Salam diberi, kiri dan kanan.
Tangan diangkat, berbicara dengan Nya.
Tenang.
Dia bahagia ada memori ini.
Memori bersama Dia pada waktu sebegini.
Sejadah dilipat. Kopiah disimpan.
10.10 a.m
Headphone on.
World off.
Study time.
Senyuman terukir di bibirnya saat matanya jatuh pada buku hitam saat dia ingin mengambil nota kuliahnya.
Buku hitam itu menyebabkan resahnya pagi tadi hilang.
Buku hitam itu membuatkan dia ingat untuk bersyukur pada Tuhan.
Buku itu......
###################################################
Lirik So Big-Iyaz menyapa telinga. Dia merebahkan badan ke atas cadar bercorak abstrak, setelah sejak dari pagi berdating dengan Encik Guyton. Dating dengan kaum sejenis? Oh, semestinya tidak kerana 'En Guyton' merujuk kepada sebuah buku. Buku yang mega- tebal. Buku yang kilo-berat. Buku Medical Physiology. Dia resah. Banyak yang belum dibaca. Penat,menghadap buku yang tebalnya mencucuk jiwa. Matanya merenung kipas yang ligat berpusing. Dan kemudian pandangan dialih pada jam di dinding.
8.34 a.m
"Masih awal". getus hatinya.
*Grrrrt.*
Dia memegang perutnya yang baru mengeluarkan 'irama' seiring dentuman rentak Glad You Came- The Wanted yang menyapa telinganya.
Baru dia ingat, sejak dari pagi, perut masih belum diisi. Tipikal student medic, kalau dah study, lupa sekejap tentang diri sendiri.
Dia bangun. Tangannya laju mencapai sweater, wallet dan kunci motor.
"Pekena nasi lemak sambal kerang cun jugak".
Gerai Mak Cik Siti menjadi destinasi.
*****************
Kunci motor yang dilambung disambut. Lambung lagi. Sambut. Sambil mulut riang menyanyi- I Lay My Love On You~Westlife. Lagak orang kenyang baru balik sarapan.
Nyanyian terhenti tatkala mata terpandang satu objek saat kaki sampai di rumah 4-15 blok D.
"Kotak apa ni?" Hairan,
Kotak yang berbalut cantik di hadapan pintu diangkat dan dibelek-belek. Pelik.
"Eh, ada nama aku?"
Double pelik.
Laju langkahnya diatur ke bilik. Tak sabar mengetahui isi kotak cantik.
************************
Buku berkulit tebal dikeluarkan dari kotak cantik. Atas permaidani lembut berwarna hijau, dia melunjurkan kaki. Laju tangannya membelek buku berkulit hitam itu, atau lebih tepat lagi, diari berkulit hitam. Ya, sebuah Diari Hitam.
"Muka surat first letak doa bangun tidur? Pelik. Bukan ke orang selalu letak biodata? Tak pun orang tulis maklmat diri. Ataupun terus start tulis diari ~~ first diari yang tipikal macam first entri dalam blog." Bebelan dalam hati dan kerutan di dahi, jelas menunjukkan dia tak puas hati.
Matanya kemudian beralih pada caption di bawah doa tersebut.
Segala puji hanyalah kepunyaan Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami dan kepada-Nya kami akan dikumpulkan.
Ku letakkan doa dan coretkan kata di muka surat pertama,Agar aku tidak lupa,Mengucapkan syukur pada-Nya,Atas nikmat aku dihidupkan semula.
Andai aku terlupa,Moga muka surat ini mengingatkan aku yang alpa,
Ingin aku sertakan juga,Kata-kata ustaz yang menusuk jiwa,"Selesai doa solat subuh, biasakan juga baca doa bangun tidur ketika berdoa,Moga apabila kita lupa, kebiasaan itu akan mengingatkan kita."
Dan andai kata,Masih lupa juga,Sertakanlah doa itu usai solat sunat dhuha,Jangan jadi hamba yang lupa bersyukur pada-Nya.
Eh.. solat sunat dhuha?
Dia tutup buku itu. Solat sunat dhuha?
Terasa gambar smiley yang disertakan itu seperti mengejek dirinya.
Jujur. Dia tidak ingat kali terakhir di melakukannya. Dan dia juga tidak ingat bila kali terakhir dia baca doa setelah dihidupkan semula.
Dan dia benci dia tiada memori tentang itu. Dia bingkas bangun dari permaidani lembut. Buku hitam itu disusun di atas rak bersama buku-buku yang lain.
Kedua-dua jarum di muka jam menunjukkan nombor 10.
Wudu'.
Sejadah biru.
Kopiah kelabu.
And the rest is history.
#######################
note: tanya pndapat :D tulisan dalam diari hitam tu better buat warna lain or dah okay dah buat tulisan jenis lain walaupun sama warna?
ok dah buat jenis lain walaupn sama warna..
ReplyDeletemasih dapat bezakan.. ;)
okay :D thanx for your opinion :D
Deletebest... missha boleh tulis novel. ur narrative is very good.
ReplyDeletedah nak sama cam hlovate lak kalo baca. hee
thnks for reminding pasal solat sunat dhuha. rasa kecik je diri bila baca. huhu
to me, better dah camtu. cuma kalau quotekan pon comel jugak. nmpk perbezaan skit.
naaaa.. hlovate? *nganga mulut*
Deletebagai gunung kinabalu vs tanah rata, jauh sangt bezanya.. huhu
quotekan? okay .. noted :D
mohon cik dentist jgn kembang semangkuk lak mendengar pujian di atas..huhu
Deletekiranya dua mangkuk boleh la? haha ;D
Deletegood writing style :D
ReplyDeleteThanx. Btw, masih bnyak lagi kena blaja.. hehe :D
Deleteteruskan :)
ReplyDeletekali pertama jejak sini...header anda meriah...
ReplyDeletemula2 ingat awk tulis cerpen...ohoho...sy rasa tulisan tuh dah okey...bezakan dengar warna pun dah jelas..=)
Meriah? Hee. Biasalh. Budak umur 2 tahun. =.='
DeleteTakde bkat nk tlis cerpen.. hehe.. btw, thanx for opinion. :D
aku rase speechless.. aku pun tak pernah wat solat sunat dhuha tu seingat aku.. kalau ade pun mase sekolah rendah time praktikal solat kot.. hmm.. akan aku cube amalkan lepas ni.. thanks for reminder.. =)
ReplyDeleteSemoga kita terus mengingatiNya.
ReplyDeleteMalu sendiri baca entry ni. Solat sunat dhuha? Doa bangun tidur? Macam tak pernah buat walaupun dah tahu. Err maksudnya ilmu yang tak pernah diamalkan kut. Thanks Misha!
ReplyDeleteKalau akak, maybe akak italic & boldkan, sbb akak biasanya pakai tulisan sama je. Or warnakan laen pun better gak. Tapi sebenarnya camni pun dah dapat bezakan. Err cam berbelit je opinion ni. Hahaha!
I miss ur komen tahuu :) hehe..
DeleteTak berbelit pun :D missha paham je. Hehe. Btw , I'm still dalam mode final exam. Doakann taw. Huhu
sama la macam Liyaa..terfikir banyak benda bila baca entry ni..sebab secara jujur, xpernah baca doa bangun tidur..:|
ReplyDelete