Initial D # 2


Assalamualaikum :)

Hai!


Alhamdulillah, setakat ni masih mengekalkan sebulan dua entri. Doakan untuk bulan-bulan akan datang maintain walaupun entrinya bertaraf laut dalam. =.=  Masa tengah-tengah cari idea nak tulis apa, i came across entri Mac tahun lepas tajuk Initial D # 1. So, mehla kita sambung hokay. Setahun baru nak sambung. Lulss.



*********************




Prostho Clinic, pm.


"Doktor, saya nak minta sign. Patient saya FTA."


"Kenapa FTA?"


"Tak tahula doktor. Pagi tadi dia kata boleh datang. Tiba-tiba dia call tadi tak dapat datang pula."


"Takpela. Nak buat macam mana. Sini folder"


Bila doktor kata takpela rasa macam terharu sangat. Rasa macam doktor sangat memahami. Rasa beban macam berkurang. Dan, perbualan tersebut masih belum tamat.


"Kena doa banyak-banyak. Hati manusia tu Allah yang pegang. Patient tak dapat datang tu, kita tak bolehla nak paksa kan? Tapi kita boleh doa. Doa supaya patient boleh datang. Doa supaya urusan patient, dia nak datang jumpa kita dipermudahkan. Hm.. hubungan denga Allah jaga tak?"


Diam. Padu,, menusuk kalbu.


"Malam-malam bangun tahajud. Cuba, walaupun sikit. Jaga hubungan dengan Tuhan. Insya Allah , urusan kita dipermudahkan. Lagi satu, minta mak ayah doa. Doa mak ayah sangat penting."


Terbayang wajah parents. Dan lepastu tak ingat dah doktor cakap apa sebab mengelamun rasa teruknya diri sendiri sobsss.



*************

Situasi ni selalu terbayang semula dalam kepala. Satu, jarang doktor tak marah bila patient FTA. Dua, kata-kata doktor memang serius ingat sampai bila-bila. Lepas kejadian tu bila patient tak datang terus terbayang "weh banyak gila ke dosa aku."  Nangis.


*******************************


Pengajaran boleh dapat dekat mana-mana. Peringatan ada dekat mana-mana. Sama ada kita sedar ataupun tidaak. Itu pentingnya muhasabah. Reflection. Tengok diri sendiri. Melalui muhasabah, kita boleh tahu apa silap kita, kesan kelemahan kita.  Dengan mengakui kesilapan, kita boleh improve. Dan dengan mengakui kelemahan, tiada orang boleh gunakan kelemahan tu untuk menentang atau mengecilkan kita. Sebab apa? Sebab kita tahu kita sedang berusaha untuk menjadi lebih baik dan takkan berada di tempat yang sama bila orang memperlekehan kita. :) 


Dan dalam setiap hari-hari yang berlalu, pastikan ada benda yang kita dapat jadikan pengajaran - sekurang-kurangnya satu. Setiap pengalaman ada pengajaran. Dan semua ini baik untuk tumbesaran mental dan spiritual. Jangan fizikal je membesar yeeeee. Hihi


*************************


-Prostho atau nama penuhnyaa Prosthodontics adalah satu bidang dalam Pergigian berkenaan gigi palsu.

-FTA - Fail to attend.

Gambar dulu-dulu.


**************************

Kalau orang lambat datang jumpa kita, datang lambat meeting yang kita buat atau patient lambat datang, cek balik diri sendiri,, kita pernah buat dekat orang lain benda yang sama tak  atau kita ni jenis lambat jumpa Tuhan setiap kali azan?





Till then :)
May Allah ease our journey.




Show Comments: OR

2 comments:

  1. Baguih betoi cik Missha nih, sama2 kita memperbaiki diri dan sentiasa beringat, InsyaAllah everything will be OK :')

    ReplyDelete
:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t  
:)   :(   :*   :X   :3   :')   XD   =D   =P   =O   =?   =S   =G   =I   =Y   =/   =F   =H  

Thanks for visiting,
Double thanks for following,
Million thanks for dropping your comments.

Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.