Assalamualaikum :)
Maaf.
Sorry.
Duìbùqǐ.
Asif.
One word.
Macam simple.
Tapi, itu hanya luaran.
Untuk mengucapkannya, kadang kala payah.
Terasa pahit tekak dan lidah.
Nak rasa keikhlasan di dalamnya, lagi susah,
Sebab kadang-kadang hati masih resah.
Resah sebab rasa, 'bukan aku yang bersalah'
Tapi,
Yang lebih susah ialah beri kemaafan,
Kenapa?
Kerana kadang-kadang hati masih belum sembuh akibat pertelingkahan,
Walau luka sudah tiada, parutnya masih jelas dan nyata,.
Walau tak nampak di mata, tapi ia ada.
Tapi..tapi..tapi..
Maafkanlah andai ada yang meminta, walau pun payah, :D
Tak rugi, bahkan senang hati lagi. :)
“Wahai ‘Uqbah, mahukah engkau aku beritahu akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling mulia? Iaitu, menyambung silaturahim dengan orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang tidak mahu dan tidak pernah memberimu, memaafkan orang yang pernah menzalimi dan menganiayamu.”
(Hadis Riwayat Hakim)
“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang-orang yang menafkahkan (hartanya) baik pada waktu lapang mahupun pada waktu sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”
(Ali Imran 3:133-134)
“Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan antara kamu bersumpah bahawa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat(nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(An-Nur 22)
Do I need to write more?? Cukup dah rasanya ^_^
A teacher asked: "What is Forgiveness?"
A cute little kid gave this lovely reply, "It's the wonderful smell that a flower gives when it is being crushed."
note: tajuk sibuk modified dari lagu KRU: 3 kata. errrrr...