Malas


Assalamualaikum. :)


Cuba untuk menaip post yang random. Sebab idea macam beku. Jari pun kaku. Di saat tengah rajin menaip ni, idea yang datang hanyalah pasal malas.  See, I dan malas memang berpisah tiada. Kemalasan tuan blog memang tak dapat disangkal. Mesti ada yang cakap Lahhhh.. pasal diri sendiri malas pun nak cerita kan. Takpe,, I yakin bakal mak mentua tak baca blog I. Lullss..


So berbalik pasal malas tadi, kemalasan I tu sangat la tahap tak hengat dunia. Sampai kadang-kadang rasa macam setiap benda rajin yang dibuat tu semuanya berpunca dari malas.


Salah satunya, iron baju. I ni spesis iron baju seminggu terus. Bukan sebab rajin tapi sebab malas. Malas nak iron hari-hari. Lagipun boleh jimat eletrik kan? Hihi


Then, kemas barang. Hakikatnya I bukan lah spesis rajin mengemas cuma malas nak kemas kalau barang dah bersepah. So, mengemas untuk mengelakkan dari bersepah adalah lebih baik dari mengemas apabila bersepah.


Next,, memasak. Rajin memasak dan pandai memasak tu memang bukan I. Tapi, I rajin makan. So nak taknak kena la masak sebab nak makan. Biasa dekat rumah la jadi macam ni. Senang semua bahan-bahan dah ada. Tinggal nak apply resepi campak-campak je. Haah, I memang spesis derhaka resepi. Lullss. yang penting rasa dia sama.


Cakap pasal memasak ni, banyak benda nak cerita sebenarnya. Kat sini pun dah pernah cerita sikit pasal memasak ni. Nah ambik link ni. [LINK]. I tak ingat bila mula masak ni maybe darjah 4 or darjah 5. Sebelum tu takat goreng telur dengan masak maggi, potong bawang, potong sayur dan goreng ikan dengan tudung periuk di tangan.


Yang paling ingat masa mula-mula memasak tu asyik dok ulang resepi yang sama. Telur pedas dengan ayam masak merah. Lepas tu baru la start belajar benda lain sebab malas makan benda yang sama. Seeeee, sebab malas ye. Tapikan...to be honest sampai sekarang masak western tak sedap. Hahahahahha. Dah pehal tetiba melalut ke western pulak ni hmm...


I mula suka masak-masak ni sebab dulu ada pernah tengok satu cerita ni. Tak ingat tajuk dia. Cerita dia tentang seorang tukang masak yang still baru dalam bidang ni, tapi ada deria rasa yang hebat. Bila dia rasa makanan, dia boleh tahu apa yang kurang dalam makanan tu. Cool kan?


Lepas tu, kalau dia cipta resepi baru dan dia rasa resepi tu macam tak cukup bahan, dia akan rasa semua bahan-bahan yang berkemungkinan boleh dimasukkan dalam resepi baru. Contohnya macam daun kesum dan daun sup- dia akan kunyah dan fikir sesuai tak rasa daun-daun ni untuk combine dengan resepi baru dia. Contoh tu i reka sendiri la, tak ingat dalam tv dulu bahan apa yang dia kunyah.


Bila dah tengok cerita tu, kekonon berangan la nak jadi macam tukang masak tu. So sampai sekarang I ada habit fikir apa yang kurang dalam makanan bila makan.




Hmmm..cerita pasal malas ni tetiba rasa malas nak sambung post ni lagi. Lagipun I malas nak ingat apa lagi benda 'rajin' yang I buat sebab malas. So boleh I stop sekarang? Hihi



Beeeboo :)

Tahap kemalasan, :p Muhun jangan cuba di rumah.




