Kasut Gajah



Assalamualaikum :)



Dari diari curi:


Hari ini, sekali lagi dia menjadi eskapis. Dari petang, berjalan membawa diri. Melangkah tanpa destinasi. Lari dari timbunan realiti. Tanpa sesiapa menemani. Hanya membawa hati. Dan wallet, of course.



Dia melangkah masuk ke dalam LRT. Sengaja hari ini dia tidak mahu memandu sendiri. Tempat kosong yang hujung dipilih, kegemarannya setiap kali. Terdengar keluhan. Keluhan yang berat itu bagai dilepas bagi menggambarkan betapa berat beban dihadapinya sekarang.


Dia bersandar. Matanya memandang ke luar. Berharap agar dapat melihat keindahan alam semesta. Tapi hanya kegelapan dan lampu jalan yang  tersedia. Juga sinar bulan.



Dia senyum. Cahaya bulan itu bagai meberi sinar padanya, walau itu bukan punca senyumannya. Senyum itu kerana dia teringat kepada seseorang yang pernah berkata,



"Kalau tengok bulan , selain ingat Penciptanya, ingat orang yang bercakap ni tau. Sebab, walau di mana kita berada, walau jauh kita terpisah, kita tetap tengok bulan yang sama. "






Kini, tiada lagi suara yang sama. Kerana pemiliknya telah berjumpa dengan Pencipta manusia. Dia rindu, rindu pada abangnya,  si pemilik suara. Kerinduannya pada tahap infiniti, tak terkira tingginya. Sesiapapun pasti  akan merasai rindu yang sama apabila berada di tempatnya. Mana mungkin tidak rindu, dari sebelum lahir lagi mereka berkongsi segalanya. Merekalah penyeri keluarga. Hanya mereka berdua sahaja.



Pada hari kejadian, dia sepatutnya bertemu abangnya di rumah. Pelbagai aktiviti sudah dirancang untuk menghabiskan cuti. Namun, sekelip mata segalanya berubah. Berita kemalangan abangnya masih tidak boleh dilupakan sehingga hari ini.



Pintu LRT terbuka. Masuk sebuah keluarga. Nampak bahagia.


"Ibu.. tengok adik ni. Dia ambil buku kakak."

"Mana ada. Ni adik punyala. Bukan kakak punya"

"Takla, tu kakak punya. Adik kan dah ada mainan"


Rindu menerjah buat kesekian kalinya. Teringat zaman kecil mereka. Situasi yang sama. Watak yang berbeza. Cuma, abangnya akan mengalah akhirnya. Dan sambil memberi barang yang direbut, abang akan kata,


"Takpe,takpe. Nah, ambiklah. Elephant shoes."


[link]


Pernah dia bertanya, elephant shoes tu apa. Tapi abang tak bagitahu. Abang kata tu tagline dia. Tak boleh tiru. Setiap kali bagi barang, atau nak balik kolej, mesti abang sebut perkataan tu. Selepas dia tidak mendapat jawapan dari abangnya, dia tak pernah mencari apa makna elephant shoes, sehinggalah di katil hospital sebelum abangnya menghembuskan nafas terakhir,,


"Adik, sini. Nah ambik ni" Abang hulur jam tangan dia yang dah tak nampak jarumnya. Retak. Darah.


Lepas dia ambil jam dan pegang tangan abangnya, abang ada cakap sesuatu, dan dia tak dengar. Tapi dia boleh agak. Abang cakap elephant shoes, sebab itu tabiat abang. Cuma dia sengaja suruh abang ulang sebab baru dia perasan sesuatu. Bila abang sebut elephant shoes tanpa suara,, gerak mulut abang macam abang cakap,,


"I love you."


Dan saat itu dia tahu, itu yang abang maksudkan selama ni.


LRT berhenti . Begitu juga lamunannya. Namun, perebutan buku masih belum habis. Biasalah bebudak.



"Adik, mintakla balik buku kakak tu. Tu kan kakak punya. "

"Adik nak pinjam kejap je. Kakak tak sayang adik ke?"





 Dia pandang keluar. Stesen seterusnya adalah destinasinya.


"Dah nak sampai."


Dia bangun dan menuju ke arah keluarga tadi. Dua kanak-kanak tadi ditegur,


"Hai adik. Adik sayang tak kakak adik ?"


"Sayang."


"Kakak pula sayang tak adik?"


"Sayang"


"Kalau sayang , kena baca buku sama-sama tau. Tak baik bergaduh."



Dua kanak- kanak comel itu angguk. LRT berhenti dan dia melangkah keluar sambil tersenyum dan melambai kanak-kanak tersebut. Laju langkahnya ke tempat meletak kereta. Terpandang langit malam yang dihiasi bintang, spontan mulutnya berkata,



"Abang, if i have given a chance, I will reply you,, but instead of saying I love you too, I'll say olive juice. Abang, moga tenang di sana" :)



[link]



People Die, Memories Don't.



*************************************************


Note: It is said that the words elephant shoes and olive juice when said silently from a distance looks like you are saying 'I love you'. It is used when someone afraid of saying 'I love you', where they mouth 'I love you', but when asked what they had said, they answered elephant shoes or olive juice. Besides, it also used to trick people. You mouth 'elephant shoes' and make they think you said 'I love you'.  But please don't do this for the latter. It's not good playing with people's feeling :)




Till then.
Elephant shoes. Lulz.

Hantaran (?)







Show Comments: OR

2 comments:

  1. awwww~ alligator (arigatou) for this story~
    tehee~ ヽ(*≧ω≦)ノ

    ReplyDelete
:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t  
:)   :(   :*   :X   :3   :')   XD   =D   =P   =O   =?   =S   =G   =I   =Y   =/   =F   =H  

Thanks for visiting,
Double thanks for following,
Million thanks for dropping your comments.

Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.