Kejar

Assalamualaikum.


Oktober sangattttt busy. Biasa la nak cuti midsem. Esaimensssssss datang tak pulang-pulang.


Naik tahun empat, sesi klinik banyak. Kena pandai urus kalau tak ke laut dalam jadi buih-buih halus. Penat? Eheh, tak penat tu tak normal.


Macam tahun dua, tahun empat ni ada sesi optech atau nama panjangnya operative technique.

Apa yang kami buat dalam optech nie?

Dalam optech ni la kami belajar buat segala-galanya kali pertama. Contohnya, masa tahun dua kami belajar buat tampalan. Encik dummy jadi pesakit. Masa tahun empat belajar buat crown and bridges. Nak tahu apa tu, boleh google. :) Rajin-rajinkan jari yeee.. *sebenarnya kite yang malasss. huhu*

Gambar google encik dummy. Sama je rupa dia. Sepesen.

Dalam optech ni sistem dia macam ni. Katakan hari tu kami kena buat tampalan class II, so kami akan mula buat pada gigi yang dah dipilih step by step.

Buat step pertama >> tunjuk doktor >> doktor bagi proceed >> doktor sain dekat buku log >> Buat step kedua pula>> tunjuk doktor >> *ulang sampai siap task untuk hari tu*

Kalau kena redo, ulang dari langkah satu. Heeee


Gigi frasaco. Gigi plastik. Ada juga kena kumpul sendiri gigi sampai cukup atas bawah.


Buat benda ni kena sabar. Kalau jadi yang paling lambat siap atau step terkebelakang dari orang lain, mulalah stress lepastu gelabah. Tu belum lagi tiba-tiba kena redo step last. Luruh jari-jemari dan tulang belakang.


Masa tahun dua dalam optech, tak nafikan memang aim nak cepat siap semua task atau paling kurang pun, siap on time. Takmo lambat-lambat. Disebabkan niat tu macam dah terpesong sikit, (niat nak siap je, belajar?) rasa takde feel sangat buat benda-benda tu.





Yang pink tu nama dia silicone. Untuk ambil acuan gigi atau kita panggil impression.


Suatu hari, ada seorang lecturer ni cakap, sepatutnya buat optech ni kena ada feel, jangan under stress. Sebab bila kita buat step by step dan ada feel , eventually prosedur tu akan sebati dengan diri kita. So,, masa kita nak buat dekat real patient nanti takdela gelabah sekejap step satu lepas tu step lapan lepastu naik balik step tiga.


Bila kita buat dengan tenang, kita dapat absorb apa yang sepatutnya kita kena buat dan kita boleh nampak  macam mana hasil yang sepatutnya kita nak. Nanti kita tahu nak assess tooth preparation untuk masa akan datang.


Bila kita buat stress-stress tahu nak cepat je, macam cincai air cincau la hasilnya. Siap memang siap, tapi kita dapat tak apa yang sepatutnya kita dapat? Hmm....




Tapi, tu tak bermaksud boleh buat lambat-lambat. Buat cepat , feel kena ada tapi jangan gelojoh nak siap semata-mata.


Masa tahun empat, iolss pun cuba buat dengan penuh penghayatan. Memang feel dia lain. Seronok walaupun stress sebab kena redo. HAHAHA. Redo last step pulak tu. Sabar jela. Tapi stress tu dia macam stress positif. Bukan stress angin puting beliung habis semua orang kau nak marah.  Bila kena redo, kena la redha sebab redo tu la kita belajar.


Cumanya, lepas kena redo tu ada juga la ambik jalan pintas sikit pasal semua orang dah sipa tiba kau baru nak start. Okay, my bad. Jangan tiru aksi ini.






Poinnya kat sini, put your heart into everything you do.  Susah tu memang la, nak-nak benda yang kita buat hari-hari tu offer stress. Tapi kenala cuba kan awakk... *cakap dengan diri sendiri* Seriously, tak rugi cuba.





