Hidup sebenar adalah hari ini yang realiti.



Kita tak tahu sama ada
Hari esok masih ada untuk kita atau tidak,,
Tapi kita tahu bahawa
Hari semalam tak mungkin kembali kepada kita ,,


Namun,,
Ketahuilah....
Kita masih ada hari ini,,
Untuk kita mengorak langkah,,
Mengukir kejayaan atau kegagalan..
Semuanya terpulang pada kita ;p





"Masa lalu adalah kelmarin yang telah mati.
Masa depan adalah esok yang belum lahir
tetapi
selamatkanlah hari ini yang masih hidup"


Sedikit sharing is caring: 

"Oleh itu, kita mesti merancang dan bekerja dengan apa yang ada di tangan, tanpa bimbang akan hal-hal yang tidak menentu atau terbayang dalam angan-angan. Yang di tangan itu realiti, sementara yang ada dalam angan-angan itu ilusi. Kita tidak mungkin hidup dalam dua alam yang samar - masa lalu yang memori dan masa depan yang ilusi. Hidup sebenar adalah hari ini yang realiti"


"Pendekkan angan-angan.Hiduplah dalam lingkungan hari ini. Ertinya, jangan dikhuatiri hari esok, jangan bimbangkan hari semalam"


"Seorang manusia walau bagaimana kuat sekalipun, tidak akan mampu menanggung derita masa lalu dicampur beban masa depan lalu dpikul bersama masalah hari ini. "


"Pendek angan-angan bukan bereti tidak bersedia untuk hari esok. Fikirkan hari esok, tapi jangan khuatir. Banyak bezanya antara fikir dan khuatir. Mungkin sama banyak bezanya antara angan-angan dan cita-cita. Sesiapa yang khuatir tentang hari esok akan mensia-siakan peluang yang ada pada hari ini. sebaliknya, sesiapa yang berfikir tentang hari esok akan memanfaatkan peluang yang ada pada hari ini."


"Pemikiran dapat mencari kesan dan sebab-sebab untuk melahirkan perancangan dan pelaksanaan. Kekhuatiran akan membawa kekusutan fikiran dan tekanan perasaan"

~Pahrol Mohd Juoi~
~DI MANA DIA DI HATIKU?~






Show Comments: OR

4 comments:

  1. nice entry~ ^^ follower ke 100! =)

    ReplyDelete
  2. indahnya kata2 tu. kdg2 kita dok ppikir sgt apa yg akan jd nnt dan dlm masa yg sama dok igt benda yg dah lps. akhirnye x dpt bg yg terbaik utk kehidupan hari ni..nice sharing :)

    ReplyDelete
:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t  
:)   :(   :*   :X   :3   :')   XD   =D   =P   =O   =?   =S   =G   =I   =Y   =/   =F   =H  

Thanks for visiting,
Double thanks for following,
Million thanks for dropping your comments.

Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.