Betapa aku terlupa.



Assalamualaikum.


Dari diari curi:



"Okay, ana gerak dulu" Tangan sahabatnya digenggam.

"Uhibbukafillah." ucapan indah  setiap kali perpisahan.

"Ada masa kita pergi sama-sama lagi bulatan gembira"  Sahabatnya angguk, mengiakan.




Dia masuk dalam LRT.

"Ada tempat kosongla. Tepi sekali pulak tu."



Dia duduk. Beg yang disandang di bawa ke depan.Cap yang sebelumnya terletak elok di kepala,  diletakkan di tepi beg.  Bersandar. Pejam mata. Teringat bulatan gembira tadi.


Tajuk akhlak.




"Skop akhlak ada 3. Berakhlak dengan Allah, adab terhadap manusia dan adab terhadap bukan manusia."



"Contoh akhlak terhadap Allah, kita beriman pada Nya, sentiasa bertaubat dan mencari redha Nya. Akhlak terhadap manusia pula, kita boleh pecahkan dalam beberapa cabang. Pertama, akhlak terhadap rasulullah ya'ni berselawat dan menghidupkan sunnah baginda. Kemudian, adab terhadap ibu bapa, guru dan jiran dan sesama manusia itu sendiri. Akhlak terhadap bukan manusia pula, contohnya adab terhadap malaikat. walaupun berseorangan, kemaluan hendaklah ditutup kerana malaikat sentiasa ada bersama kita. Hm..adik-adik ada yang nak kongsi contoh? "





Ramai yang bagi idea. Diselangi gurau senda. Bahagia. Saat indah dalam bulatan gembira.




"Next station, Masjid Jamek"

Lamunan terhenti serentak dengan berhentinya LRT.





Pintu LRT terbuka.


Ramai yang masuk termasuklah seorang pakcik cina yang tua . Pakcik itu cuba mencari tempat duduk, namun hampa. Tiada lagi tempat, penuh. Kehampaan dan mungkin keletihan, pakcik itu berdiri di satu sudut, sambil tangannya memegang tiang.




Dia nampak pakcik tu, tapi...hatinya hanya mampu bermonolog.


"Nak bangun ke tak eh? Kesian pakcik tu. Kalau bangun , segan pulak. Nanti ada yang kata nak tunjuk baik." Badannya ditegakkan, brsedia untuk bangun bila-bila masa.



"Ala, bangun jelah. Allah tahu apa niat kau." Sisi baiknya cuba berbicara.


"Tapi seganla... "






Hatinya terus bermonolog,,,  sehingga.........


"Next station, Dang Wangi"


LRT berhenti, dan pakcik itu sudah sampai di destinasi. Orang yang duduk di kanannya turut bangun.






"Fuh lega.... tak payah rasa bersalah da." Badannya kembali disandarkan.

LRT bergerak,  meninggalkan stesen Dang Wangi.








Dan tempat duduk di sebelah kanannya tidak lagi kosong.


Short pants, Headphone, Style rambut yang... errrrr...tak tahu nak kata dah macam apa, Yang pasti rambutnya bukan lagi hitam.


"Pergh mamat sebelah ni. Hidup macam takde hala tuju. Rambut dah la kaler. Baju dah la tak kena. Serabai je gaya.  Dengar lagu  yang entah hape-hape."  Hati kecil dia berkata, menghakimi orang di sebelahnya.






Dia terus menghakimi sehingga LRT berhenti. Matanya mencari signboard..


"Oh, baru KLCC"






Pintu terbuka. Ramai yang keluar, ramai juga yang masuk......

Dan kali ini, antara penumpang yang baru masuk ialah seorang mak cik.

Seperti deja vu, semua tempat penuh.





"Ah sudalah.. nak bangun ke tak ni?" Hati dia kembali bermonolog.  Badannya kembali ditegakkan.

Sedang dia berkira-kira.....





"Makcik, jemput"


Telinganya menangkap suara.

Dia mengangkat kepala.

Mencari siapakah yang berkata-kata.





ZZAAAssss..

Sentap. Darah menyerbu ke muka.