Terima kasih sebab tak malas baca post tentang malas. :)





Buku




Assalamualaikum :)


Well, Hi.  :)


Just want to share that I loveeeeee reading. Dan yang lagi best sebab spesis baca laju, so dalam masa yang singkat boleh habis buku tebal-tebal. Tapi tu tertakluk pada buku apa yang dibaca jugak la. Setakat ni novel melayu atau buku melayu je la yang mampu habis cepat. Novel bi memang tak habis-habis. Buku dental pulak baca time rasa nak baca je. Nota dan journal apatah lagi =.=


Kriteria buku yang dipilih ni ikut sesuka hati sesuka rasa je tapi selalunya bergantung pada penulis dan sinopsis. Dan ofkos bergantung pada masa. Kalau takde masa acano nak baca kan. Tapi setakat ni tak pernah lagi baca buku sebab cover dia yang cantik dan menarik. Sebabnya kan orang pesan don't judge a book by it's cover. Hihi.




Yang hujung kanan tu belum baca lagi.

Ni macam dah baca semua tapi takde semua.



Yang ni banyak lagi tak baca. Yang dah baca VT dan Sinergi. Superb!!




Yang ni best!

Yang ni pun best :)

Kalau nak citer yang best, banyak lagi yang best. Berkajang 4o hari 4o malam tak habis. Tu kalau buku melayu. Kalau buku bi pula,biasa beli buku macam cup of comfort and chicken soup dan yang seangkatan dengannya. Sebabnya, tak minat sangat novel bi.



Buku ni besttttt sangat :)


Sebelum oktober 2014, ada satu je buku novel bi, twilight. Tu pun orang bagi dan sampai sekarang tak pernah habis baca. =.= Tapi tadi godek-godek selongkar laptop jumpa ni :-

Baru perasan dalam laptop ada beratus megabyte ebook bi tak baca =.=  Lepas SPM dulu sibuk mendownload buku kekonon nak baca tapi.. hmmmm.... baca satu tak pernah habis pastu sibuk nak baca yang lain.


Baru- baru ni terbeli paper town dan the fault in our stars. Mungkinkah minat terhadap novel bi baru nak bercambah? Hmmm.




Yang ni pulak dalam proses nak baca dan habiskan.




Tapi sebenarnya tak best sangat baca ebook atau pdf ni. Tak puas. Feel dia kurang sikit. Kalau siapa yang gila buku dia mesti faham perasaan masa mula-mula nak baca buku baru beli. 




Cukup la dengan gambar. Dah gaya entri mini library. Hihi. Ohh, cakap pasal library ni, selalu berangan nak ada satu bilik yang penuh dengan buku, pastu design rak dia cantik-cantik and kreatif. Kalau tak dapat bayang macam mana, boleh tengok sini.



Kalau tak silap, mula pandai membaca ni start umur 5 tahun. Masa umur ni sibuk segala signboard and sticker-sticker yang tampal kat kereta semua nak baca. Baca pulak takde nak slow-slow, mesti nak baca kuat nak suruh semua orang dengar. Haha. Kalau surat khabar tu dari muka depan sampai bahagian sukan semua nak baca. Masa ni surat khabar semua jenis yang besar lagi.  Kalau tertidur time membaca tu, bila bangun habis ada kesan karbon kat muka =.=



Disebabkan minat terhadap buku ,  kedai buku adalah tempat paling best untuk shopping. Duduk dalam kedai buku 4-5 jam pun tak kisah tapi cuma kesian dekat orang yang teman tu jelah.



Eh, baru ingat tertinggal satu lagi gambar. Taadaa.

Notice the cubes? dalam usaha nak kumpul yang lain. :)


Sebenarnya nak tunjuk yang dah beli buku aujinz dan buku Kami ni je asalnya. Haha. Buku ni bestt. Untung orang yang boleh melukis dan menulis ni. Bagi orang yang yang pandai menulis dan melukis ni, diorang ada dua cara nak ekspress cerita diorang. Dengan lukisan dan dengan tulisan.


