Review ringkas 2013.
Ehem... pertama sekali haruslah kita cerita pasal gigi. Sebab? Gigi sebahagian dari hidup dan memang itu yang dihadap hari-hari =.= Naik tahun dua silibus dia makin dasyat dan subjek paling lejen adalah operative technique sebab dia ada 13 credits serta menguji skill, mental, fizikal dan tahap kesabaran. Dalam subjek ni segala yang melibatkan praktikal akan diajar contohnya nak tampal gigi.
Ada dalam lebih kurang 12 task yang kena buat dan setiap task ada 3-4 steps yang perlu dicompletekan. Setiap step pulak ada requirement yang kena ikut. Habis satu step, dapatkan tandatangan dan lepas tu baru boleh teruskan dengan step lain. Kalau tertinggal satu step atau terlupa nak tunjuk dan dapatkan tandatangan untuk step sebelumnya, kena buat semula atau dapat tanda soal.
Mula-mula kena kumpul gigi. Siap classify baqq hanggg. Sampai tercabut sticker. |
Lepas tu susun sampai jadi satu set. |
Pandangan depan. Say cheeseee. Ish.. comot. |
Dalam lab ni, standard la kalau kena marah, stress, kena re-do, rasa mcam mata masuk habuk dan segala macam rasa lagi. Tapi kita kena hadapi dengan tabah walaupun rasa macam nak lari tak cukup tanah. *kalau boleh*. Tapi sebenarnya, seronok buat benda ni. Masa ni lah nak praktis betul-betul sebenarnya. Masa ni lah nak praktis sabar. Masa ni lah nak tahu siapa kawan yang betul-betul kawan.
Kawan dalam practical lab. Sampai sekarang takda nama. haha. (gmbar google) |
Say aaaaaaaaaa... (pun gambar google) |
Radiograph untuk rawatan akar. |
Nak menempuh semua ni sensorang? Memang tak mampu. I'm glad I am surrounded by good friends and of course,, million thanks to mom and dad. They are always there for me,, every moments. And above of all, I have HIM. :) Yeah, we have HIM.
Siapa cakap dentistry lagi senang dari medik sila betulkan persepsi. Dentistry tak senang tapi tu tak bermaksud medik lagi senang dari dentistry. Semua benda ada pros and cons sebenarnya. So, kepada adik-adik yang nak ambil dentistry sebab rasa dentistry lagi senang, sila cari reason lain. Cari reason lain, bukan course lain. Baca elok-elok naa... Nak buat apa-apa pun, kita kena ada reason yang kukuh sebab in the end, reason tu yang akan menyebabkan kita bertahan dan kuat menghadapi apa jua cabaran. :)
Dah habis cerita pasal belajar. Cerita satu subjek cukup. 11 subjek lagi kita simpan.
Sambung pasal birthday pula. Birthday tahun lepas paling terharu sebab dapat kad besar amat dan dua kek. T.T Dan ucapan birthday paling lejen ----> "Malula nak cakap" *ulang ayat sama dekat doploh kali =.=
Kad gergasi, |
Yummy. |
Rasanya macam ni jelah yang boleh dikongsi. Lulz.. Yang pahit, masin tawar dan masam kita simpan tempat lain. Tak menarik untuk diabadikan. Haha. Till then..
Nota kaki: Warming up entri.
Gulp... penah dah rasa root canal treatment (rawatan akar) kat dua batang gigi dekaligus, gigi depan atas pulak tu, eksiden moto punya pasal, zaman study dulu... memang ohlalalaa seksaan yg nyata, kena dibetulkan kedudukan gigi dan gusi yg dah dislocated, dibius gusi n bibir, dan dijahit gusi dan bibir sebelum rawatan akar dimulakan keesokan harinya... pengalaman yg berharga, mengajarku banyak perkara hohoo... semoga anda menjadi cik dentist yang baik, berdedikasi serta mesra patient ;3
ReplyDeleteErr... kita yang baca ni pun terasa seksanyaa... "dijahit gusi dan bibir?" *pengsan jap*
Deleteharapnya mcam tu lah.. Aaminn :)
Awaaaakkk!!!! Selamat tahun baru! :D
ReplyDeleteMoga moga mudah urusab tahun kedua ni hehehe
aminn.. u tooo adik nin. :) semogo dipermudah urusan.
Delete