Sekilas


Assalamualaikum.


#pandangbelakang


********************************************


Satu

"Dr, partner saya nak restore 36. ICDAS code IV occlusal. Dr nak tengok dulu ke?"

Mulakan klinik pagi tu dengan semangat berkobar-kobar. Tapi.........

"Lepas ni nak buat apa lagi?"


Kepala terus fikir patient ni patient mana dan apa lagi treatment plan dia. Patient partner tak semua kita boleh ingat.

"Emmm..." Gagap. "Fissure sealant rasanya."

"Mana operator awak? Dah sem berapa dah ni takkan tak faham lagi. Operator datang la dulu present apa nak buat. Kita kalau boleh nak trust you all. Nak youu datang bincang kes bukan you buat apa yang kitaorang suruh. Tapi kalau macam ni susah la."

"Saya tak faham la you all ni. Dah besar pun tak boleh fikir ke? Benda ni patut you boleh fikir sendiri. Datang, present kat kami, pt nama apa, umur berapa. Kitaorang maybe tak boleh ingat patient korang nama apa. Berapa ramai pt kami tengok. Tapi kau tu, tu patient kau. Ke kau memang tak kisah nama dia apa yang kau tahu nak tengok gigi dia je?"

Diam. Terpukul hati. Pukul motivasi.


Kadang-kadang lupa. Patient ada nama. Bukan sekadar diagnosis sahaja. Kita berbincang tentang sakit yang manusia ada. Bukan kes semata-semata.



*****************************

Dua. 


Charting. Second last tooth.

"Ulang semula ICDAS 46"

"ICDAS II?"

"Apa defintion ICDAS II?"

Mulut pun laju 'baca' definition ICDAS 2.

"Ni lah you all. Menghafal je kerjanya. So yang ni ICDAS berapa?"

"Tiga. Sebab ada cavitation."

"Ni you tahu ke you teka?"

Diam.

"I nak u charting semula. Make sure kali ni takde silap"

Charting semula. Dan present. Okay. Smooth, tapi tak habis sampai situ.

"You ni ICDAS pun salah. Cuba bayang kalau nanti you misdiagnosed something yang serius. You bayangkan pula keadaan patient you. You tak kesian ke kat patient datang kat you alih-alih you buat silly mistake macam ni. Tak rasa berdosa?"

Tak rasa berdosa?

*Nangis*

Ilmu itu datang dengan tanggungjawab.



*******************************************************


Dalam klinik, hari-hari belajar. Tak salah sendiri, belajar dari salah orang. Yang penting belajar dan terus belajar. 

Kena ingat selalu, yang kita jumpa pesakit, manusia,, bukan kes semata-mata.

Dan banyakkkkk lagi benda yang jadi yang perlu diambil pengajaran dan muhasabah diri. Mungkin akan datang tulis lagi. Mungkin.

***********************************

Doa.
Moga terus kuat.
Semua ilmu disemat,
Ikhlas dalam setiap apa yang dibuat.


Till then 




Show Comments: OR

2 comments:

  1. Maintain "Ikhlas dalam setiap apa yang dibuat", InsyaaAllah you'll be fine missha-chan ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you plain - neechan :D Doakan kita :)

      Delete
:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t  
:)   :(   :*   :X   :3   :')   XD   =D   =P   =O   =?   =S   =G   =I   =Y   =/   =F   =H  

Thanks for visiting,
Double thanks for following,
Million thanks for dropping your comments.

Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.