Pity the male



Assalamualaikum. :)


Suatu hari, lecturer keluar dari kelas dengan meninggalkan satu statement, "Pity the male".

Dan beliau menyuruh kami berusaha mecari sebab musabab kepada statement beliau.



Bila otak cuba memproses dan memikirkan sebab musabab yang ada,,


Timbullah persoalan-persoalan yang lain di kepala.


"Pity the male = kasihani lelaki?"




"Kenapa nak kena kesian kat diorang?"


"Sebab bilangan lelaki sikit ke? "


"Atau sebab perempuan lagi ramai kat universiti?"


"Atau sebab lelaki ramai kat pusat serenti?"


"Atau sebab lelaki yang baik susah nak dicari?"



"Adakah sebab-sebab yang telah disebut tadi menyebabkan lelaki harus dikasihani?"



Err.. rasanya, perempuan lebih patut dikasihani.

Sebab????

Banyak mana je yang tinggal untuk dibuat calon menantu abi dan umi.. errrr



note: boleh tak tolong bagi point, untuk tajuk "pity the male" tu? haha.. komen je pape. general. :) thank u ^_^


p/s:  terima kasih tak terhingga kepada blogger yang maih sudi datng komen. tsk. terharu (T.T)



Satu kata.

Assalamualaikum :)


Maaf. 

Sorry. 

Duìbùqǐ.

Asif.


One word.

Macam simple.

Tapi, itu hanya luaran.



Untuk mengucapkannya, kadang kala payah.

Terasa pahit tekak dan lidah.



Nak rasa keikhlasan di dalamnya, lagi susah,

Sebab kadang-kadang hati masih resah.

Resah sebab rasa, 'bukan aku yang bersalah'



Tapi,

Yang lebih susah ialah beri kemaafan,

Kenapa?

Kerana kadang-kadang hati masih belum sembuh akibat pertelingkahan,

Walau luka sudah tiada, parutnya masih jelas dan nyata,.

Walau tak nampak di mata, tapi ia ada.



Tapi..tapi..tapi..

Maafkanlah andai ada yang meminta, walau pun payah, :D

Tak rugi, bahkan senang hati lagi. :)




“Wahai ‘Uqbah, mahukah engkau aku beritahu akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling mulia? Iaitu, menyambung silaturahim dengan orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang tidak mahu dan tidak pernah memberimu, memaafkan orang yang pernah menzalimi dan menganiayamu.”
(Hadis Riwayat Hakim)


“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang-orang yang menafkahkan (hartanya) baik pada waktu lapang mahupun pada waktu sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”
(Ali Imran 3:133-134)





Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan antara kamu bersumpah bahawa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat(nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

(An-Nur  22)



Do I need to write more?? Cukup dah rasanya ^_^




A teacher asked: "What is Forgiveness?" 
A cute little kid gave this lovely reply, "It's the wonderful smell that a flower gives when it is being crushed."




note: tajuk sibuk modified dari lagu KRU: 3 kata. errrrr...




Pulih Semangat



Assalamualaikum.


Untuk pengetahuan semua, pemilik blog ini semakin busy.  Seperti kata blogger 'pemilik objek merah' dalam entrinya yang berkaitan yang bertajuk the motivator, pemilik blog ini masih seorang student yang kini dalam proses mengumpul assignment. Makanya......peristiwa seperti ini sering terjadi di kala menyiapkan assignment atau membuat revision.




Memetik kata beliau semasa dihubungi:


"Tolong doakan saya supaya banyak makan vitamin R dari M. Tolong jangan sambungkan saya dengan sesuatu yang bernama wifi. Tolong jangan bagi saya buka sesuatu yang menyerupai lambang kotak oren dan terdapat huruf ala-ala 'B' di dalamnya dan tolong tutupkan mata saya jka saya sedang melihat simbol kotak biru berhuruf 'f 'putih di dalam."




Ketika disuruh memberi komen tentang entri 'the motivator', beliau mengatakan:

"Err.. rasa macam tak sampai kot tahap motivator. Sebenarnya kebanyakan entri dalam blog ini untuk refleksi diri, selain itu..untuk berkongsi, dan mengabadikan memori. By the way, terima kasih untuk entri tersebut :)."


KAMI, (boleh tengok biodata kami dekat belah kanan blog) ingin mengucapkan sesuatu kepada missha:




BUKAN SAJA-SAJA ALLAH meletakkanmu dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH mengurniakanmu KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH membiarkanmu mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..


MELAINKAN ALLAH tahu kamu akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN ALLAH tahu kamu bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN ALLAH akan temukan kamu dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN ALLAH mahu menguatkanmu..
MELAINKAN ALLAH mahu kamu tahu betapa tingginya kasih sayangNYA padamu..







Kalau nak wish dekat missha, komen la. Nanti KAMI bagitahu missha ^_^










note: entri ucapan semangat untuk diri sendiri je .. tsk =.='


Jadi Baik



Assalamualaikum. :)



Kadang, hati terdetik,
Ada suara yang berbisik,
"Ah ! Susahnya nak jadi baik"


Nak jadi baik,
Tak cukup hanya satu langkah dan kemudian patah balik,


Nak jadi baik,
Tak boleh lembik-lembik,



Nak jadi baik,
Tak semestinya kena cantik,



Nak jadi baik,
Bukan sebab nak minta orang tabik,



Nak jadi baik,
Kita kena mula untuk jadi baik,
Kita kena cuba untuk jadi baik,
Kita kena buat yang terbaik!!




Kenapa nak jadi baik?
Sebab kita hamba Al-Khaliq



Rehat (?)

Assalamualaikum :)



"Kita berehat bila kaki melangkah masuk ke dalam syurga."


Ayat macam cliche.

Ayat biasa, takde bunga-bunga.

Bila baca, macam tak rasa apa-apa.  

Hanya macam angin lalu je.

Tapi penuh makna sebenarnya.

Dan maknanya mngkin berbeza, brgantung pada pandangan kita.



Hidup ini untuk kita terus berusaha. Bukan sekadar suka-suka, namun tak bermaksud kita tak boleh menikmati apa yang ada.

Cuma,

Hidup ini sementara.

Kita sekarang sedang bekerja.

Bekerja untuk berehat di sana. :D



Ayuh! Terus bekerja.

Merungut? Susah? Putus asa?

Sabarlah, ganjaran menanti di sana :D


#selfreflection




Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.