Kita tak tahu sama ada
Hari esok masih ada untuk kita atau tidak,,
Tapi kita tahu bahawa
Hari semalam tak mungkin kembali kepada kita ,,
Namun,,
Ketahuilah....
Kita masih ada hari ini,,
Untuk kita mengorak langkah,,
Mengukir kejayaan atau kegagalan..
Semuanya terpulang pada kita ;p
"Masa lalu adalah kelmarin
yang telah mati.
Masa depan adalah esok yang belum
lahir
tetapi
selamatkanlah hari ini yang masih
hidup"
Sedikit sharing is caring:
"Oleh itu, kita mesti merancang
dan bekerja dengan apa yang ada di tangan, tanpa bimbang akan hal-hal yang
tidak menentu atau terbayang dalam angan-angan. Yang di tangan itu realiti,
sementara yang ada dalam angan-angan itu ilusi. Kita tidak mungkin hidup dalam
dua alam yang samar - masa lalu yang memori dan masa depan yang ilusi. Hidup
sebenar adalah hari ini yang realiti"
"Pendekkan angan-angan.Hiduplah
dalam lingkungan hari ini. Ertinya, jangan dikhuatiri hari esok, jangan
bimbangkan hari semalam"
"Seorang manusia walau bagaimana
kuat sekalipun, tidak akan mampu menanggung derita masa lalu dicampur beban
masa depan lalu dpikul bersama masalah hari ini. "
"Pendek angan-angan bukan bereti
tidak bersedia untuk hari esok. Fikirkan hari esok, tapi jangan khuatir. Banyak
bezanya antara fikir dan khuatir. Mungkin sama banyak bezanya antara
angan-angan dan cita-cita. Sesiapa yang khuatir tentang hari esok akan
mensia-siakan peluang yang ada pada hari ini. sebaliknya, sesiapa yang berfikir
tentang hari esok akan memanfaatkan peluang yang ada pada hari ini."
"Pemikiran dapat mencari kesan
dan sebab-sebab untuk melahirkan perancangan dan pelaksanaan. Kekhuatiran akan
membawa kekusutan fikiran dan tekanan perasaan"
~Pahrol Mohd Juoi~
~DI MANA DIA DI HATIKU?~