Ini la serba sedikit hidup iolss. Takda apa yang menarik bulan oktober ni nak update. Hidup sekata hari-hari buat benda sama. Orang kata hidup ni macam tayar kadang-kadang kita kat atas kadang-kadang kita kat bawah. Tapi bila hidup macam kat bawah je, tertanya jugak, bila nak naik atas. Hmm..

Mungkin tayar ni dah jadi pasu bunga atas tanah. Kat bawah sentiasa. Lulllsss



Jumpa quote ni kat google. Menusuk ke kalbu. Hmm


"Working hard for something we don't care about is called stress; 
working hard for something we love is called passion."



Throw away tension,
Develop passion,
And patience :)
@misshatulis



Till then.
Muhun doa semua :)




Hati Tisu.


Assalamualaikum :)


#Random


Hidup ni,
Ada masa kita rasa kuat,
Ada masa kita rasa lemah sangat.


Biasa la,
Hidup.


Hidup tak lurus,
Macam jalan raya,
Banyak simpang siur,
Banyak selekoh tajam,
Ada jalan yang berlubang,
Ada masa jalan tanah merah berbatu batu lagi.


Hidup ada pasang surut.
Macam laut.
Kadang air pasang,
Kadang air surut,
Kadang ombak kuat,
Kadang ombak sopan je.
Ombak tu macam ujian dalam hidup,
Ada yang besar, ada yang kecil.


Hidup ni,
Mesti ada satu tahap,
Semua benda rasa tak kena.


Member tersalah cakap sikit je,
Terasa.


Terlambat sikit dari orang,
Rasa diri sendiri paling loser,
Paling teruk dalam dunia.


Kena marah sikit,
Sedih.


Banyak sangat benda kena buat,
Penat.


Bila dah tak kuat,
Sikit-sikit sedih,
Sikit-sikit letih,
Lepastu stress,
Nangis.


Stage terakhir yang paling bahaya,
Mengalah



Tak.
Jangan mengalah lagi.





"Kau takkan tahu sejauh mana kekuatan kau sampaila jadi kuat adalah satu-satunya pilihan yang kau kena buat"





*****************************************************





Fikir,
Kenapa lemah sangat ni?
Kenapa manja sangat ni?
Kenapa air mata meluncur laju sangat ni?


Ambil tisu,
Kesat air mata.
Basah.
Lap pipi pulak.
Koyak.


"Eee tisu ni. Orang tak habis lap lagi."
Keronyok tisu.
Campak.
Buang.







***************************************************


Ambil tisu rendam dalam air.

Lembik.
Hancur.


Ambil tisu lambung atas.
Jatuh melayang.
Macam hilang tujuan.


Kena tanah,
Terpijak.
Koyak.


Terbayang hati sendiri.




***************************************************




Hati,
Jangan macam ni please?


Kalau tisu rendam air basah,
Awak kena ombak kuat awak jangan  mengalah.


Kalau tisu lambung atas jatuh melayang,
Awak jatuh jangan hilang tujuan.


Kalau tisu terpijak boleh terkoyak,
Awak pula kalau terluka janganbermuram durja.


Awak kan muscle,
Kena la bina 'badan' awak tu,
Bagi tough sikit.










Eh, Awak tak tau nak bina badan macam mana?
Pergi gym la.
Tapi gym awak ni lain sikit.
Gym awak takde dumbbell,
Takde chin up bar,
Takde segala bagai mesin leg press chest press.


Gym awak istimewa.
Awak tahu kenapa?
Sebab gym awak hanya ada awak dengan Dia je.
Sweet kan?


Gym awak spritual, bukan fizikal.
Awak selalu ingat Dia,
Awak buat semua benda niat kerana Dia,


Lepastu,
Awak buat sesi coaching malam - malam,
Biasanya sesi coahing ni orang panggil qiam.
Qiam ni latih diri awak bangun awal malam,
Latih awak istiqamah,
Dan buat awak lagi dekattttttt dengan 'coach' awak.