Lepas tu pulak, sekarang semua orang nak buat entri tulisan tangan. Terserlah gaya tulisan masing-masing, dan bagi siapa yang pandai lukis, diorang boleh siap include lukisan masing-masing kat tepi tulisan. Jelesnyeeeee itteeww. Hihu. (Setakat ni baru baca yang akak plain dan cero je yang tulis.)


"Mana entri tulisan tangan kat blog ni? Taknak buat ke?"


Hmmmmmmm. Tulisan tuan punya blog ni selalu dicakar ayam, maka adalah sangat tidak sesuai untuk tulisan tersebut menjadi tatapan awam.




"Kalau taknak tulis, letak lukisan pun boleh la."


Sedangkan tulisan dicakar ayam, inikan pula lukisan. Hmm. malas la nak describe.


Enjoy what you read. It is difficult and mostly impossible to write something really good if you did not experience anything good that had been written already. Being a writer yourself, you have an ace in your sleeve: you can read a book with an eye for writing, though you do not even realize it. - quoted


Ni bila nak bacaa? *gambar hiasan.*
Realiti sebenar adalah berganda dari yang dipaparkan.


So many books, so little time. Tapiii, baca surat cinta yang satu tu jangan tinggal. Even satu ayat satu hari. Biasa orang kata buku tu makanan untuk minda, nasi tu makanan ruji, Quran tu pula makanan untuk minda dan hati. Makanan rohani.


“If there's a book that you want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it.” - Toni Morrison


Maybe one day? Hahaha. Kbai



So, korang suka baca buku apa? :)




Sebab



Assalamualaikum.




Jujur, kalau orang tanya kenapa belajar pergigian, serius takde jawapan.



"Sebab nak tolong orang?"

Jawapan cliche. Dari darjah satu.

Tak. Jawapan ni tak salah. Cuma belum cukup dalam.
Tapi mungkin bagi sesetengah orang, sebab ni dah cukup untuk halang diorang dari tenggelam.




"Sebab family suruh?"

Tak, family tak pernah suruh. Tiada paksaan dalam membuat pilihan. Terpulang pada empunya badan. Namun mereka tak pernah berhenti bagi sokongan :)




"Maybe ambil dental sebab tak nak ambil medik. Rasa macam dental lagi senang. Sebab tu pilih dental"

This is totally wrong. 

Siapa kata dentistry lagi senang dari medik? 


Tak. 


Dentistry tak senang dari medik.
Tapi tu tak bermaksud medik lagi senang dari dental.




"Saya takut darah. Sebab tu saya ambil dental. kalau ambil medik kena tengok darah."

Hang ingat dalam mulut tu takde darah ka? =.='



Muhun buang segala reason yang ada perbandingan antara pergigian dan perubatan, Sebabnya, kalau nak banding pergigian dengan perubatan macam kau banding mana lagi cantik antara sunrise dan sunset. Dua-dua cantik.

Sumber
“Keep your face always toward the sunshine - and shadows will fall behind you.” - Walt Whitman



Samala macam dental dengan medik. 
Dua-dua tak senang. 
Mungkin tahap kesusahan tu subjektif bergantung pada orang, tapi objektifnya sama.


Merawat manusia :)




Kalau dah tak tahu sebab, kenapa nak susah-susah fikir? Belajar jer la. Buang masa je fikir semua ni. Fikir kemain tapi tak tahu juga apa reason yang sebenarnya.


Nope. Ni bukan membazir masa.


Sebabnya,
Buat sesuatu kena ada 'sebab'. 
Sebab kalau kita lemah, 'sebab' tu dapat menguatkan.
Dan kalau kita rasa nak berhenti, 'sebab' tu boleh buat kita bertahan.
Faham?




So, sebab apa pilih course ni?


Jujur.
Masih tiada jawapan.



Yang ada hanya seribu satu alasan kenapa patut berhenti belajar pergigian. Kelas penuh, jadual padat, penat, lecturer garang, klinik stress, kerja lab kena re-do and the list goes on.


