Assalamualaikum.
Dulu-dulu, standard la main masak-masak. Kutip-kutip daun, tumbuk guna batu. Budak kan. Sampai la satu hari terkutip daun pahit and lepas tu makan nasi guna sudu sebab tangan rasa pahit amat =.= Lepas tu stop main masak-masak tipu-tipu.
Kita main dekat dapur betul.
Masa kecik kalau tolong mak buat kuih atau kek, mesti jadi tukang licinkan bekas adunan tu. Tak payah cakap dulu. Sekarang pun =.= So, melalui pemerhatian dan rasa, rasa butter dan gula yang telah dipukul adalah sedap. Dan pada masa tu, sebagai seorang kanak-kanak comel, I wonder, macam mana rasa butter dan gula yang kita kacau atas dapur, guna api, dalam kuali.
Where's the sugar? |
Disebabkan perasaan ingin tahu yang tinggi, seorang kanak-kanak comel berada di dapur bersama sudip dan kuali. Dia buka api dapur dan memasukkan butter dan gula ke dalam kuali, mengharapkan suatu penemuan baru yang awesome. Tapi tidak. Hanya ada asap dan campuran butter dan gula yang mengeras dan melakat di kuali. *muhun jangan tiru aksi ini*
Mengeras. Melekat. And yeah,, kuali umi.
Kanak-kanak comel tersebut pun cepat-cepat memberus kuali dan menghilangkan segala bukti. Dan selepas itu, tiada lagi ekperimen butter dan gula dalam kuali atas api. Serik baq hanggg .
Caption? |
Okay. itu cerita dulu. Cerita yang tak pernah cerita kat sesape.
Sekarang bila dah besar ni, dah makan macam-macam jenis makanan, dah jumpa macam-macam jenis orang, dah tengok kat tv macamm-acam jenis masakan, rasa kelakar bila ada orang argue pasal kunyit dan garam. Yang mana nak letak dulu kalau nak goreng ikan? Kunyit ke garam?
It just mehhhh =.=
Setiap orang ada cara tersendiri untuk buat sesuatu benda. Tak kisahla nak letak mana dulu, garam ke kunyit ke yang penting ikan tu boleh makan. Lain la kalau dia nak masak dulu ikan, lepas tu baru siang tu bolehla nak argue sambil tumbuk sambal belacan. Sambal lain pun boleh. Okay,, enough.
Kesimpulannya, elakkan perbalahan yang tidak perlu seperti pebalahan kunyit dan garam atau dalam erti kata lain perbalahan kecil-kecilan. Hormati perbezaan sekiranya ia tidak membawa kemudaratan. Dan perkara ni bukanlah hanya untuk bidang masakan je. Tapi untuk kehidupan.
It is okay to comment and complain in a right way, not comment and complain to say that your way is the only right way exist.
Dalam hidup,
Yang indah itu gula dan butter,
Yang duka itu garam dan pepper.
Memang realitinya orang mahukan yang indah belaka,
Tapi tanpa garam dan pepper, tanpa duka,
Cukupkah perasa?
Note: Abaikan kalau macam tak jumpa kesinambungan. Hoho. K bai.
Hehe hai budak comel. Kuali ummi harapnya dah tak ada yg melekat cmtu lg :p
ReplyDeleteTak da. insaf T.T. hehe
Deletefollow u
ReplyDeletewah lukis sendiri ke grafik yg last tu? comeiii, lukis la lagi~ ;3
ReplyDeletetak lukis. tu nama dia bekyoot takpun momocheet. tak tahu la mana satu.hehee.. suma comei2. ^_^
Deleteooh sokka? naruhodo ne... (ooh ya ka? macam tu no...) ;3
DeleteCukupkah perasa? Tak cukup. Belum cukup. Tapi kalau nak pilih yg manis manis saja pon tak ade masalah kan sebenarnya? Hehehe :D
ReplyDeleteboleh.. takde masalah.. :) hehe.. tapi elok2.. takut nanti diabetes pulak .. hihi ^_^ ok. gurau :p
Deletekunyit dan garam pun nak berbalah juga yer.
ReplyDelete