Tapi sesi coaching ni tak terhad waktu malam je,
Ujian yang awak dapat tu?
Ujian yang menyebabkan awak rasa hidup awak la paling susah.
Ujian yang awak rasa beban yang tak tertanggung,
Tu sesi coaching la tu.
Coaching secara tak langsung.


Tapi coach awak tu adil,
Dia bagi ujian setakat mana yang awak mampu.
Penyayang kan Dia?


So hati,
Awak kena tough,
Awak jangan tisu,
Awak kena sado.



****************************************************



Tisu tu perlu,
Tapi bukan selalu.
Tak semua air mata tu kelemahan,
Kadang-kadang air mata tu tanda kita dah lama bertahan.


Air mata mengalir tak mampu kita nak halang,
Tapi sedih macam mana pun jangan lupa Tuhan.
Doa biar dipermudahkan segala urusan.


Air mata nak jatuh tu biarkan,
Sebab tu bukan bermaksud kekalahan,
Setiap perkara bukan pengakhiran selagi kita terus bangun dan berjalan.







Nak jadi kuat kena kuat.
@misshatulis





Till then.
#hatikenasaض


Credit pic: google




Sesat


Assalamualaikum



Akan ada satu ketika,
Kau rasa hilang punca,
Hilang bahagia,
Hilang segalanya.
Yang ada cuma nyawa,
Dan jasad semata.
Hidup tanpa makna.



Bagai orang dungu,
Kau hanya duduk di situ,
Memeluk lutut yang menopang dagu,
Merenung kosong dinding dan bucu,
Kau terkurung dalam bilik yang tidak dikunci pintu,
Kau tahu apa bilik itu?
Itu zon selesamu, dulu.




Termenung,
Kau rasa kau hilang sesuatu,
Namun apa yang hilang itu tidak kau tahu,
Kau cuba cari di segenap penjuru,
Sia-sia usahamu,
Tidak kau jumpa apa-apa walau setitik debu,
Lalu kau tekad untuk maju,
Kau bangun dan keluar dari bilik itu.




Kau tolak pintu dan mulakan perjalanan,
Di atas jalan kehidupan,
Kau keseorangan,
Tiada apa di kiri dan kanan
Compang camping baju tak kau hiraukan,
Walau hanya gelap di hadapan,
Berkaki ayam namun kau terus berjalan,
Kehausan,
Kelaparan,
Kepenatan.
Namun kau gagahkan.
Hingga tiba di persimpangan.
Kau tahu kau harus buat pilihan.





Kau buntu. 
Di persimpangan lorong itu,
Kaki kau kaku.
"Mana yang harus aku tuju?"
Apa di depan kau tidak tahu,
Rasa takut menyelubungi kalbu.


Lalu hati berbicara,
"Patutkah aku undur semula?"
Kau tahu dengan nyata,
Undur bermakna kau akan terkurung semula,
Undur bermakna kau akan merasa sakit yang sama.
Undur bermakna kau akan kembali ke luka lama,
Yang kini hampir pulih seperti sediakala,
Namun parut pastinya ada.


"TIDAK! Tidak mungkin aku undur semula!"


Hatimu membuat keputusan,
Undur bukan pilihan,
Namun maju ke hadapan kau enggan,
Terduduk kau tersedan-sedan,
Terbaring keletihan,
Kau kesat air mata bercucuran,
Dan tika itu kau nampak awan.


Ternaik sedikit hujung bibirmu,
Dan air matamu turun lebih laju,
"Ah, bodohnya aku."


Ya,
Kau 'lupa pandang atas',
Sibuk dengan dunia,
Selesa dengan bahagia,
Kau lupa Dia.







Sesat,
Bukan sebab tiada peta,
Bukan sebab tiada jalan depan mata, 
Tapi sebab tinggal Pencipta,
Lupa destinasi sepatutnya.






