Betul vs Biasa.



Assalamualaikum.


Random thought.


Payah,
Bila dunia agungkan yang salah.


Sukar,
Bila hendak pulang ke jalan sebenar.


Sigh


Betullah bahawa,


Yang menjadi kebiasaan itu tak semestinya betul.


Dan,


Yang betul itu tak semestinya menjadi kebiasaan.



Betul. ..Biasa...


Mana lagi utama?


Dan apa pilihan kita?



Ah..susahnya.




Ya Allah. Tetapkanlah hamba-Mu ini di jalan yang benar. Dan berilah kekuatan untukku mujahadah dan istiqamah.









Be Original.

Assalamualaikum.





Mencontohi yang baik itu tidak apa, 
Tapi kalau nak tiru semua benda,
Baik dan buruk tak diambil kira,
Boleh haru jadinya.



Bentuk diri,
Ikut Jalan yang diberi,
Oleh Allah dan Nabi,



Bukan ikut membuta tuli,
Dan tak semestinya ikut trend terkini.
Asal ikut jalan syariat,
Insya Allah, selamat dunia akhirat.




'MENIRU' DAN 'MENCONTOHI' ITU DUA PERKARA BERBEZA.






New Born


Assalamualaikum.

Ehem. ..tajuk over nak ayat bi.



Sekarang 12.30. 

Ini nak cerita kisah sejam sebelum.



11.30

Bunyi bising dekat luar. Macam orang bertukang pun ade. Intai-intai tapi takde orang. Then teringat pengalaman lepas. Arnab terlepas lagi ke? Habislah T.T Capai tudung terus keluar rumah.


Jenguk je kepala ..rasa macam........




Serius rasa nk pengsan. Jantung berdegup kencang. Dari dua arnab, sekarang dah bertambah.


Terus lari lagi laju dari usain bolt , capai handset telefon umi.



"Umi, arnab tu dah beranak, Pastu ayah arnab tu dok lompat-lompat. Habis anak dia tersepit kat sangkar"

"Asingkan la arnab jantan tu. Lepastu angkat anak dia"

"HA? ANGKAT?.. Tak boleh la umi. Tengok pun dah rasa macam.... *satu perasaan yang tak dapat digambarkan*. Telefon ayah long lah suruh dia asingkan arnab jantan tu"



Then, my umi sms bagitahu yang ayah long (ayah sedara) sampai lambat sikit. At that time i feel likee..




11.45

Dengan muka seposen, missha pergi rumah aunty kat depan , mintak tolong dia asingkan arnab tu. Lepas tu. dia datang lah tolong angkat and asingkan. Time tu rasa dah lega sikit.


Kebetulan pula , masa missha panggil aunty kat rumah depan ni, ade 2, 3 orang aunty lain ade kat luar rumah termasuk aunty yang tolong masukkan balik arnab dalam sangkar hari tu. [baca sini] dan [sini]


Officially, kisah 'missha tak berani nak pegang arnab' adalah topik hangat di kejiranan ini sekarang. MALUNYA!!!!!!!!!!




11.50 (anggaran masa)


Missha still tak masuk rumah, sebab tak tenang tengok arnab betina degan anak dia. Dan memang patut pun instinct tu ade, sebab tetibe anak arnab tu tergolek-golek keluar dari sangkar dia. Badan dia kecik , so memang senang la dia nak terkeluar. Kelegaan yang tadi dah start hilang.






Kalau seekor takpe la., sebab i think i can wait sampai adik-adik balik sekolah dalam pukul satu. Tapi 2 per 3 dari jumlah arnab *saja tak mau bagitahu jumlah sebenar* tu dah keluar. Time ni, dah start gelabah. Bukan gelabah apa, tapi arnab yang baru lahir ni sangat sensitif , So sepatutnya kena handle with care. Cewah..ayat memang tak tahan.. tapi nak buat..mak aihhhhhh....



12.00

Ayah long sampai dengan someone yang i use to call him Tok Ngah. Tok Ngah ni ada bela arnab kat rumah dia. Bila diorang sampai je, rasa macam nak lompat-lompat.


 Then, semua setel. Alhamdulillah.


12.25

Buka laptop. Hehe.



Sekarang 1.15,

Baru siap taip entri. Gambar arnab tak snap pun lagi sebab tadi missha dah TERsepahkan tempat arnab tu. Hehe. Next time la. Tu pun kalau ada yang nak tengok. :) Hoho. Btw, anak arnab tu ada enam.


Eh, dah lambat nak siap-siap. Petang ni ada kerja sikit, Sejak akhir-akhir ni, busy pula. Hehe. Sape yang ada tips nak jaga baby arnab ni, bolehla share-share ya ^_^ Boleh missha bagitahu adik. Haha.. *bukan nak buat pun.



Utamakan pandangan yang lebih utama



Assalamualaikum.


Susahnya,
Bila nak buat sesuatu di dunia
Tapi tidak mengutamakan pandangan penduduknya.



 "Biar dipandang hina penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit"



Susahnya
Mahu mengendahkan pandangan penduduk dunia,
Dan menjadi bualan penduduk langit di atas sana.



"Tak perlu nampak hebat di mata manusia, cukuplah hebat di pandangan Allah."




Susahnya mahu merelisasikan,
Kerana pandangan mata manusia itu selalu diagungkan.






Payah,
Susah,
Tidak mudah,


Tapi ,
Usah mengalah.


Usaha,
Usaha,
Dan usaha.


Banyak langkah diperlukan,
Untuk SATU perubahan.



"Perubahan itu satu proses, yang memerlukan banyak langkah."



Memang berkata-kata itu lebih mudah,
Tapi itu bukan alasan untuk tetap di jalan yang salah,
Asal jangan mengalah,
Segala susah payah,
Dan penat lelah,
Menghasilkan buah.
Insya Allah.


Jom sama-sama,
Mulakan langkah pertama, :)




Ahh sudahh.. Langkah pertama pun dah payah. T.T



*****************************************



Kisah Bilal bin Rabah,

Dulunya seorang hamba, tapi laungan azannya, samapi di atas sana.

Pernah sekali malaikat turun bertanya kepada Nabi s.a.w. , 
“Apakah tidak ada azan solat Subuh pada hari ini?”  
Rupanya, tempat Bilal pada hari itu diganti oleh muazzin lain. 


********************************


Hidden camera


...........................


"Nak pergi mana?"

"Keluar." Sambil sikat rambut.



"Dengan siapa? "

" Dengan 'kawan'."



"Dengan 'dia' ke?"

Angguk.Senyum.



" Buka kat rumah tak?"

 "Tak tahu lagi balik ke tak buka nanti. Berita apa tu? "



"Orang kena tangkap. Merompak waktu sahur. Eh, cuba bayang, kalau kau kat tempat pesalah tu, apa kau rasa bila kamera rakam kau?"

"Entah. Malu kot. Kenapa tanya? " Sambil pakai topi.



"Tarapapa."

"Takkan tak de pape" Sambil pakai stokin.



"Kalau kat dunia, bila kesalahan ditayang kita dah rasa malu, agak-agak nanti kat sana macam mana?"

"Meaning?" Sambil ikat tali kasut.



"Yela. Kan tangan, kaki, mata dan semua anggota kita ni 'kamera '. Apa yang kita buat akan ditayangkan semula. Hm..malunya orang tengok dosa yang kita buat"

Tanggal kasut. Masuk rumah.




"Eh, tak jadi keluar?"


"Takpelah. Hari ni rasa macam nak buka kat rumah je."

..............................







Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.