Makcik itu kini duduk di sebelahnya.





Malu pada diri sendiri. Tadi dia sibuk menghakimi. Sekarang apa dah jadi?

Dia cuba tenangkan diri, untuk tidak memikirkan hal yang terjadi.

Matanya cuba dipejamkan kembali, konon cuba mencari ketenangan diri.

Fikirannya terbang mencari memori bulatan gembira tadi.





"Tahu tak apa Imam Al-Ghazali cakap tentang akhlak? Imam Al ghazali  kata, akhlak ialah sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan-perbuatan dengan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan terlebih dahulu"




Mata dibuka.

Terasa bersalah di jiwa.

Allah.  Betapa dirinya terlupa.

Ilmu tanpa amal, ibarat pohon yang tidak berbuah.

Sia-sia.

Dan,

Siapa dia untuk menghakimi manusia lain yang juga makhluk - Nya?



"Ampunkan aku, Ya Allah" Tangannya diraup ke muka.




Wallahua'lam.





Show Comments: OR

23 comments:

  1. nice ske baca yg ni wlaupun panjang :) tp ada tertinggal perkataan 'bukan' dekat part malaikat tu...bukan manusia

    ReplyDelete
  2. wahhh..rasa macam ada dalam LRT pulak menyaksikan rentetan kejadian ni..syok pulak baca..terfeeling kot..:D

    ReplyDelete
  3. nice. suka :)aku baca tanpa tinggal kata.

    ReplyDelete
  4. Memang macam ni kita selalunya kan? Selalu jadi hakim yang baik untuk kesalahan orang lain dan peguam bela terbaik untuk kesalahan sendiri. Huhuhu

    Lepas ni dah taknak segan-segan nak offer tempat duduk in shaa Allah :)

    ReplyDelete
  5. mendalam.. memang tak boleh nak judge orang suka ati kan.. belum tentu lagi yang kita nampak macam baik tu baik, dan yang macam jahat tu jahat.. ape yang penting kne muhasabah diri masing2 kan? menarik cite ni.. terase gak aku.. hmm..

    ReplyDelete
  6. wahhh.. menarik dan penuh jalan cerita. macam dapat bayang je.. kita manusia ni mang selalu menghakimi orang kan sebelum tahu apa2 pasal dia. kdg3 susah nak lari daripada tu.. tapi, takpelah pengajaran hari ni untuk kemudian hari.. =)

    ReplyDelete
  7. best la cerita ni :D

    ReplyDelete
  8. best la cite ni . menarik ! thanks ;D

    ReplyDelete
  9. banyak pengajaran dari cerita ini... tq... btw done follow u dear - Noob

    ReplyDelete
  10. salam,,singgah+follow..btww nice bllog! :)

    ReplyDelete
  11. subhanallah. dont ever judge someone.
    hati mereka. kita tak tahu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. True :D siapalah kita nak menilai org kan. :)

      Delete
  12. Salu gak camtu, Missha. Bila nak buat baek tu, teragak2. Asyik sebuk mempertimbangkan & berkira2. At the end, kalau sempat buat takpe la. Kalau tak sempat buat, kan dah rugi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btol tu kak liyaa. Huaaa.. .dahla prangai nak berkira2 bila nak buat baik ni, bukan senang nak buang.. huhu

      Delete
  13. haaa siap complete stesen lrt...hoho.....menarik...mengenai akhlak... like like...huhu...buat tanpa perlu memikirkan dulu klu nak buat baik...

    btw, igtkan novel td =p hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat iklan laluan lrt japp.. hehe

      novel?? Tak berbakat laa :( haha.

      Delete
  14. kite pn selalu je suka judge orang..

    kdg2 benda tu tanpa sedar..

    lebih tak sedar bila lupa pandang diri sendiri.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. :( bila da lupa pandang diri sendiri, salahsndiri pun kte tak sedar :(

      Delete
:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t  
:)   :(   :*   :X   :3   :')   XD   =D   =P   =O   =?   =S   =G   =I   =Y   =/   =F   =H  

Thanks for visiting,
Double thanks for following,
Million thanks for dropping your comments.

Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.