki, mata dan semua anggota kita ni 'kamera '. Apa yang kita buat akan ditayangkan semula. Hm..malunya orang tengok dosa yang kita buat"

Tanggal kasut. Masuk rumah.




"Eh, tak jadi keluar?"


"Takpelah. Hari ni rasa macam nak buka kat rumah je."

..............................







17 Ramadhan : Full of ibrah, Alhamdulillah



Assalamualaikum.


Semalam 17 Ramadhan. Nuzul Al-Quran. Dah tak lama untuk tirai fasa kedua dilabuhkan. Tak rasa apa-apa  bila Ramadhan hendak pergi meninggalkan.? Masih ada masa untuk kita renungkan. Koreksi diri, tampung kekurangan. :)  Bersama kita lakukan. Insya Allah.


Entri ini bukan nak cerita apa itu Nuzul Quran sebab rasanya, semalam mesti dah ramai yang keluarkan entri yang sedemikian.


Semalam, dalam pkul 5.20 pagi, ada aunty datang rumah. Dia minta tolong gantikan tempat dia untuk Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran (untuk wanita). Missha pulak jenis tak kisah and i said yes, I'll go walau tak tahu menahu kena buat apa. Dia mintak tolong, so, macam tak baik nak hampakan. Lagipun, missha pula memang tak de halangan untuk tak pergi. Dan missha pula memang jenis orang yang 'redah je even tak biasa'. Kalau tak cuba ,mana kita tahu kan. :) Even missha memang tak suka perkara yang memerlukan adaptation bagai ni, and walaupun skill untuk adapt dengan sesuatu tempat or majlis memang tersangatlah kurang, but my skill untuk 'redah and belasah ' sangat tinggi.






Sampai sana, dalam pukul 7.30. Aunty tu yang hantarkan. Terima kasih aunty sebab sudi tunggu walaupun missha TERlambat siap. Kelam kabut tahap petala kelapan nak bersiap. :)  Sampai-sampai je, dalam hati terdetik "Ah sudah, ramai gila orang."  Haruslah ramai sebab rupanya majlis ni peringkat negeri. Dengan bawak rehal yang super besar dekat tangan, (tak ingat nk letak rehal dalam beg), and my bag yang ada Al-Quran and telekong tu super duper full (sebab tak tahu kena bwak telekong, so pilih beg yang kecil. bila dah tahu kena bawa, apa lagi, main aci sumbat jelah, nasib muat. .hehe ) , terus pergi tunggu kat kaunter pendaftaran sambil buat muka comel. *padahal masa tu tak tahu nak buat apa.



Lepas aunty tu suruh masuk, dia pun balik sebb dia takde invitation untuk masuk majlis selain selain untuk join tadarus. So, kena berdiri atas kaki sendiri. Eh, terlupa pula nk bagitahu. Baju kurung yang missha kena pakai untuk tadarus tu sama dengan 20 orang aunty-auty yang lain. *setiap kumpulan or perbadanan pakai baju sama. Kiranya, missha peserta termuda, =.=' Seriously rasa macammmm... sesuatu perasaan yang tak dapat digambarkan.



Then, masa untuk pilih surah. Ini antara kata-kata yang menerjah telinga.


"Kita pilih Surah Yassin lah, senang. "

"Jom pilih surah lain la. Surah ni susah."



Dekat 4 kali, ulang alik dalam dewan dengan beg and rehal, dan tak lupa, plastik yang ada kasut. semata-mata nak pilih surah. Urusetia yang nampak proses ulang alik tu, senyum je kot. Mesti dia perasan muka missha yang dah tergambar "keseronokan". Err..


Pukul 9, baru start tadarus. Lega bila dah mula, sebab dah lama menunggu. Bila my turn, haruslah neves tu ade. Haha.. Tapi.. sepanjang bertadarus, these things bermain dalam kepala, dalam hati.



"Alhamdulillah, umi dan walid ajar baca Quran dari kecil"

"Alhamdulillah, Allah masih bagi kesempatan untuk baca Quran"

"Alhamdulillah, Allah bagi kemudahan dan kefahaman masa belajar baca Al-Quran dulu-dulu"

"Patutlah tahu baca Quran tu penting"

"Patutlah kita tak boleh berhenti belajar"

"Patutlah kalau nak cari jodoh, agama yang utama" <--- luar alam punya thinking.




Kenapa benda-benda ni bermain dalam kepala?

Sebab when I heard aunty tu baca, (bukan semua, tapi 2 or 3 dari  9 ) ,

I know that she still in early learning process. Seriously, i'm shocked, suprised dan yang sewaktu dengannya.

Bukan nak buat penilaian , tapi bila jadi macam tu, i tend untuk fikir pasal diri sendiri.


Bersyukur.

Jangan sia-siakan ilmu yang ada.Amal. Guna.

Orang yang lain yang tak tahu, berusaha nak belajar. Kita yang dah tahu, buat-buat tak tahu. Memalukan. Merugikan.


Benda lain yang beri pengajaran:


Kita tak tunggu kita betul untuk untuk membetulkan orang lain, tapi kita saling memperbetulkan.

Umur bukn penghalang untuk kita menyuarakan apa yang betul.



Yang bestnya , sebab dapat dengar live Cik Hajjah Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman ,Johan Qariah Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2009  baca Al-Quran masa majlis penutup.  Subhanallah. Seriously awesome :) . Dah lah memang admire dia .


Pesan dia sebelum tadarus:
Dalam bertadarus, kita saling memperbetulkan bacaan. Tadarus itu bukan 'baca terus'.



cenderahati : dapat Al Quran sebuah. latest and limited punya edition.
"gmbar hiasan dari google"


P/s: Tak rugi main aci redah :) 

note: bahasa rojak? sila abaikan . hehe




Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.