Kecil tapi bermakna


Sesuatu yang kecil,
Bukan tidak bermakna,
Bukan tiada erti,


Cuma kadang-kadang,
Orang terlepas pandang,
Kerana merasakan,
Yang kecil itu tiada kepentingan,

Padahal,
Yang kecil itu yang melengkapkan.




Puzzle,
Tak cukup satu kepingan,
Tak lengkap semuanya.



Tali pinggang,
Tak cukup satu lubang,
Ehem..boleh pakai ke? :)

RM 10k,
Tak cukup 1 sen,
Tak cukup nilainya.



Begitu juga,
Jika kita melakukan satu perubahan,
Perubahan yang kecil pada diri ,
Untuk menuju ke arah  kebaikan,
Pasti ada erti.




Walau perubahan tak besar mana.
Ingatlah,
Tiada yang sia-sia,
Dalam berusaha,





Walau sekecil mana usaha,
Insya Allah,
Impaknya tetap ada.



If you ever think you are too small to be effective, 
You've never been in bed with a mosquito.
 ~ANITA RODDICK~


pic: hiasan semata-mata. :)

Usah mengalah pada masalah

Assalamualaikum.

Bismillah :)

Kadang hidup dilanda resah,
Hati gelisah,
Perkara yang tak dijemput datang menerjah,
Itulah masalah.




Namun,
Usah kalah,
Usah mengalah.
Disebalik masalah,
Ada hikmah.




Masalah bukan penghalang,
Tapi ia sebenarnya peluang,
Untuk kita lebih matang,
Menghadapi hari mendatang.



Ingatlah,
Tiada apa yang kekal selamanya,
Kecuali Dia Yang Maha esa,
Begitu juga masalah yang menimpa,
Pasti ada penyelesaiannya.




Usah lari dari masalah,
Semakin jauh lari, makin besar masalah,
Hadapi dengan tabah,
Pinta pada Alllah,
Moga segalanya dipermudah.






Running away fom any problems, 
Only increase the distance from the solution. 
The easiest way to escape it, is to solve it.








Hidup sebenar adalah hari ini yang realiti.



Kita tak tahu sama ada
Hari esok masih ada untuk kita atau tidak,,
Tapi kita tahu bahawa
Hari semalam tak mungkin kembali kepada kita ,,


Namun,,
Ketahuilah....
Kita masih ada hari ini,,
Untuk kita mengorak langkah,,
Mengukir kejayaan atau kegagalan..
Semuanya terpulang pada kita ;p





"Masa lalu adalah kelmarin yang telah mati.
Masa depan adalah esok yang belum lahir
tetapi
selamatkanlah hari ini yang masih hidup"


Sedikit sharing is caring: 

"Oleh itu, kita mesti merancang dan bekerja dengan apa yang ada di tangan, tanpa bimbang akan hal-hal yang tidak menentu atau terbayang dalam angan-angan. Yang di tangan itu realiti, sementara yang ada dalam angan-angan itu ilusi. Kita tidak mungkin hidup dalam dua alam yang samar - masa lalu yang memori dan masa depan yang ilusi. Hidup sebenar adalah hari ini yang realiti"


"Pendekkan angan-angan.Hiduplah dalam lingkungan hari ini. Ertinya, jangan dikhuatiri hari esok, jangan bimbangkan hari semalam"


"Seorang manusia walau bagaimana kuat sekalipun, tidak akan mampu menanggung derita masa lalu dicampur beban masa depan lalu dpikul bersama masalah hari ini. "


"Pendek angan-angan bukan bereti tidak bersedia untuk hari esok. Fikirkan hari esok, tapi jangan khuatir. Banyak bezanya antara fikir dan khuatir. Mungkin sama banyak bezanya antara angan-angan dan cita-cita. Sesiapa yang khuatir tentang hari esok akan mensia-siakan peluang yang ada pada hari ini. sebaliknya, sesiapa yang berfikir tentang hari esok akan memanfaatkan peluang yang ada pada hari ini."


"Pemikiran dapat mencari kesan dan sebab-sebab untuk melahirkan perancangan dan pelaksanaan. Kekhuatiran akan membawa kekusutan fikiran dan tekanan perasaan"

~Pahrol Mohd Juoi~
~DI MANA DIA DI HATIKU?~






Macam mana kalau......


Bismillah :)


Macam mana kalau suatu hari kita bangun dan kita sedar yang kita dah hilang tangan, kaki, dan muka, (termasuk mata, telinga, hidung, mulut, gigi, lidah) ?


Macam mana waktu kita sedar semuanya dah takde, baru perasan yang amal masih belum sempurna?


Nikmat ini sementara , hanya pinjaman dari- Nya,



 Okay, tidur baca doa :)


Bangun pun sama.


Moga bila kita bangun, masih bernyawa, masih sempurna.


Masih sempat nak taubat atas dosa lama.


Peringatan bersama.


Untuk diri ini juga, yang selalu lupa.





# Cetusan idea: Johnny got his gun.
(novel and movie)


Songs: one-metallica.
(even lagu tak kena dengan jiwa, mesej lagu ada di situ :)


Erk, tak pernah dengar? 

Sila tanya prof Google :)



What to do when people talk about you.

Assalamualaikum :p


When people talk about you,
Don't be sad,
Take that as a challenge,
And remember this story.
The story of a deaf  mouse.

Read and heed :)
*cerita dalam bm je :) 

Di sebuah perkampungan tikus, diadakan sebuah pertandingan panjat tiang. Tiang tersebut adalah tiang yang disapu dengan minyak terlebih dahulu . Syaratnya, tikus yang sampai di atas dahulu, adalah pemenang. Tiada peraturan dan segala cara adalah dibenarkan. Mudah bukan??


Semasa pertandingan berlangsung,, banyak tikus yang mengambil bahagian, termasuk si tikus yang pekak. Namun, terdapat sebahagian tikus yang menentang pertandingan ini. Pelbagai kata caci dan maki dilemparkan kepada peserta-peserta tikus yang ambil bahagian. Oleh itu, banyak tikus yang berputus asa dalam pertandingan tersebut dan mereka menarik diri kerana tidak tahan mendengar kata-kata yang dilemparkan.


Di akhir pertandingan, tikus pekak yang menang.
Sebab dia tak mndengar kata-kata yang dilemparkan, bahkan dia menyangka itu adalah kata-kata sokongan. :)

oleh itu,...
Dia tidak berputus asa...
Dan terus memanjat sehingge menjadi juara!! 

Yeay!!
Si tikus pekak berjaya..





Tamat sudah cerita...:)

Rasa cerita macam cerita kanak-kanak?
Mungkin,
Tapi tak salah rasanya kalau nak jadikan cerita macam ni stu pengajaran :)
Lebih simple.

Ehem, mungkin kita tidak pekak untuk tidak mendengar kata-kata yang dilemparkan kepada kita, 

Tapi, 

Bear in mind,
You're what you think.
You don't forget negative thinking,but you force it out with positive input :)

pic: google 
maaf atas kesalahan grammar :)

Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.