Hmmm.. mungkin sebenarnya dalam hati suka bidang ni, tapi tak sedar yang perasaan tu dah lama ada. Terlampau memikirkan perkara yang kita tak suka menyebabkan kita terlepas pandang perkara yang kita suka. 

Dalam cerita House, ada dialog; 

“Sailing is amazing, but [it] doesn’t mean I love every second on the boat. Doing what you love means dealing with things you don’t. If there is nothing to overcome, it would not be that…”



Sama lah macam pergigian ni. Dentistry is amazing but that doesn't mean the students will love every second learning all the subjectsssssssssss. *subjek banyak sebab tu 's' dia lebih. hihi*










Tapi sebenarnya, ada sebab kenapa kalau nak jadi health practitioner (dentist, doctor, pharmacist, etc) jalan dia susah. Sebab nyawa orang boleh hilang kalau kita buat salah. Yup, memang, ajal itu kat tangan Tuhan, Tapi biarlah jangan kerana kurangnya amanah kita dalam mengamalkan ilmu pengetahuan.




Lastly,
Dalam apapun bidang, 
Tak kisahlah perubatan, pergigian, kejuruteraan, falsafah, perladangan, perikanan atau undang-undang,
Apa yang kita boleh buat hanyalah berlari.
Tapi arah tu kita yang tentukan.


Sama ada kita nak lari terus ke depan atau berhenti sekerat jalan dan pusing belakang.



Personally, walaupun masih tiada jawapan, berlari ke depan menjadi pilihan. Memang ,, seribu satu alasan tu takkan pernah berkurang. Berkurang memang tak pernah, makin bertambah adalah. Tapi mungkin satu perkara boleh hilangkan segala kekusutan.



Percaya pada aturan Tuhan. 


Sebab pada awalnya, 'you're the chosen one'. Tak semua orang dapat peluang macam apa yang kau dapat sekarang.



Dan atas sebab itu, perjalanan ini diteruskan.



::Clinical years::
Semoga dipermudah urusan.
Mohon doa kalian.


Eee.. ayam ni suka taw cakar tulisan kita. Habis buruk =.=


Till then :)

Work for a cause, not for applause. Live your life to express, not to impress.



Secended

Assalamualaikum :)


Well, Hi. *keluar kepompong hiatusmalas*



27 days agoo..


Exam sebenarnya dah lama habis tapi malas nak pecahkan kepompong. Lepas keluar kepompong hiatus termasuk dalam kepompong malas pulak. TERmasuk ye. Penggunaan TER di awal perkataan menunjukkan ketidaksengajaan.*muhun percaya* Lagipunn, lepas study week semua idea hilang padahal  masa study week sibuk idea mencurah-curah nak datang.Yeah,, mari menyalahkan benda lain atas kemalasan diri sendiri.



Waktu mingu exam parent call  setiap pagi.

Lepastu setiap pagi mesti mengadu, "Ummi, tak habis baca lagi".

Dan jawapan ummi setiap pagi tetap sama, "Takpela baca tak habis pun. Belajar kan dah habis". =.=


Tulisan ni ayam yang cakar. lullss.. sebab tu buruk. 


Macam biasa , entri memula lepas habis exam adalah entri pasal gigi sebab masa exam semua idea dah lari. So untuk sem 2, kami kena siapkan denture (gigi palsu) , both complete and partial. Buat denture ni adalah satu benda yang baru dan semestinya benda baru bawa cabaran baru dan cabaran yang baru akan beri pengalaman yang baru.



Buat denture ni seronok sebenarnya kalau tak kejar masa. Tapi sedar tak sedar masa tu lah yang membuatkan kita keluar dari zon selesa. *tapi kadang malas tu tetap berleluasa*.



Hmm... dah tak tahu dah nak cerita apa pasal buat denture ni dulu. Dah lupa. Hihi. Mungkin ada yang tanya, kenapa tak update awal-awal masa tengah buat denture ni.