Till then.
Muhun tembak doa. :)



Credit pic: Google and Tumblr




Coffee, please


Assalamualaikum.


Dari diari curi;



"Jom keluar"


"Mana?"


"Gerai kat simpang depan. Sarapan. Nasi lemak nak?"


"Ok je. Yang penting....."


"Kopi"


Dah jadi rutin. Asal keluar je, mesti order minuman yang coffee based.






"Kenapa suka kopi?


"Suka kena ada sebab ke?"


"Takdela. Curious je. Aku tengok kau ni dah tahap coffeeholic dah ni."


"Mana ada. Aku tahap coffee lover je."


"Dah apa beza dua tu?"


"Coffeeholic ni jenis yang memang tak boleh takde coffee. Kalau coffee lover ni, dia suka coffe tapi tetap boleh minum air lain. Love kan maksudnya sayang. Ingat tak, ada peribahasa kata kalau sayang tinggal-tinggalkan? Coffee lover ni macam tula. Suka coffe, tapi still boleh tinggal."


"Macam salah guna je peribahasa tu. Ni mana info dapat ni?"


"Baru reka tadi."


"Agak dah. Kalau tak auta tak sah."



***************************************



Next day.



"Pernah dengar tak cerita tentang kopi ?"


"Cerita tentang apa? Tentang kopi tahi gajah kopi termahal kat dunia ke?"


"Bukan yang tu. Cerita tentang orang buat metafora kopi ni adalah kehidupan."


"Tak pernah dengar pulak. Apa cerita dia? Macam menarik."






"Cerita dia tentang seorang professor ni. Suatu hari, bekas pelajar dia ramai-ramai pergi melawat dia. Masing-masing bertukar cerita pasal diri sendiri. Ada yang baru kerja, ada yang baru beli kereta, ada yang baru nak kahwin, ada yang dah ada anak. Diorang sembang tentang nak majukan hidup, nak rumah lagi besar, nak kereta mewah, nak jawatan tinggi. Dan macam biasa semua orang komplen stress dan penat."


"Okay. Normal la tu. Hidup. Manusia jarang sangat rasa cukup. Then?"


"Bila prof ni dengar dia macam sedih dan dia rasa dia kena buat sesuatu. So, masa tu dia pergi dapur dan buat air kopi. Waktu nak hidang, bekas pelajar dia semua pandang pelik dekat dulang air yang dia bawa."


"Kenapa pandang pelik pula? Dia buat air kopi cincau ke?"


"Kopi cincau pebenda pulak. Jangan potong jalan cerita boleh?"


"Ala gurau je. By the way, kopi cincau ada okay. Capuccino cincau. Balik semula cerita. So apa yang pelik dengan air tu?"



"Yang pelik bukan air tapi cawan yang prof tu bawa. Biasa kan orang bawa keluar satu set cawan acopal segala bagai tapi prof ni dia bawa keluar macam-macam jenis cawan. Ada yang kaca, ada yang plastik, ada yang corak english vintage, ada yang corak abstrak, ada yang berkerawang segala. Senang kata memang pelbagai la. Gelas pun ada."


"Biasa je aku rasa bawa keluar cawan tak sama jenis. Kalau orang ramai, cawan tak cukup kena campur-campur juga set cawan tu."


"Boleh tak jangan pertikai jangan cerita? Dah cerita macam tu. Nak dengar ke taknak ni?"


"Yela. Sambung la."


"Bila prof dah tuang air, masing-masing pun pilih cawan yang berkenan di mata. Lepastu, ada yang gurau sesama sendiri; 'weh kenapa cawan kau lagi besar dari aku?' , 'Amboi pilih cawan mahal je?"


" La, cawan pun jadi isu ke? Cawan je pun, bukan cincin."


