Pil ubat sepatutnya bersaiz nano

Assalamualaikum. :)


Siapa suka makan ubat? *angkat keyboard cepat.* Kalau suka,, bagus. Jangan jadi macam tuan blog ni. Entah kenapa dia tak suka ubat. Di bawah ini adalah hasil temuramah bersama beliau.


Ceritakan kenangan masa kecik-kecik tentang ubat.


Masa kecik-kecik dulu, kalau suruh makan ubat, missha makan sebab tak berani nak melawan. Tapi just masukkan dalam mulut je, tak telan pun. Lepas tu, bila orang tak nampak missha luahkan balik. Rela makan ubat yang air tu lagi dari ubat biji. Tapi, masa kecik-kecik  boleh la kalau nak makan ubat air tu. Bila dah besar, err..tak sesuai dah rasanya.


Kalau kena makan ubat kat sekolah, buat muka bajet kool. Konon-konon berani nak telan Tapi hakikatnya, orang lain air seteguk dah boleh telan, kalau missha, sebotol air belum tentu boleh telan pil sebiji. Kalau ubat yang jenis kapsul tu lagila tak payah kata. Kot sampai TERcair dulu dia punya lapisan yang kat luar tu. Haha.



So, kalau sakit macam mana?


Ehem. Kalau sakit senang je, tak payah nak pergi klinik bagai unless kalau nak MC. Haha Just tidur, and bila bangun balik, Insya Allah okay :).Ubat-ubatan tu tak makan pun. Kalau setakat pening kepala, memang takkan makan panadol atau apa-apa yang sewaktu dengannya.  Tahu tak yang sebenarnya, tak bagus kalau selalu sangat makan panadol ni. So, kurang-kurangkanlah pengambilan panadol. :) <--alasan



Bila je makan ubat?


Missha memang tak makan ubat selagi missha boleh tahan sakit tu. Err. Tak bagus? Memangla tak bgus. Tapi, kesusahan nak telan ubat tu membuatkan missha pilih untuk biarkan ubat tu tidak berusik unless kalau dah tak tahan sakit sangat. Alhamdulillah, missha jarang kenan demam teruk. Last makan ubat-ubatan untuk demam ni masa form 3 kot. Entahlah, dah tak ingat sebab lama sangt dah. Ni pula, ayat umi missha bila tahu yang missha tak makan ubat, "Belalah sakit tu. Lepastu, jangan nak mengadu" . Hee..tapi umi cakap je. Kalau mengadu , umi dengar je. Hehe.



Conclusionnya, apa sebab sebenar tak makan ubat?


Sebab ubat pahit, dan mengalami sindrom susah nak telan ubat walaupun saiz dia kecik. Er,.Haha... *haish.malu kat adik-adik, dah besaq tagun pun tak boleh telan ubat*. Hee :)



Sekian sahaja temuramah bersama beliau. Sekarang beliau sedang mengalami kenaikan suhu badan a.k.a demam yang tak teruk . Dah 2 hari katanya, tapi tak makan ubat. Alasannya, dia masih boleh bangun dan berjalan serta melompat.  Dia juga kata "Takpa, it's a gift from Allah. Alhamdulillah. :) "


note: Hasil temuramah diri sendiri. Hahahah. Jangan muntah (sengaja) , Nanti batal puasa. :)


doktor ubat hati yang sakit



Show Comments: OR

18 comments:

  1. ooo takut makan ubat yer..isha pun berani makan ubat tau...siap ckp jom mkn ubat jom...haha

    ReplyDelete
  2. aku takde masalah pun ngan ubat.. ok je makan.. cume satu yang kite same.. aku tak reti telan ubat.. tambah kapsul yang besar2 tu.. so ape aku wat aku jolok ubat tu masuk dalam tekak <-- terbaik -_- tapi memang betul, tak patut sangat makan ubat sebab ubat ade side efek jangka panjang sebenarnye

    ReplyDelete
  3. mekasih singgah blog saya :)

    saya pun tak suka makan ubat. hihi

    ReplyDelete
  4. haha..mia pun tak suka mkn ubat jgak..:p

    ReplyDelete
  5. T.T Tak suka ubaat. Lagi lagi ubat air tu. Biarlah kena makan ubat pil asalkan bukan ubat air! Hahaha! :p

    Tanak makan ubat, kena lah jaga kesihatan. Heee :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betull....mencegah itu lebih baik dari mengubati.hehe

      Delete
  6. sori, takleh nak angkat keyboard sebab ia bercantum dengan monitor, lgi pun aku bole makan ubat, so, takyah angkat la kan, haha

    ReplyDelete
  7. ambil pil ubat tu..ketuk dgn lesung batu...maka bersaiz nano lah jadinye..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..nano teknologi versi baru ni..boleh cuba nnti

      Delete
  8. ngee ,~
    kantoi ! sys tak suke makan ubat , haha
    btw , semoga cepat sembuh ye :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih ye... :) hehe..dah sihat dah rasaya,,boleh bergembira dah.hehe

      Delete
  9. setakat ni takde masalah nak makan ubat cuma kalo sakit sgt baru telan panadol, kalo tak biar jer..hehe

    ReplyDelete
:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t  
:)   :(   :*   :X   :3   :')   XD   =D   =P   =O   =?   =S   =G   =I   =Y   =/   =F   =H  

Thanks for visiting,
Double thanks for following,
Million thanks for dropping your comments.

Copyright © : Blog missha-tulis. All Rights Reserved.