****************************
Gusar.Fikiran melayang.
Mencari penawar,
Dalam bayang.
Hilang,
Dalam hitam.
Merenung bintang,
Di larut malam.
Bulan,
Cahayanya tidak suram.
Bintang pula bergemerlapan,
Tapi aku kusam.
Menyinari alam.
Aku? Tidak tenang
Muram.
Bulan,
Bintang,
Sudi dengar aku bicara?
Bulan,
Walau kau hanya memantulkan cahaya,
Tak pernah kau berputus asa.
Menyinar malam, menyinar jalan.
Kau dihargai manusia,
"Kalau rindu, tengoklah bulan sebab walau di mana kita berada,
kita tetap lihat bulan yang sama"
Walau tipikal ayatnya,
Tapi , kau tetap tak dilupa.
Bulan,
Walau kau dilindung awan,
Kecantikan kau tak pernah padam.
Hatta hanya bayang di lautan,
Kecantikan kau tak pernah suram.
Bulan,
Aku cemburu.
Kerana kau tak pernah jemu.
Memantulkan cahaya yang bukan milikmu.
Kau dihargai tapi tidak aku.
Kau begitu cantik dan berbeza denganku.
Bintang,
Aku juga cemburu.
Kau berkelipan,
Tapi tak bermakna cahaya kau kurang.
Itu keistimewaan.
Kelipan kau bukan kelipan biasa,
Terjadi apabila cahaya kau merentas atmosfera,
Terbias ketika menembusinya,
Sehingga cahaya kau sampai ke mata manusia.
Yang menariknya,
Cahaya kau boleh sampai ke dua tempat berbeza,
Pada masa yang sama.
Dan kadang aku tertanya,
Adakah 'dia' di sana sedang melihat cahaya yang sama?
Lagi istimewa,
Cahaya yang aku sedang lihat,
Bukanlah cahaya yang kau keluarkan sekarang.
Aku sedang melihat cahaya kau yang sebelumnya.
Mungkin cahaya semalam? Atau Setahun lepas? Atau mungkin seratus tahun yang lalu?
Hairan kau kata?
Bukankah cahaya kau mengambil masa untuk merentas atmosfera?
Walau lambat, ia menghasilkan sesuatu yang hebat,
Kerana aku ibarat sedang memandang ke belakang.
Melihat semalam. Masa lepas. Masa lalu
Dan kerana masa lalu,
Aku cemburu.
Masa lalu kau membawa sinar,
Tapi masa lalu aku menambah gusar.
Jeda menyapa. Seketika cuma.
Bulan,
Sikap tidak putus asa kau akan ku jadikan teladan,
Perihal dihargai,
Aku yakin aku tidak rugi walau tidak dihargai,
Kerana aku percaya yang rugi itu adalah orang yang tidak menghargai.
Tentang kecantikan,
Aku pasti setiap yang diciptakan ada kelebihan,
Lagipun kecatikan itu subjektif bukan?
Bintang,
Walau masa laluku tidak bersinar,
Aku akan berhenti gusar,
Kerana masa hadapan sedang menanti untuk dilalui tanpa gentar.
Monolog bulan dan bintang berakhir sendirinya.
Masih termenung di jendela.
"Sungguh indah ciptaan Tuhan,
Alam ini satu peringatan.
Ingat ya,
Jangan lupa Pencipta.
Yang mencipta aku dan alam semesta,
Serta kamu yang membaca.
Moga Allah redha.
Moga Allah ampun dosa."
https://launglah.blogspot.my/2013/07/malam.html
ReplyDelete