Antara sebab kenapa tak pernah up entri masa kerja-kerja lab atau simulation tak siap lagi adalah sebab nanti entri tu akan jadi entri membebel. Membebel sebab tak siap lagi, membebel sebab stress, membebel sebab kena redo dan macam-macam jenis bebelan lagi. Merungut-rungut kan tak baikkkk. *tapi buat jugak,, hmmm*



Sebab lain adalah taknak kenangan yang dah lepas dipenuhi dengan bebelan atau rungutan. Tapi tu tak bermaksud kenangan-kenangan pahit  patut dibuang terus. Simpan kenangan yang mencabar dalam satu sudut kotak memori supaya kita akan ingat pengajaran dan pengalaman yang kita dapat dan harapnya kita tak ulang kesilapan yang sama.



Sebab lain yang kedua adalah perjalanan nak belajar ni kan jauh lagi. So nya, nak update benda yang gembira macam takut. Ketakutan terhadap apa yang bakal datang menyebabkan ketakutan untuk menikmati saat gembira yang sedang berlaku.  Well, that's me in dentistry. Negatif betul kan =.='  Nasib baik bab gigi je macam ni. *kot*






Lastly,,
Alhamdulillah for everything that happened in second year :)
Terima kasih Ya Allah bagi kekuatan, datangkan kawan-kawan, pinjamkan kejayaan dan semestinya sokongan keluarga kesayangan.



Till then :)
Selamat menjalani malam-malam akhir Ramadhan.



Nota kaki: Secended means second semester (of second year) has ended.*tajuk orang takde idea memang pelik macam ni =.=*





Bro's



Assalamualaikum.



*Mari mengimbau zaman kanak-kanak riang.*


Masa kecik dulu, kalau tengok kartun mesti kitaorang adik beradik semua nak cop sorang satu karakter.


Mula-mula cerita teletubbies. Cop ikut turutan.

Tinky Winky
Dipsy
Laa Laa
Po



Sulung ambik Tinky Winky. Kedua Dipsy. Ketiga Laa Laa. Keempat Po. Cukup sorang satu. Lepastu, semua jadikan warna teletubbies yang dicop tu warna kegemaran. Kalau yang sulung tu, sampai sekarang suka purple. Ish..ishh....


Lepas teletubbies,, Power Rangers. Time Force. Ninja Storm. Dan segala macam jenis lagi.




Sebagai seorang je perempuan antara empat, kita diberi peluang untuk memilih tanpa berebut. Haha.  So, lagi tiga orang tu konfirmla semua nak pilih yang ketua (warna merah), tapi malangnya di sinilah bermulanya 'adik bongsu's logic yang semua kena terima sebab malas nak argue'



"Adik kan cop Po. Po kan warna merah. So, adik kenalah pilih yang warna merah jugak"


Nampak tak permainan dia? =.='








Memang ada je Power Rangers yang bukan merah ketua, tapi dia tetap kata merah paling kuat. Lagipun yang kitaorang selalu tengok semua merah ketua.




Sampai besar, main cop-cop ni tetap ada. Baru-baru ni arnab beranak.


Masuk whassapp. 


"Kakak, arnab beranak enam ekor."


"Ye ke? Banyaknya"


"Kitaorang dah cop. Kakak nak yang mana?"


*Belek gambar*


"Kakak nak yang mata celak"


"Okay. Nak letak nama apa? Miesya ke?"


*Speechless kejap.*


Ni nak kenakan ke ikhlas nak bagi nama miesya? Nama miesya tu nama kakak hampa guna kot. T.T

Ejaan lain pun sebutan sama.



Okay. Lepas ni  Miesya dalam gambar ni pulak update blog ni.  ;p




****************************************


Dear my handsome little brothers,
*walaupun korang semua lagi tinggi*


Semoga berjaya dunia dan akhirat.


Ucapan yang simple yet nice,, cliche but true ;)






Last but not least,
Mari mengangkat bakul.




Yesss. I knew it. Can't agree more ;D lullsss




You have never been a bother, 
You are always my brother.



Till then :)


Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.