Twenty Twenty



Assalamualaikum dan Hi.

Dah lama tak menulis. Rindu menulis tu ada. Masa dan rajin tu yang takde. 😆

Last update tahun Mei 2018. Sekarang dah April 2020. Rugi pulak tak update at least satu post tahun 2019. Hmm..


Ni gambar i shoot sendiri tau


Kalau you guys notice, sepanjang akhir tahun 2017 hingga awal tahun 2018, tempoh tu antara my lowest point dalam hidup. Boleh refer previous posts.  Banyak benda yang berlaku. Tapi at the same time, banyak juga benda baik yang berlaku. Dan hikmah dan nikmat yang Allah bagi selepas fasa tu adalah anugerah yang terbesar dalam hidup. 

Btw, banyakkkkk sangat benda nak taip sampai tak tahu nak mula dari mana. Mari mulakan dengan update kehidupan - big events dalam hidup yang berlaku sepanjang 2018 - 2020


28 April 2018.
Bertunang. Majlis yang simple tapi bermakna. How i met my fiance? Let's save the story for another day. Cewahh.




09 Mei 2018
Mengundi. First time pergi mengundi. First time juga tunggu keputusan undi sampai pagi.

Jari celup



16 Julai 2018
Kerja. Alhamdulillah dah mula kerja. Alhamdulillah tempat kerja dekat dengan rumah. Dan tak sangka dapat survive dunia belajar dentistry yang penuh drama dan pancaroba itu.


Gown gedoboh


01 September 2018
Nikah. Majlis pernikahan di sebelah pagi dan resepsi. Alhamdulillah, kanak -kanak ribena pemilik blog ni  dah jadi isteri.


In white :)



24 November 2018
Majlis sambut menantu. Songket theme.

Love teruks baju ni



27 November 2018
Graduasi. Bila kerja dulu baru grad ni rasa bahagia sebab dapat sediakan semua untuk parents datang graduasi yeay!

<3
             


18 November 2019 (ye, setahun kemudian)
Adam. Alhamdulillah, selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.53 kg. Dah jadi ibu dah guys. 😍😊 Masa mengandung 6 bulan morning sickness. Lepastu masuk akhir bulan ke tujuh dah start rasa sarat dan mengah. Masa mengandung banyak berehat. Barang pun kebanyakan beli online je.

14 Mac 2019

Summary tahun 2019:  hospital posting 3 bulan (Jan hingga Mac) > mengandung (Mac hingga Nov)  (morning sickness 6 bulan + sarat dan mengah third trimester) > bersalin dan pantang sampai Jan 2020.

************************


Alhamdulillah atas segala nikmat. Tak terungkap rasa syukur tu. Especially bila semua ni berlaku lepas lowest point tu. Betullah aturan Allah itu indah :)  Doakan semoga rumah tangga i dilimpahi sakinah, mawaddah dan rahmah, doakan semoga i dapat jadi ibu yang baik, doakan semoga anak i jadi anak yang soleh. Doa yang terbaik untuk semua especially musim COVID 19 ni. Semoga yang terbaik untuk kita semua. Untuk yang bekerja tu, samalah kita kena kerjaa. Moga terus kuat. Untuk yang berada di rumah pun, semoga kuat juga. Tapi jangan kuat makan 😆😆

Okey, cukup duluu buat masa sekarang. Simpan sikit kerajinan untuk masa akan datang. Haha. Korang nak i tulis pasal apa lepas ni. Pasal belajar dentistry ke (mana tahu ada adik-adik yang baca),  pasal journey menanti kelahiran anak pertama ke, pasal shopping barang baby ke,  pasal kerja keee., pasal buku ke, pasal skincare keee. Bagi la idea untuk next post. Heeee


Till then :)
Stay Home, Stay Safe
Show Comments: OR

1 comment:

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t  
:)   :(   :*   :X   :3   :')   XD   =D   =P   =O   =?   =S   =G   =I   =Y   =/   =F   =H  

Thanks for visiting,
Double thanks for following,
Million thanks for dropping your comments.

Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.