Catur kehidupan



Assalamualaikum :)



Unexpected. That's life.



Tapi,


Kita masih boleh fikirkan kemungkinan yang mungkin akan terjadi,


Merancang ke hadapan dan ada pelan sandaran, berguna untuk diri, . 


Setiap langkah yang kita lakukan, pastikan bukan langkah yang 'rugi',


Sebab kalau dah salah jalan, kita yang mungkin merana nanti.


Kalau dah kena 'checkmate' oleh lawan, dah tak boleh nak lari. :D

*hari ni kita aplikasikan game chess dalam hidup ye * :D


Chess. One of my interest :D Serius sangat minat main chess ni :)



Tapi sedih, hari tu match chess peringkat universiti, menang satu game je.. :( , maybe sebab 2 tahun tinggal. Officially n personally, rekod terburuk . Haha :D  Tapi , Alhamdulillah, our faculty tetap dapat pingat emas sebab kira mata pasukan. Ehem, nasib baik mata game yang i main ada jugak yang menyumbang :D *kalau tak, malu je*



Dan.

Rekod terbaik personal, 5 game, ( 1 seri tanpa kalah) err.... tapi ini zaman dahulu kala iaitu 2 tahun lalu. Sekarang macam dah kurang skill =.='




#ini post ke 96.entri ke 100 rasa macam nak buat pasal diri sendiri..err..mungkinkah?




Pentingkan yang penting



Assalamualaikum.


Ini ibrah dari hari semalam. Ye, hari semalam,. Ibrah dari bulatan gembira.

Mungkin ada yang dah pernah baca, dengar dan tahu. Tapi, nk share jugak :D



The story begins:


Tempat: Makmal.


Bahan-bahan: Batu-batu besar, batu-batu kecil, pasir, air.




Professor: Eksperimen hari ini. Cuba masukkan semua bahan-bahan ke dalam balang yang besar ni. Pastikan tiada yang tumpah atau tertinggal.


Eksperimen bermula, nak dijadikan cerita, tiada siapa yang berjaya. Ada yang cuba masukkan pasir dahulu, namun tiada ruang pula untuk batu-batu besar. Ada yang masuukkan air dahulu, namun tiada langsung ruang yang tinggal untuk bahan-bahan yang lain.


Kalau korang, korang rasa macam mana nak buat? 


Ehem...* padahal kalau ikut logic boleh je buat kan... *


Jawapan: Mula-mula masukkan batu-batu besar diikuti dengan batu-batu kecil. Ruang yang ada kemudiannya dipenuhi dengan pasir dan air dimasukkan akhir sekali :D




Konklusi: Aplikasikan dalam hidup. :) Batu-batu besar ibarat benda-benda yang paling  penting dalam hidup kita.(agama, Allah,solat) Air pula ibarat benda-benda yang kurang penting dalam hidup. (games,movie)  So, kita boleh nampak, kalau hidup dipenuhi dengan benda-benda yang tak penting, ke mana perginya benda-benda yang penting? Heh, sama-sama fikirkan :)



First things first.


"Daripada tanda Allah berpaling dari hamba-Nya,Allah akan menyibukkan seseorang itu dengan perkara yang tidak bermanfaat baginya" ~ Hassan Al-Basri



#fiqhalawiyyat,self-reflection.






Give up? Please don't.



Assalamualaikum :)


Dari diari curi:


"Uit, naruto lagi?"

"Ha'ah" sambil mata pada skrin laptop.



"Gila."

"Apa?" tekan pause dan berpaling.



"Aku cakap kau tu dah gila sangat dengan naruto. Bukan best sangat pun."

"Oh, ala.. bukan selalu pun kan."



"Quiz kau hari tu okay tak?"

"Alhamdulillah okay. Kenapa?"



"Untunglah . Aku punya teruk kot. Tak de mood aku nak study.Rasa macam dah malas dah nak buka buku"

"Heh. Jom join aku tengok naruto. Baru ada mood."



"Care tu explain apa kaitannya mood study dan cerita naruto?" nada sinis.

"Bila kau tengok naruto, mesti kau akan jeles dengan dia." senyum manis.



"Sebab?" Angkat kening

"Dia tak pernah putus asa. Walau ia ada monster dalam badan dia, dia tetap berusaha nak suruh orang acknowledge dia. Walau dia masih genin masa Gaara dah jadi Kazekage dan orang yang sebaya dia dah jadi Chunnin atau Jounin, dia tetap terus berusaha instead of putus asa.. Nak tahu sebab apa?" muka hampir bangga



"Bagitahu jela." muka bosan tapi nak tahu

"Sebab dia tahu apa impian dia. Dia tahu matlamat dia. Dia nak jadi Hokage.So...... .."



"So apa?" muka bosan, nak tahu tapi taknak mengaku.

"Apa impian kau? Apa matlamat kau? Kau nak kalah pada Naruto yang kau hari-hari kutuk sebab aku selalu tengok crita dia?" senyum sinis sambil tekan button play.


Sentap. 






"Mendongak"




Assalamualaikum.



TINGG!




Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.



TINGG!



Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisimya. Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya. Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya. "Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.


Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya,ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.


Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan dikawasan tersebut. Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya diatas. Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.


Sayangnya,sehinga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas




Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat dilantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.


Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit dan terganggu. Lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.


Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.


>>>> Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta. Tanpa sedar,ALLAH sering menjatuhkan "syiling" lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan "syiling" itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya. Tetapi,kita acap kali lalai untuk "mendongak" ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.


Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula "batu" yg berupa musibah,kegagalan,kepenatan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.


Semoga kita tidak lupa 'mendongak' dan menjadi hamba yang bersyukur. :D


#copy paste


Terus gagah walau gagal.




Assalamualaikum. :)



If we,

Remember that :

Failure is an experience.
Will u let the failure work for you, or against you?




Yup, !!!  Jalan menuju kejayaan bukan mudah, 





Ramai orang punya cita-cita dan harapan.

Tinggal tidak ramai yang membuat perancangan.
Dalam kalangan yang membuat perancangan itu pula,
sedikit sekali yang melaksanakannya.

Dalam yang melaksanakannya,
sedikit sekali yang istiqomah.

Kejayaan itu bukan jalan yang mudah,


tidak ditempa oleh mereka yang hanya berangan,
bahkan yang berusaha pun ramai yang berguguran,
justeru kejayaan itu adalah untuk yang bersungguh-sungguh,
bersama usaha yang mampu dikekalkan.





~Akh Hilal~





So......

Because..

~Success is not permanent, Failure is not final~




Lastly, 


If we are left with no choices, actually we still have choices- whether to do it, or not. So, we must choose wisely and make decisions that we’ll always be proud of. 




#self reminder



Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.