Ramadhan: Dosa jangan biar maximum, Taubat jangan minimum.

Assalamualaikum :)


Second day of Second phase which is Maghfirah phase. May Allah bless :)


Fizikalnya,
Kita diciptakan sebaik-sebaiknya,
Tapi,
Bagaimana iman kita?
Bagaimana amal kita?
Dosa-dosa kita?



"Andai dosa itu berbau, nescaya aku tidak mampu keluar rumah kerana malu busuk tubuhku dikesani orang kerana dosa-dosaku." 
~ Kata-kata ulama'~




Kadang-kadang kita terleka,
Bukan kerana keinginan kepada kebaikan itu tiada,
Tapi dorongan ke arah yang dituju ada pasang surutnya.


Contoh mudah,
Hari ini kita solat Subuh jemaah,
Hari esok kita TER solat Subuh gajah.



"Ya Allah, Ampunkanlah dosa yang sedang aku lakukan, yang telah aku lakukan, dan yang akan aku lakukan"




Zaman dahulu kala,
Kita dah diajar,
Kita dah belajar,
Iman manusia ada naik dan turunnya.


Oleh itu,
Andai tersilap langkah,
Kembalilah pada fitrah,
Pada Allah.


Pengampunan- Nya
Tak kira masa,
Tiada naik turunnya,
Dan sentiasa ada,
Untuk mereka yang ingin kembali pada -Nya


"Ya Allah, keampunan-Mu lebih luas dari dosa-dosaku, Dan Rahmat-Mu lebih kuharapkan di sisiku, daripada amalanku"




Ayuh jadikan Ramadhan kita Ramadhan yang bermakna. Full of feeling and filling :)


#self reflection.



Video selingan :)


atau klik [link] :)

DIA ada.

Assalamualaikum :)


Short post and last post in July 2012. :)


"Eh, bangun..bangun"

"Eee..kenapa?"

"Teman pergi toilet jap"



~Takut? Kan Allah ada :) ~



TAHU dan YAKIN itu berbeza.
Betulkan balik hati kita.
Kita mahu jadi yang mana?






♥ The one who kneels down to Allah can stand up to anything.♥



#self-reflection. 

Ramadhan: 10 days gone, are we still in the same zone?

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah. Day Eleventh.













10 hari awal Ramadhan merupakan rahmat. 
10 hari pertengahan Ramadhan merupakan keampunan. 
10 hari akhir Ramadhan dijauhkan neraka



Now, we are moving to the next phase. May Allah bless.

Wallahua'lam .


sumber gambar

~abaikan oh my english..err~



Pil ubat sepatutnya bersaiz nano

Assalamualaikum. :)


Siapa suka makan ubat? *angkat keyboard cepat.* Kalau suka,, bagus. Jangan jadi macam tuan blog ni. Entah kenapa dia tak suka ubat. Di bawah ini adalah hasil temuramah bersama beliau.


Ceritakan kenangan masa kecik-kecik tentang ubat.


Masa kecik-kecik dulu, kalau suruh makan ubat, missha makan sebab tak berani nak melawan. Tapi just masukkan dalam mulut je, tak telan pun. Lepas tu, bila orang tak nampak missha luahkan balik. Rela makan ubat yang air tu lagi dari ubat biji. Tapi, masa kecik-kecik  boleh la kalau nak makan ubat air tu. Bila dah besar, err..tak sesuai dah rasanya.


Kalau kena makan ubat kat sekolah, buat muka bajet kool. Konon-konon berani nak telan Tapi hakikatnya, orang lain air seteguk dah boleh telan, kalau missha, sebotol air belum tentu boleh telan pil sebiji. Kalau ubat yang jenis kapsul tu lagila tak payah kata. Kot sampai TERcair dulu dia punya lapisan yang kat luar tu. Haha.



So, kalau sakit macam mana?


Ehem. Kalau sakit senang je, tak payah nak pergi klinik bagai unless kalau nak MC. Haha Just tidur, and bila bangun balik, Insya Allah okay :).Ubat-ubatan tu tak makan pun. Kalau setakat pening kepala, memang takkan makan panadol atau apa-apa yang sewaktu dengannya.  Tahu tak yang sebenarnya, tak bagus kalau selalu sangat makan panadol ni. So, kurang-kurangkanlah pengambilan panadol. :) <--alasan



Bila je makan ubat?


Missha memang tak makan ubat selagi missha boleh tahan sakit tu. Err. Tak bagus? Memangla tak bgus. Tapi, kesusahan nak telan ubat tu membuatkan missha pilih untuk biarkan ubat tu tidak berusik unless kalau dah tak tahan sakit sangat. Alhamdulillah, missha jarang kenan demam teruk. Last makan ubat-ubatan untuk demam ni masa form 3 kot. Entahlah, dah tak ingat sebab lama sangt dah. Ni pula, ayat umi missha bila tahu yang missha tak makan ubat, "Belalah sakit tu. Lepastu, jangan nak mengadu" . Hee..tapi umi cakap je. Kalau mengadu , umi dengar je. Hehe.



Conclusionnya, apa sebab sebenar tak makan ubat?


Sebab ubat pahit, dan mengalami sindrom susah nak telan ubat walaupun saiz dia kecik. Er,.Haha... *haish.malu kat adik-adik, dah besaq tagun pun tak boleh telan ubat*. Hee :)



Sekian sahaja temuramah bersama beliau. Sekarang beliau sedang mengalami kenaikan suhu badan a.k.a demam yang tak teruk . Dah 2 hari katanya, tapi tak makan ubat. Alasannya, dia masih boleh bangun dan berjalan serta melompat.  Dia juga kata "Takpa, it's a gift from Allah. Alhamdulillah. :) "


note: Hasil temuramah diri sendiri. Hahahah. Jangan muntah (sengaja) , Nanti batal puasa. :)


doktor ubat hati yang sakit



Ramadhan: Ibadah Sebulan atau Berterusan?

Assalamualaikum.

Bismillah.


Berkat syaitan dirantai,
Ramai manusia berwajah iman,


Secara tiba-tiba,
Ibadah digandakan,
Qiamullail didirikan,
Yang lagha ditinggalkan,
Raqib sibuk memenuhkan buku catatan,


Tidak mengapa,
Tidak ada salahnya,
Jika perkara yang dinyatakan.
Tiba-tiba dilakukan.


Namun,
Jangan secara tiba-tiba.
Bila dah habis puasa,
Solat ditinggalkan,
Al-Quran dilupakan,
Aurat didedahkan,
Yang lagha dilakukan.



Adakah mahu tunggu Ramadhan akan datang,
Baru nak ingat Tuhan?
Nak buat kebaikan?
Nak tinggalkan segala yang dilarang?



TUNGGULAH.
Jika yakin kita masih hidup Ramadhan akan datang,


TERUSKAN MENUNGGU,
Jika yakin ibadah bulan satu bulan (Ramadhan),
Dapat menebus kealpaan,
Melupakan- Nya selama sebelas bulan..


ramadhan

Yakinkah?
Yang kita masih akan bertemu Ramadhan,
Sedangkan,
Kita belum tentu bertemu hari esok.

Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.