" Eeeeeeeee....... Kan aku dah cakap jangan pertikai jalan cerita. Okay, sambung balik. Bila dah siap minum makan semua, prof tu terangkan kenapa dia bawa keluar cawan lain-lain. Prof tu kata;


Masa mula mula nak pilih cawan, kamu akan pilih cawan yang kamu rasa cantik. Bila dah pilih, 
kamu akan sibuk  jeling-jeling cawan orang lain sebab nak tengok cawan siapa yang paling cantik. Hakikatnya, cawan yang kamu pilih takkan merubah rasa kopi. Kopi tu ibarat hidup dan cawan yang cantik tu ibarat harta, kekayaan, kemewahan dan jawatan yang tinggi. Dalam berusaha untuk hidup, kamu lupa untuk menikmati kehidupan. Kamu sibuk kerja mengumpul harta sampai kadang terluma masa untuk diri sendiri dan keluarga. Cawan yang cantik tu nilai tambah. Tak salah nak cawan yang cantik, tapi jangan lupa sampai minum kopi."


"Mendalam juga maksud prof tu. Tapi bagi aku, aku tak rasa cawan tu nilai tambah. Aku rasa cawan tu tetap penting. Takde cawan tak dapat la minum kopi. So, nak taknak kenala kerja keras jugak untuk dapatkan cawan."


"Betul tu, sebab tu dalam cerita ni aku guna term cawan yang cantik, bukan cawan semata-mata. Hidup dalam zaman sekarang ni, nak dapatkan cawan je pun susah. Tambah pula dengan keaadaan ekonomi dan situasi kita sekarang ni. Secara peribadi, sebenarnya cerita ni memang ada flaw dia, tapi apa yang aku nak kongsi sebenarnya pasal kopi tu. Kadang kadang kita ni sibuk nak hidup ikut sistem sampai lupa nak menikmati kehidupan. Kita jangan jadi robot. Dalam hidup, ada masa kita kena duduk, muhasabah, nikmati kehidupan. Senang kata, dah penat kerja, pergi minum kopi. Ambil masa untuk tarik nafas dan relaks. Ehh.. nak pergi mana tu?"


"Buat kopi. Penat dengar kau cakap"



****************************************************




ENJOY YOUR LIFE,
ENJOY YOUR COFFEE.








Nota: Quick update. Insya Allah nanti edit mana yang tunggang langgang bila dah balik rumah. Nak kejar bulan Julai. Hanya berbekalkan mobile data dan tab yang bateri tinggal 30%. Charger pula tinggal. Best kan? Haha. K bai, nak pergi minum kopi.


NotaII: Dah edit :)


Pic: Google



Antidote



Assalamualaikum.





Saat terasa berat,
Saat rasa tak kuat,
Saat dibebani masalah,
Saat terasa resah,
Hati mencari penawar,
Agar hilang gusar.


********************************************************

Source



Selalu kita terbaca,
Kisah seorang profesor dan pelajarnya,
Profesor bertanya,
Sambil memegang gelas berisi air dengan tangan kanannya,
"Kamu rasa berat gelas dan air ini berapa?"


Pelajar meneka,
"200 gram."
"700 gram"
Namun salah belaka.


Kata profesor;
"Berat gelas ini bergantung pada berapa lama kamu memegangnya.
Makin lama kamu memegangnya,
Semakin berat kamu rasa,
Begitulah hidup kita.


Jika ada masalah atau cabaran,
Selesaikan, jangan biarkan,
Semakin lama masalah disimpan,
Semakin ianya menjadi beban.


Ingat, 
Pegang gelas jangan lupa letak bawah"


***************************************************

Atap bocor, lantai basah,
Nak selesai masalah,
Jangan sekadar mop lantai sahaja,
Tapi baiki atapnya juga.
Kita cegah punca,
Bukan sekadar rawat kesannya.

.




*************************************************************



Kalau rasa tekanan tinggi, cari ruang.
Cari ruang untuk Tuhan.
Cari ruang untuk Quran.


************************************





Note:  Doakan final exam :)



Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.